Wednesday, July 11, 2012

Aura Keraguan

"Lelaki itu ada aura keraguan yang tak pernah ada dalam dunia ni", kata Maruo kepada Maruko dan Tamaye.
Chibi Maruko Chan

Keluarga Chibi Maruko Chan

Maruko dan Tamaye

Maruko dan Maruo
Adui, terjentik betul hati aku waktu menonton kartun Chibi Maruko Chan jam 5pm tadi.  Terasa lawak dan hatiku benar-benar menggeletek kelucuan.  Apalagi intonasi dan riak wajah si Maruo waktu menuturkan kata-kata penuh kesangsian ini.  Biar lewat watak-watak dalam kartun cuma, skrip dalam cerita kartun ini benar-benar menghiburkan dan mengesankan untuk aku yang biasa-biasa sahaja penilaian-review-pasal bidang berkaitan dengan perfileman, animasi, skrip, story-line atau apa2 yang sewaktu dengannya.

P/s: walau dah setua ini, aku masih tetap menggemari kartun.  Chibi Maruko Chan, antara kartun wajib tonton bagi aku.  Banyak juga kartun luar negara, terutama kartun2 keluaran negara Jepun*bukan anime ok dan kartun keluaran negara Barat yang menjadi kartun wajib tonton...dapat teka tak kartun apa??? hehehe....Mungkin ada yang mengatakan aku tak sedar diri, dah tua-tua pun masih menonton kartun, well...aku tidak kisah.  Bagi aku, jika cerita itu mampu membuat aku tersenyum lebih2 lagi ketawa, dan bisa buat aku gembira sakan, aku mesti layan punyalah.  Sekarang ini, cerita2 drama di TV1, TV2, TV3, Astro jarang benar menjentik hatiku, menarik minatku untuk terus menonton, berbeza dengan kartun2 lucu*bukan semua kartun aku layan ok...tapi kebanyakannya buat aku tertarik untuk menontonnya.  Dulu2 aku paling suka tengok Usop Sontorian, animasi pertama Malaysia, hasil karya Ujang; sayang, ia tidak berpanjangan, mungkin kurang bajet.  Kesian dengan Ujang,  bakat yang disia-siakan oleh FINAS.  Syukurlah, Kampung Boy masih kekal dilayar TV.  Masih ingat Keluang Man?? hehehe....Anak2 Sidek, semua kartun ini hasil karya orang kita.

Tuesday, July 10, 2012

SKAK: 1M 1S 1M...2012

Apa lagi yang harus diperkatakan dengan 1M1S1M 2012,  semua sekolah seluruh Malaysia menjalankan aktiviti ini.  Kalau tahun lalu pengisiannya; ada acara larian, tahun ini senamrobik pula menjadi taruhan.  Apalagi harus dicatatkan, ia telah dilaksanakan dengan jayanya*tahniah kepada guru pelatih SKAK yang menjadi instructor senamrobik 1M1S, rasanya semua sekolah di Malaysia sudah melangsaikan aktiviti 1M1S 1M 2012, kita tunggu tahun depan, apa pula bentuk pengisiannya.  Bertahankah acara murni ini....kita tunggu dan lihat.  Untuk Sekolahku, tahun ini, ia kekal meriah seperti tahun lalu.  Cuma suasana meriah itu berbeza sedikit.  Apapun, SKAK telah berjaya merealisasikan 1M1S 1M dengan cara kami yang tersendiri...

Kali ini aku sempat merakam beberapa gambar dan video, cuma tidak banyak; dengan kemampuan HP Sony Ericson ku yang sudah tua*tapi paling aku sayang dan aku adalah peminat dan pengguna setia SOny EriCson, manalah dapat menampung ruang untuk mengambil sebanyak gambar yang ku mahu.  Seperti yang selalu aku bilang pada sahabatku, nanti kalau aku sudah punya wang yang cukup, akan ku cekau sekampit dua Android, akan ku beli Canon EOS macam Si Yuna Pakai dalam Iklan dia yang best tu.  Masa itu, aku boleh saja mengambil sebanyak mana gambar dan merakam video semahuku...ahaks!!! angan2 orang tak kecukupan ongkos macam aku....>_________<









Tunggu Turn Tulis nama....


Sempat lagi minta gambar kali kedua.....

Pendaftaran Murid

Ucapan PK KOKUM....Pn. Taime

Menunggu detik Mula.....

Begambar dulu ba sebelum Senamrobik....

Teringat

Memang Julai ada tinggalkan kenangan indah buatku.  Mengenang kembali memori yang pernah tercipta dalam bulan ini membuatkan aku senyum dan ada sedikit sendu pada senyum itu.  Julai hadir bersama melankolik tahun ini, itu yang membuatkan senyumku terkesan sendu; setahun yang lalu ia membuat hatiku berbunga riang.  Benarlah bahawa..."Kenangan Itu Kerinduan"....

Wahai sendu dalam senyumku, pergilah jauh2, kembalikan senyum manisku....


mampukah? bila hanya dia yang bisa buat aku senyum tanpa sendu itu berlagu bisu pada wajah....

