Thursday, September 6, 2012

Saya Ikhlas Berkerja

Baru saja menyiapakan kertas kerja program Perkampungan UPSR, aku betul2 terasa lega.  Sebenarnya semalam aku sudah menyiapkan kertas kerja program ini, dan sudah menyerahkan draf untuk semakan Pn. Raginah dan Pembantu Tadbir Kewangan, En. Aljalati Madi.  Alhamdulillah, kertas kerjaku diterima dan diluluskan cuma aku perlu mengubah bahagian nota minta.  Syukurlah, semuanya sudah selesai dan aku cuma perlu menunggu besok untuk menyerahkan kertas kerja lengkap kepada pihak pentadbiran.  Esok juga ada mesyuarat bersama ibubapa dan guru-guru untuk membentangkan kertas kerja.  Rasa syukur sekali lagi kerana besok Pn. Raginah yang akan membentangkan kertas kerja ini.  Aku??? deiiii...senak perutlah kalau kena bercakap depan ibubapa.  Aku harap semuanya akan berjalan dengan lancar, bermula dengan mesyuarat besok dan semasa program ini berlangsung isnin depan.  Tapi kalau terpaksa, aku redah sajalah.....
 
Projek ini merupakan kesinambungan daripada projek Revolusi Kecemerlangan UPSR 2012 yang aku, fatine dan Joss anjurkan masa bulan Julai lepas,  untuk projek terakhir nanti, aku dan fatine bercadang akan mengadakan majlis graduasi murid tahun 6 dan skrol yang diterima adalah slip keputusan UPSR 2012.  InsyaAllah....semoga Allah mempermudahkan segala urusan kami.
 
Projek paling terdekat dan akan dilakukan semasa UPSR ini, adalah mengubahsuai rekaan dalaman bilik kesihatan.  Semoga Allah mempermudahkan urusan kami.
 
Next projek.....aku dan sahabatku fatine Lee, mungkin kami akan menambah mural...hehehe....kali ini ramai kudrat yang sangat sudi membantu, ada Najihah AR, ada Nik, ada Farra, ada Hazirah, ada Joss.......Aku kira ini sudah jadi satu pasukan kerja yang hebat.
 
P/S.....aku kerja bukan cari nama, bukan cari penghargaan, apalagi untuk dapat markah SKT dan Penilaian Prestasi tinggi dan; apatah lagi untuk dapat APC, aku kerja sebab aku suka dan aku ikhlas demi kelangsungan kejayaan dan kecemerlangan SKAK.
 
P/S.....kopipes dari kawan saya Issa Norisah yang gojes.....
 
"Orang Yang Ingin Membuat Sesuatu Walau Susah Akan Mencari Jalan Bukan Mencari Alasan"
 
ermmm...tiba2 rasa satu kebenaran yang nyata dari madah madah ini.....


 

Monday, September 3, 2012

Silap pilih

Kadang-kadang kita akan membuat keputusan dan pilihan yang salah dalam hidup, dan saat menyedarinya kita sudah terperangkap dalam keputusan dan pilihan yang kita buat.  kadang-kadang keputusan dan pilihan itu sangat memalukan, saat itu kita terasa seolah mahu memutar semula waktu, atau paling tidak memegunkan masa dan waktu.
 
P/s: macam benci dengan diri sendiri hari ini, membuat keputusan yang akhirnya memalukan diri sendiri.  Waktu berperang dengan diri tengahari tadi, jika aku boleh simpulkan ia sebagai hati baik, aku sebenarnya memilih untuk berbuat baik sempena hari baik dan  bulan baik, sementelahan; jika aku simpulkan ia sebagai hati jahat, aku sebenarnya memilih untuk mempertahankan egoku yang bodoh.  Sebagai mempertahankan kesilapan dalam percaturanku memilih strategi ini dalam peperangan hati-semasa membuat keputusan untuk diri-aku membuat kesimpulan yang aku tidak mahu dicop sebagai orang jahat dan sombong dan tidak matang walaupun nanti aku akhirnya bakalan dicop sebagai orang tidak tahu malu bila masih tanpa segan silu menjenguk-jengukkan muka padahal muka inilah yang paling menjengkelkan dan memualkan tekak.

Uji Mata dan Minda


Untuk entry kali ini, aku nak uji mata dan minda para readers yang sudi berkunjung dalam blog aku yang seadanya ini.  Korang boleh teka tak apa perkataan yang tertulis??? siapa dapat teka sila beri komen ya.....hehehe!!!

Saturday, September 1, 2012

Sunnah Ketika Minum

Salam 1 September....
 
