Monday, January 16, 2012

Untuk Budak Misteri "Shafizah"

Cerita yang lambat ditulis: untuk Budak Misteri "Shafizah".  
Budak Misteri dalam Ruang Lingkup
Baru hari ini punya kesempatan untuk menulis tentang kegembiraanku bila mendapat pengikut baru dalam blog kesayanganku si rindu2.  Terkejut,  itu sebenarnya perasaan yang lebih tepat untuk menggambarkan perasaanku bila menerima pengikut baru dalam blogku.  Lantas dan dengan pantas aku membuka blog pengikut baruku ini.  Ternyata dia seorang student,  dia pangkat adik dengan aku.  Mengikuti cerita di dalam blognya buat aku terpesona dengan gaya penulisannya.  Ia buat aku tersenyum saat aku berada dalam keadaan yang sangat penat dan tegang dengan kerja2ku sebagai guru di awal2 sesi persekolahan 2012 ini.  Apalagi Musicdumpro dia mengalunkan irama dan melodi yang sangat menenangkan jiwaku.  Terasa macam terbuai-buai pula sambil membaca setiap cerita dalam blognya.  Apa pun aku sukalah dengan budak ni.  Retorik penulisannya buat aku jatuh suka.  Semoga dia akan lulus dengan cemerlang dalam peperiksaannya.  Semoga Allah sentiasa sayang kamu budak misteri dan Allah sentiasa sayang saya juga.

p/s: dekat syurga semuanya ada,  minta saja dengan Allah dan Aiskrim Magnum akan ada di depan mata.....hehehe......

Friday, January 13, 2012

Penat

Aku Penat
Tekak Perit
Otak Sempit
Hati Sakit
Rasa Apa Ini
Yang Merasuk dan Menjerat diri
Rasa Ingin Lari Pergi
Aku Lirih
Aku Sedih
Ada Beban
 Bahangnya Tersirat
Ya...Tuhan
Aku Penat
Bantu Aku

Thursday, January 12, 2012

Maruah Yang Tercalar: Wujudkah Peluang Kedua

Semua orang berhak mendapat peluang kedua dalam hidup, kedengaran agak klise tapi itu hakikat yang sebenar.     tengahari tadi waktu di sekolah,  kami warga SKAK menandatangani memorandum bertujuan untuk mengekalkan GBS di SKAK.  Aku memang menyokong penuh usaha ini.  Seburuk manapun GBS ada banyak juga jasanya pada SKAK yang mungkin tidak terlihat oleh siapapun termasuk diriku sendiri.  Tidak adil untuk menghukum dia atas kegagalan UPSR 2011.  konsikuen dari kejadian hari ini, maka aku menulis entry ini.  sebenarnya aku sudah menjeruk keinginanku yang meronta-ronta untuk moncoret cerita ini dalam blog kesayanganku sejak tengahari tadi.  namun,  tuntutan kerja panitia/sekolah lebih menagih perhatianku untuk diselesaikan.

sejauhmana ukuran sebuah kegagalan? apakah adil menjatuhkan hukuman pada sebuah kegagalan secara total? bukankah setiap 'kegagalan pasti ada kejayaan' bagi mereka berusaha sedayanya untuk memperbaiki diri. sekali lagi frasa ini kedengaran klise dan ada nada melankolik di situ.  frasa ini menguatkan sistem kepercayaanku bahawa setiap manusia berhak mendapat peluang kedua.  

secara fitrahnya....
....."sifat manusia itu boleh merubah sikap"......

Namun, bila kita berbicara tentang tradisi manusia sejak berzaman,  aku terkilan kerana begitulah sifat dan sikap manusia dalam mahkamah kehidupan.  selalu saja bersikap bias malah selalu pula menyalahkan manusia lainnya dengan agak kejam.  


hari ini,  terngiang2 bait lagu yang selalu ku dengar masa tahun 93 dulu...