Monday, July 9, 2012

Penat

Penat dengan sikap manusia yang penuh dengan ego sehingga mengundang amarah manusia lainnya. Kes apa kes?? aku Juga ada perasaan begia....!!! Sabar seja la...Tingkatkan sabar setiap hari...Aku harus diam mulai hari ini...!!! Tidak akan ada kata-kata berbaur marah baik kepada dia dan sesiapapun, walaupun kata-kata berbaur marah itu hanya terluah antaraku dan sahabatku Fatine Lee-bermaksud hanya sahabatku yang mendengarnya*kasihan dia terpaksa mendengar luahan rasa marahku.  Aku tidak akan mencari alasan untuk membelaku atas kalamku waktu aku meluah rasa tidak puas hati pada sahabatku Fatine Lee. Mulutku memang keterlaluan waktu aku meluah rasa tadi.  Aku bersalah atas kalamku tadi.  Syukur aku hanya menuturkan kalamku di depan sahabatku, aku tidak kisah jika dia menghakimiku dengan apa pun jua bentuk hukuman atas kalamku,  kerana aku yakin dia selalu adil dalam menghakimiku.  Ampunilah dosaku Ya, Allah...tingkatkan rasa sabarku....Wahai Syaaban dan Ramadhan Kareem yang bakal menjelma,  didik aku, bantu aku jadi manusia penyabar dan pendiam kerana ALLAH.

Mungkin muka aku serupa hantu, sampai kalau aku berada di atmosfera dia, maka dia akan  melarikan diri.  Nampaknya, mulai esok aku harus berpada-pada, harus duluan melarikan diri sebelum aku mencemar atmosfera dia.  Nanti, akan aku cipta langitku sendiri, atmosferaku sendiri, supaya; baik aku dan dia, tidak terkapar-kapar, tidak kerebutan oksigen bila atmosfera kami bertembung.  Apapun, aku tidak memusuhi dia, kelihatan seperti dia yang memusuhiku. 

Baiklah, kepada manusia ego itu...aku akan menghilangkan diriku setiap kali aku ada di atmosferamu.  Maafkanlah aku atas segala ulahku, silapku, dan atas segalanya.  Halalkan mana yang pernah termakan dan terminum*dulu2...

Thursday, July 5, 2012

Entry Khas Untuk Sahabat Terbaikku...Fatine Lee

Perkara paling membahagiakan dan paling utama ialah menggembirakan hati orang tua, itulah yang paling mulia dan mendapat keredhaan Allah SWT, selepas itu ialah menggembirakan hati sahabat baik.

Aku yakin hari ini aku telah berjaya membuatkan sahabat baikku gembira.

Hari ini hari jadi dia. 
Aku kasi suprise hantar bunga*kat bawah ni.

Tiada material apapun di dunia ini yang dapat menerangkan betapa aku sangat menghargai dia sebagai sahabatku, dia sahabatku yang paling setia, selalu ada untuk aku walau dalam keadaan apa sekalipun, Tuhanku yang pengasih, peliharalah dia selalu ya Allah; peliharalah persahabatan kami hingga ke akhirat.


Semoga Allah merahmati dan memberkati sahabat terbaikku ini.
Aku sayang dia.

Sunday, July 1, 2012

JULAI = Satu Amanah Penting

Selamat datang Julai

Alhamdulillah.....segala puji hanya padaMu Ya Allah, Tuhanku Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani....

Terima kasih atas nikmat hidup ini
Terima kasih atas segala kurniaMu
Terima kasih atas segala rahmatMu

Ampunilah dosaku ya Allah
Ampunilah dosa kedua orangtuaku
Peliharalah mereka
sepertimana mereka memeliharaku sewaktu kecil

Ya Allah jadikanlah aku seorang yang istiqamah
dalam menjalani hidupku

Berkatilah
Permudahkanlah semua urusanku.....

Bulan Julai datang lagi, tahun ini bulan Julai datang membawa diary baharu dan jadual baharu-aku agak sibuk dengan tugas dan amanah yang bagiku berat sedikit.  Berat kerana ia bersangkut-paut dengan masa depan murid tahun 6-bermakna murid UPSR 2012.  Hujng bulan lalu, hasil cetusan idea Joss, kami berbincang untuk mengadakan 1 program untuk murid tahun 6.  Syukur waktu mengusulkan program ini dalam mesyuarat yang dianjurkan oleh aku dan Fatine, mendapat sokongan padu PK1 dan semua guru tahun 6 dan beberapa guru yang terpaksa kami libatkan dalam program ini.  Paling mengharukan, bila ada guru secara sukarela, mahu terlibat dalam program ini dengan mengorbankan masa free mereka-guru bukan tahun 6 yang terlibat samada secara langsung dan tidak langsung(sukarela) akan menggunakan masa free mereka.  Kami-bermaksud aku, Fatine Lee dan Joss; sebagai pemula projek, maka tanggungjawab untuk memastikan program ini berjalan lancar, terletak dibahu kami.  Doaku agar kami semua-guru2 SKAK akan bersatu hati, istiqamah di dalam menjalankan amanah ini.  semoga kejayaan akan bersama kami.  semoga maruah yang tercalar tahun lalu boleh dibersihkan semula. 

Dimeja kopimu

Aku ingin menutup semua gerbang inderamu menghalangmu dari setiap sudut di balik pintu biar tak ada cahaya yang menembusi hingga kau tenggel...