...give me a chance-chance...more than chance-chance....

entah siapa penyanyinya, aku sudah lupa malah tajuknya juga sudah hilang dari memoriku walaupun berkaliku panggil.  Baitnya mengingatkan aku pada GBS.  Kasihan sangat bila mengingat dia yang aku rasa mengalami depresi hebat sampai sakit2.  Ah...GBS selalu begitu, memikirkan sesuatu masalah dengan melampau2, sehingga dia yang sakit sendiri.  Tapi setelah aku cuba sedalam-dalamnya menyelami perasaan GBS dan meletakkan diri dalam situasi dia, akhirnya aku faham kenapa GBS begitu takut dan sampai sakit2 memikirkan masalah UPSR yang kurang berjaya itu.  Ini soal maruah sebenarnya,  siapapun di dunia ini sama sekali tidak rela dan mahu maruahnya tercalar.  Apalagi ada hukuman menanti atas kegagalan itu.  Untuk itu, harus wujud perluang kedua. GBS harus diberi peluang kedua oleh pihak jabatan dan PPD amnya.  Tidak adil rasanya terus menghukum GBS dengan kegagalan UPSR SKAK.  Beri peluang kepada GBS untuk membuktikan kemampuannya dan yang paling penting untuk menebus kembali maruahnya yang tercalar.  Bila ia terkait dengan soal maruah aku rasa aku wajib berpihak pada GBS.  Ya...GBS wajib dikekalkan saja di SKAK.  Jauh di sudut hati aku tetap menghormati dia sebagai ketua dan orang yang lebih tua.  Semoga Allah memberkati dan merahmati GBS selalu serta memberikannnya kesihatan yang berpanjangan.  Semoga Allah memberi dia kekuatan untuk kembali membuka lembaran baru dan membuktikan kemampuannya.  semoga Allah memberi GBS kekuatan untuk mencari semula semangatnya yang hilang.  GBS...SKAK tunggu kepulangan cikgu.  Semoga usaha untuk mengekalkan GBS di SKAK akan diluluskan oleh pihak berkenaan,  semoga doa kami di angkat ke langit ketujuh hari ini,  Malaikat membawanya dengan senang hati dan mempersembahkan doa kami di hadapan Allah SWT dan DIA memakbulkan permintaan kami warga SKAK.


semoga SKAK akan melakar kejayaan baru tahun ini,  bagaimana lakarannya terpulang kepada pelukis2 SKAK.  Apa campuran warna yang bakal digunakan juga terpulang kepada pelukis2 SKAK.   Catan apa? teknik apa? semua terpulang kepada kalian. Kertas lukisan sudah terhampar luas,  bekas untuk menggantungnya juga sudah ada, hanya perlu mengukuhkan bekas itu agar tidak jatuh menyembah bumi.  hanya perlu melakarnya dengan baik dan mewarnanya dengan kemas sehingga lukisan itu terhasil dengan sangat cantik dan menarik.

HecTic

Minggu2 awal sesi persekolahan 2012 membuatkan penumpuan hidupku lebih terarah pada melengkapkan fail2 KSSR dan Jadual Waktu Induk SKAK.  Syukur aku masih kuat dan sihat untuk menghadapi kesibukan ini.  Bukankah aku mahu meningkatkan prestasi kerjaku? mudahan saja aku akan kekal dengan semangat dan azam baruku dalam dunia kerjaku.  Alhamdulillah, segala bahan KSSR sudah 'update', lengkap??? terpulang pada sang penilai,  maklum saja kemahuan manusia berbeza2, mungkin lengkap pada mataku tapi tidak pada mata para penyelia ataupun para nazir.  Sekurang-kurangnya, aku sudah cuba sedaya upayaku menyediakan keperluan untuk P&P KSSR 2012.  semoga usahaku diberkati Allah.  minggu terakhir bulan Januari,  aku sudah boleh membuat pentaksiran yang pertama.  InsyaAllah......


selesai bab KSSR,  ada 2 lagi tugas yang aku harus lunaskan. 
...Jadual Waktu Induk
...Mengemas dan mencantikkan Bilik Kesihatan.....makeover....
semoga aku terus diberikan kesihatan untuk melaksanakan amanah ini.  Apalagi ia termasuk dalam perancanganku untuk tahun 2012.  2 tugas ini harus aku siapkan dalam bulan Januari. 

Apapun aku gembira dengan kerja2 yang aku buat dalam 2 minggu ini.  memang ia menuntut masaku dengan total tapi aku tidak akan menyalahkan masa, sebenarnya aku mahu mengubah tabiatku yang selalu menyalahkan masa.  Tidak adil sebenarnya menyalahkan masa kerana setiap manusia dikurniakan 24 jam sehari untuk menyelesaikan segala urusan.  Ia adalah anugerah yang mahal tapi sentiasa percuma untuk manusia.  Tiada material apalagi wang untuk membeli masa yang mahal itu.  Ia percuma dan akan akan sentiada percuma sampai bila pun cuma terpulang kepada kebijaksanaan kita menggunakan masa.  

KSSR....aku sudah bersedia menjalankan P&Pmu dan bakal menjalankan Pentaksiranmu penghujung bulan Jan......tunggu aku ya....!
Jadual Waktu Induk SKAK....aku peruntukkan masaku semuanya kepada kau besok dan sabtu ini....nanti aku gantung kau di blok pentadbiran paling lewatpun selasa depan ya.....sabar!
Bilik Kesihatan....maaf kerana meletakkan kau senarai ketiga dalam perancanganku untuk mengemas dan mencantikkan kau....nanti aku buat 'make-over' agar penampilanmu tampak segar sebelum si baju2 putih datang melawat kau...mana tahu kali ini mereka gembira dengan penampilan baru kau....ahaks!!!....sabar ya...!

Monday, January 9, 2012

Soalan Sejarah

 Soalan 3
"Sejarah jg kerap dianggap sebahagian drpd sains sosial..Namun demikian, sejarah mempunyai beberapa ciri kelainannya pula sehingga dianggap bhwa sejarah mempunyai kedudukan istimewa di kalangan sains sosial"(Muhd Yusof Ibrahim.2000. Halaman 263-270). Bincangkan pernyataan tersebut.

Pengenalan

Sejarah merupakan satu disiplin ilmu pengetahuan yang tersendiri.  Ia adalah suatu ilmu pengetahuan yang mempunyai prinsip atau kaedahnya yang berbeza dengan disiplin2 ilmu yang lain.  Secara khususnya,  sejarah ialah suatu ilmu pengetahuan yang cuba melihat masa lampau melalui kaca mata masa kini.
            Sejarah sebenarnya bermula sebagai suatu ilmu pengetahuan yang berunsurkan teoraktik dan mitos.  Pada peringkat ini sejarah berkait rapat dan dipengaruhi oleh agama dan kepercayaan manusia.  Abad ke-15 sebelum masihi, muncul ilmu-ilmu lain yang bernaung di bawah ilmu falsafah Greek.  Sejarah Cuma dianggap sebagai satu cabang falsafah.  Kebangkitan agama kristian yang akhirnya mendominasi pemikiran zaman itu,  sejarah kembali bernaung di bawah agama tersebut.  Kemunculan zaman Peralihan(Rennainsance) pada abad ke-14 (Itali) dan abad ke-17 (Itali) telah melahirkan golongan Humanis yang telah menidakkan kuasa golongan agama.  Golongan ini dipengaruhi dengan pengaruh Rasionalisme Descartes yang bersikap skeptis terhadap semua perkara.  Akibatnya,  ilmu sejarah dipandang sinis, sangsi dan tidak diangkat sebagai disiplin ilmu pengetahuan.  Bruni dan Guicciardini menyifatkan sejarah sebagai suatu bentuk propaganda untuk menyemai semangat kesetiaan kepada kerajaan dan Negara.
            Turning-point kepada perkembangan ilmu sejarah bermula pada zaman Kesedaran selain beberapa ilmu lain.  Dominasi agama dan norma semakin hilang apabila sekularisasi semakin memuncak gerakannya melalui tokoh-tokoh kesedaran di Perancis(Freemason).  Mereka menjadikan sejarah sebagai alat propanganda atau ilmu bantu kepada pengajaran mereka.  Justeru, konsepsi sejarah yang bersifat fugsional tidaklah berbeza dengan zaman sebelumnya.
            Perancis adalah kesinambungan dalam konsep sejarah,  Jerman pula secara radikalnya berubah dan akhirnya menjadi benchmark dalam pengajian sejarah berikutan penubuhan Universiti Gottinghen pada tahun 1737.  Penubuhan Universiti ini adalah satu revolusi saintifik dalam pengajian sejarah.  mereka memperkenalkan tafsiran Hermeneutiks dalam sejarah dan menganggap ilmu2 lain sebagai disiplin bantu kepada ilmu sejarah terutama melalui kaedah untuk meningkatkan mutu penulisan sejarah.
            Penubuhan2 ini telah melahirkan golongan professional dalam pengujian atau penyelidikan sejarah.  perjuangan mempertahankan sejarah sebagai suatu disiplin ilmu bersifat autonomi atau sui-generis, iaitu yang mempunyai prinsip atau kaedah tersendiri yang berbeza daripada ilmu sains social.
            Bagi penyokong konsep sejarah sebagai suatu disiplin ilmu yang tersendiri, antara hujah yang ditekankan ialah, sejarah tidak seharusnya bersifat fungsional atau utilitarian seperti dalam bidang sains social.  Sekiranya bidang sains social berusaha mengemukakan prinsip atau generalisasi umum, maka pengkajian sejarah hanya berusaha menampilkan kebenaran peristiwa lampau untuk tujuan pengetahuan diri(self-knowledge) semata-mata.

Isi

Dalam usaha untuk membezakan antara sians social dengan sejarah,  perlu dilihat dari sudut konsep “diktomi-nomothetic” yang pertama kali dikemukakan oleh windleband.  Mengikut konsep tersebut sekiranya dalam kajian sains social terdapat sifat umum (general) dan sejagat hingga dapat dirumuskan prinsip dan pola hokum,  sebaliknya dalam sejarah terdapat sifat2 individu yang khusus atau berciri kendiri(idios) dan berbeza antara satu sama lain.  Konsep ini pada dasarnya bertolak daripada pendangan yang memisahkan antara alam yang berkaitan dengan nyata atau sifat2 yang tetap, konsisten dan penemuan prinsip2 umum,  sedangkan alam sejarah pula berunsurkan sifat2 unik dan berubah2.
            Dalam erti kata yang lain, sejarah sebagaimana yang ditegaskan oleh Leopold dan  Von Rank pula mengatakan ia seharusnya bersifat tersendiri.  Sejajar dengan sifat manusia dan masyarakat yang berbeza (idiosyn-cratic) maka sejarah sepatutnya dikaji secara tersendiri dan khusus, bukannya menekankan persamaan,  pengulangan dan penyeluruhan (holostik) seperti yang dilakukan dalam ilmu sains tabii.  Penganut Holisme melihat masyarakat manusia sebagai suatu keseluruhan yang pada keseluruhannya itu tunduk pada hukum2 tertentu.  Hakikatnya,  setiap manusia dan masyarakat itu mempunyai ciri2 yang menekankan kesatuan kehidupan manusia keseluruhannya tanpa mengakui perbezaan dan kelainan masing2.
            Istilah ‘sejarah’ yang dipergunakan pada hari ini menurut garis panduan yang telah ditetapkan oleh jawatankuasa Histografi dari Majlis Kajian Sains Sosial (Social Sciences Research Council) di New York adalah sekurang-kurangnya meliputi 5 perkara, iaitu:

1.   Penyelidikan yang sistematik tentang gejala2 alam

2. Masa lampau umat manusia atau sebahagian daripadanya.

3. Benda peninggalan masa yang lalu (misalnya artifak) dan penulisan (rekod) baik yang sekunder mahupun  
    primer atau sebahagian daripadanya yang telah ditinggalkan.

4. Penyelidikan, pengajian dan penjelasan tentang masa lampau umat manusia tau sebahagian daripadanya.

Lima pengertian tersebut boleh diketegorikan kepada 3 perkara iaitu,  sejarah yang berlaku (rujuk ii di atas), bahan atau sumber sejarah tersebut (rujuk iii di atas) dan penyelidikan dan penulisan sejarah tersebut (rujuk i, iv dan v di atas).

Penutup

Oleh yang demikian penekanan utama perbincangan dalam soalan ini secara khusus aku menumpu kepada pengertian sejarah yang ketiga, iaitu sejarah sebagai satu disiplin ilmu pengetahuan (akademik) yang memiliki kewibawaan tatacaranya yang tersendiri dalam proses penyelidikan dan penulisan sejarah.  pendek kata sejarah bermaksud satu tindakan atau percubaab penyelidikan berbentuk ilmiah yang tertakluk kepada mentaksir bukti, sumber dan sebagainya.  Pada umumnya, pengertian Herodotus; iaitu sejarah sebagai penyelidikan iaitu suatu usaha meneliti dan menulis sejarah secara sistematik dan saintifik.

Soalan Sejarah

Soalan 1.

1. "Sejarah itu adalah sejarah dan adalah tidak wajar ia dianggap sebagai sains. Secara umum, apatah lagi sebagai sains yang tepat" (muhd Yusof Ibrahim.1990. Halaman 271). Tepatkah pernyataan ini? Bincangkan persoalan wajar atau tidak sewajarnya teori dijadikan asas bagi sesuatu pengkajian sejarah?

Pembaca budiman, jawapan ini adalah cadangan untuk menjawab soalan semasa exam,  maaf kerana 'citation' tidak disertakan.  korang google sendiri ok....(>___<) sebab semua bahan untuk menjawab soalan ini saya dapatkan dari en. Google.

Pengenalan
Sejarah merupakan satu bidang ilmu dalam sains sosial.  Ia dapat dibuktikan melalui teori dalam sejarah dan kedudukan teori dalam ilmu sejarah.  Ahli sejarah perlu mengaplikasikan teori dalam menjalankan tugas dan penglibatan mereka dalam perkembangan teori2 baru.  Hipotesis sejarah akan membawa kepada aplikasi baru dalam teori.  Ahli-ahli sejarah lebih berhati2 menggunakan teori agar penulisan sejarah lebih berkualiti dan dapat dipertahankan.  Namun,  berlaku perdebatan samada sesuatu teori itu benar2 boleh digunakan.

Isi



Bagi menjawab persoalan samada kenyataan Muhd Yusof Ibrahim, 1990. Halaman 271, “Sejarah adalah sejarah dan tidak wajar ia dianggap sebagai sains secara umum apatah lagi Sains tepat”, ia harus dilihat melalui 3 perbezaan utama antara sejarah dan sains.
            Dalam bidang sejarah,  penerimaan terhadap konsep universal mengenai istilah-istilah teknikal tidak dapat diterima(ketiadaan istilah-istilah teknikal sejarah untuk diterima sebagai ilmu sains), sejarah bukan kaedah sains yang menggunakan kaedah pemerhatian terus dan andaian dalam sejarah adalah kurang berkesan dengan sains tulen(sejarah membolehkan manusia menjangkakan sesuatu peristiwa tetapi terbatas).  Oleh yang demikian kenyataan yang dikemukakan oleh  Muhd Yusof Ibrahim (1990) ada ketepatannya. 
            Kenyataan mengenai sejarah sebagai sains secara umum[sains] yang tepat mungkin disebabkan oleh beberapa teknik atau konsep; atau metadologi penulisan sejarah yang mengguna pakai teori dan hipotesis yang turut digunakan dalam sains.
             Wajar atau tidak sewajarnya teori dijadikan asas bagi sesuatu pengkajian sejarah harus dijawab dengan meneliti beberapa perkara sebelum membuat ketetapan wajar atau tidak sewajarnya penggunaan teori sebagai asas sesuatu pengkajian sejarah seperti; sebab munculnya teori, kritikan teori sejarah,  metadologi sejarah, kepentingan metadologi sejarah, perbezaan antara sejarah dan sains, teori kedatangan Islam ke Malaysia,  bentuk kaedah penyelidikan dalam sejarah,  tanggungjawab/karektor ahli2 sejarah.

Kesukaran menghubung setiap perkara mengenai pengalaman manusia dalam sesuatu zaman serta peluasan bidang penyelidikan sejarah beserta dengan beberapa jumlah besar bukti telah menyebabkan munculnya teori sejarah.  Selain itu, tekanan terhadap bidang kepakaran menuntut penyelidikan yang lebih luas mengenai sejarah sesuatu peristiwa.  Factor lain yang menyebabkan munculnya teori sejarah adalah perubahan ilmu sejarah kepada bidang2 yang lebih khusus,  penumpuan ahli sejarah untuk menerangkan perubahan dalam sejarah yang berlaku kepada manusia dan masyarakat khususnya seperti sejarah ekonomi, diplomatic dan sains.  Factor-faktor ini membolehkan kewajaran penggunaan teori sebagai asas dalam pengkajian sejarah.
Kritikan dalam teori sejarah berlaku kerana teori sejarah berbentuk spekulasi.  Ini bertentangan dengan prinsip asas ilmu sejarah.  Teori menjadikan ahli sejarah lebih berminat menggunakan kaedah mereka sendiri dan menggunakan interpretasi sumber.  Penggunaan teori sejarah akan mencabar kesahihan hampir keseluruhan bidang ilmu.  Teori menolak keunikan sesuatu peristiwa dan harga diri seseorang individu yang terlibat terutamanya apabila sesuatu peristiwa yang dikaji akan mengkaji faktor manusia sebagai penyebab kepada berlakunya sesuatu perkara buruk (mendedahkan ahli sejarah kepada mencari kesalahan dan meletakkan kesalahan itu kepada seseorang individu).  Teori sejarah juga boleh menyebabkan matlamat ilmu sejarah tercabar sebagai satu bidang dan medium yang mengkaji masa lepas (kesukaran mencari sumber yang boleh dipertahankan). Kupasan mengenai kritikan dalam teori sejarah, secara teknikalnya menjadikan alasan tidak sewajarnya teori dijadikan asas bagi sesuatu pengkajian sejarah.
Apabila membicarakan mengenai teori,  sudah pasti ia tersabit dengan penggunaan metadologi di dalam menghuraikan kejadian sesuatu peristiwa yang lepas.  Oleh itu,  dalam 2 perenggan seterusnya akan menerangkan definisi metadologi sejarah dan sedikit huraian untuk menjawab persoalan wajar atau tidak sewajarnya penggunaan teori dalam pengkajian sejarah.  Metadologi adalah penggunaan tatacara yang betul mengikut kaedah2 yang ditentukan dalam menghuraikan sesuatu peristiwa itu berlaku.  Metadologi merupakan satu bentuk yang sistematik mengenai prinsip dan peraturan.  Prinsip dan peraturan merupakan instrument penting dan berkesan dalam usaha mengumpulkan bahan2 sejarah, mengkaji secara kritikal dan mempersembahkan secara sintesis hasil yang diperolehi.  Meneliti dari sudut teknikal definisi dan konsep metadologi sejarah dapat menjawab persoalan bahawa adalah wajar penggunaan teori dalam pengkajian sejarah.
Metadologi sejarah mempunyai kepentingan bagi menentukan hasil pentafsiran dan penulisan sesuatu tajuk itu mempunyai ciri2 sejarah.  Ia juga bertujuan untuk memastikan penulisan mengenai sesuatu peristiwa itu adalah tepat dan dapat diterima oleh masyarakat, membantu ahli2 sejarah membuat kajian mengenai sesuatu peristiwa sejarah dan membuat criteria lengkap untuk menilai sumber2 yang diperolehi.
Kekuatan hujah mengenai kewajaran penggunaan teori untuk dijadikan asas bagi sesuatu pengkajian sejarah (dalam dua perenggan di atas) dapat dilihat melalui operasi yang menggunakan kaedah ini[metadologi] iaitu heuristic(pencarian bahan untuk sumber maklumat), kritikan(penilaian sesuatu bahan/sumber itu dapat dibuktikan) dan yang terakhir; sintesis(kaedah mengumpulkan data2 sejarah dan mempersembahkan data dalam bentuk terma2 objektif kebenaran dan keberkesanannya).  Operasi2 ini sinonim dengan ilmu sains yang menggunakan kaedah ini untuk sesuatu pengkajian, namun dari sudut teknikal; terdapat perbezaan antara sejarah dan sains.
            Tiga Perbezaan utama antara sejarah dan sains secara tuntasnya menjawab persoalan wajar atau tidak sewajarnya penggunaan teori dijadikan asas bagi sesuatu pengkajian sejarah.  Bidang sejarah tidak dapat menerima konsep universal malah tiada konsep universal mengenai istilah2 teknikal.  Factor ini merupakan kelemahan dalam sejarah berbanding ilmu sains.  Kelemahan ini menyebabkan penolakan total sejarah diterima sebagai ilmu sains.  Selain itu,  penggunaan kaedah dalam sejarah(banyak mengkaji peristiwa silam) bukan seperti ilmu sains yang mengguna pakai kaedah pemerhatian terus.  Andaian dalam sejarah adalah kurang berkesan berbanding dengan sains tulen sekalipun sejarah membolehkan manusia menjangkakan sesuatu peristiwa namun ia terbatas.  Oleh itu, perbezaan-perbezaan ini menyebabkan,  adalah tidak wajar penggunaan teori sebagai asas pengkajian sejarah.
            Kewajaran penggunaan teori sebagai asas bagi sesuatu pengkajian sains masih mampu berdiri dengan membawa impak kuat apabila mengaitkannya dengan teori kedatangan Islam ke Malaysia[Tanah Melayu].  Dari sudut general,  kedatangan Islam ke Tanah Melayu[Melaka, Terengganu dan negeri2 pantai barat semenanjung] tersebar melalui guru2 agama dan golongan pendagang yang berasal dari tanah Arab.  Teori kedatangan Islam ini telah dikuatkan dengan adanya Batu Bersurat yang menceritakan prihal kedatangan Islam di Terengganu telah menguatkan teori ahli sejarah.
            Oleh kerana sejarah bersifat kajian masa lepas,  maka ia menyebabkan timbulnya teori-teori sejarah.  Justeru, teori-teori ini sendiri telah menjadi asas bagi sesuatu pengkajian sejarah.  Ahli-ahli sejarah akan giat melakukan penyelidikan dalam sejarah bagi mendapatkan kebenaran fakta sejarah.  hujah ini memberi kekuatan kepada kewajaran penggunaan teori sejarah.  Terdapat beberapa penyelidikan dalam sejarah untuk menguatkan teori-teori sejarah yang mungkin tercetus dari operasi Heuristik, kritikan dan sintesis dalam metadologi sejarah seperti penyelidikan sumber,  kaedah lisan/temubual, arkeologi dan penggunaan kaedah ujian karbon.
            Penggunaan teori sejarah mempunyai kelemahan ketara yang menjadikannya resesif.  Ahli-ahli sejarah secara dominan menjadikan teori sejarah tidak sewajarnya menjadi asas pengkajian sejarah.  Ahli2 sejarah mempunyai tanggungjawab yang harus dilunasi dan mempunyai karektor terbuka.  Mereka harus mencari kebenaran dengan menjalankan penyelidikan secara terbuka(tidak bias), mencatat semua fakta penting samada baik atau buruk, bijak membuat keputusan secara kritikal(elakkan unsure negatif), membuat penilaian sesuatu peristiwa kajian dengan tepat dan telus dan sentiasa bertanggungjawab serta bijak menggunakan kebolehan yang ada(untuk elak pembaziran tenaga dan waktu).  Sekiranya Ahli sejarah tidak bertanggungjawab serta mempunyai karektor yang berat sebelah(Euro centric atau Malay-centric) juga bias dalam penilaiannya,  ia akan menjejaskan sesuatu hasil pengkajian sejarah.

Penutup

            Persoalan wajar atau tidak sewajarnya teori dijadikan asas bagi sesuatu pengkajian sejarah adalah bergantung kepada bagaimana teori itu diadaptasi, diaplikasi malah dimanipulasi untuk membuat pengkajian sejarah.  Ahli sejarah perlu mengalikasikan teori dalam tugas dan penglibatan mereka untuk mewujudkan teori-teori baru.  Sesetengah pengkajian sejarah mungkin tidak sewajarnya menggunakan teori sebagai asas namun hipotesis sejarah akan membawa kepada aplikasi teori.  Teori sejarah ada keperluannya dalam pengkajian sejarah walaupun timbul perdebatan kesasihan teori tersbut, walau bagaimanapun ia masih wajar menjadi asas kukuh.

MeLanKoliK

Hari ini entah kenapa semua yang ada di sekolah terasa begitu melankolik sekali.  Aku rasa macam ada yang tidak cukup.  Semua rasa macam tawar.  Kalau saja rasa tawar itu sesedap teh cina, tentu saja ia mampu menerbit rasa cukup dan puas; tapi rasa tawar yang kurasa itu bukan tawarnya teh cina atau tawarnya air masak yang mampu hilangkan dahaga ketika hidrasi.  Hari ini bukanlah tiada satu apa pun di sekolah yang buat aku ketawa dan senyum.  Ada juga moment2 yang buat hatiku menggelitik lucu dengan bicara dan telatah rakan2 sekerja,  tapi sekejap rasa tawar itu merampas kembali rasa gembira itu.  Aku kecarian sebenarnya.

Hari ini hari pertama Jue bertugas di sekolah baru.  Rindu pula dengan sahabatku yang seorang ini padahal baru jumaat lepas kami outing ke saloon bersama.  Ke kantin seorang diri tadi buat rasa rindu melihat dia berada sekolah.  Teringat tahun lepas, kami selalu kongsi banyak perkara di sekolah.  Sudah kurang seorang tempat aku mengadu rasa, syukur Fatine masih ada.  Mungkin kerana Jue sudah tidak lagi jadi warga SKAK, semuanya jadi melankolik sekali bila berada di sekolah hari ini.  Sikit banyak, keadaan pasti akan berubah selepas ini.  

Jue bestfriend aku, jadi aku terasa betul ketiadaan dia di sekolah hari ini.  Rasanya kena ambil 2-3 hari untuk membiasakan diri.  Cukuplah Jue saja yang pindah,  kalau Fatine pun pindah selepas ini, aku rasa aku pun akan cabut dari SKAK.

Dimeja kopimu

Aku ingin menutup semua gerbang inderamu menghalangmu dari setiap sudut di balik pintu biar tak ada cahaya yang menembusi hingga kau tenggel...