Alhamdulillah......September sudah menjenguk kita,  semoga September bakalan membawa seribu kebaikan kepada kita semua.
 
Untuk entry kali ini, aku nak kongsikan satu sunnah, semoga ia memberi manfaat kepada kita semua.  Jom kita sama-sama cuba untuk mengamalkan sunnah ini-sekurang-kurangnya salah satu sunnah jadi amalan.
 
Sunnah Ketika Minum.
 
  1. Hendaklah minum dengan sedutan yang berlainan. (Riwayat Tarmizi).
  2. Baca Bismillah dan alhamdulillah pada setiap sedutan (Riwayat Bukhari).
  3. Duduk dan minum, Nabui SAW telah melarang minum dengan berdiri (Zaadul Maad).
  4. Air dan segala minuman yang halal hendaklah diminum dengan tangan kiri bagi makan dan minum (Riwayat Khasil Nabawi).
  5. Jangan tiup ke dalam air panas untuk menyejukkannya (Riwayat Abu Daud).
  6. Jangan minum daripada bekas yang sumpik atau pecah (Riwayat Abu Daud).
  7. Orang yang memberi makan atau melayan orang hendaklah yang paling akhir makan dan minum (Riwayat Tarmizi).
  8. Janganlah minum daripada bekas besar seperti jag air, botol dan lain, tetapi satu gelas besar atau mangkuk kecil (Riwayat Abu Daud).
 

Thursday, August 30, 2012

KALA CINTA DAN WAHYU BERSATU: Novel A. Ubaidillah Alias

Pengorbanan, keserasian dan cinta bukan syarat bagi memastikan jodoh di tangan kita.  Jodoh di tangan Allah.  Dia yang menentukan segalanya.
 
Jangan pandai-pandai mengaitkan bahagia dengan sesiapa.  Bahagia bukan dalam kekuasaan kita.  Bahagia itu adalah anugerah Allah.
 
Cinta itu adalah anugerah, namun jodoh itu adalah takdir. Kita tidak semestinya berkahwin dengan seseorang yang banyak berkorban untuk kita. Kita tidak semestinya berkahwin dengan orang yang paling memahami diri kita. Yang penting, kita mengahwini seseorang yang mampu membawa kita ke syurga. Apabila cinta itu sudah sesuai dengan kehendak Ilahi, bertepatan dengan wahyu Allah...maka itulah cinta yang membawa bahagia.
 
Tidak semestinya kita mengahwini orang yang paling kita cintai dan yang paling mencintai kita.  Tidak semestinya kita mengahwini orang yang paling banyak berkorban untuk kita.  Percintaan dan pengorbanan itu tidak semestinya membawa kepada perkahwinan.  Jodoh tidak mampu dibeli dengan sebarang harga.  Jodoh tidak boleh dilukis, dirancang, diatur dengan tangan manusia.  Jodoh itu adalah kuasa Tuhan.
 
Doa untuk meminta jodoh dengan lelaki yang kita cinta.
 
" Ya Allah...bawalah lelaki itu kepadaku dengan kuasa cintaMu.  Bukan kerana ucapan lisanku atau kerana sebab yang zahir.  Aku ikhlas mencintainya dan aku mahu dia melihat cintaku dalam hatinya menerusi makrifat cintaMu.

Merdeka SKAK

 
Hari ini berlangsung sambutan kemerdekaan kali ke-55 di SKAK, tahun ini KPM mengadakan program kemerdekaan berbentuk acara larian/perarakan kemerdekaan. Semua sekolah di Malaysia wajib menjalankan acara/program ini.  Sebelum ini pun kami SKAK selalu menjalankan acara perarakan ini.  Cuma kali ini KPM mengarahkan semua sekolah di Malaysia menjalankan program/acara secara serentak pada tarikh 30.8.2012.
 
Sambutan kali ini agak meriah, ramai ibu dan beberapa orang bapa yang datang untuk turut serta dalam sambutan kali ini.  Tahun ini juga ada acara persembahan baharu iaitu Pentomen dan sajak berirama, tahun lalu cuma ada persembahan tahunan seperti tarian dan busana merdeka.  Anak-anak murid yang terlibat dalam Pentomen ini, kulihat mereka begitu bersemangat walau masih malu2. 
 
Aku malas untuk mengambil gambar-gambar dan video semasa persembahan untuk program kali ini, ada juga beberapa gambar yang sempat ku ambil tapi gambar-gambar itu langsung tidak best(kecuali gambar kawan2) dan atas sebab itu aku malas sekali untuk upload dalam entry kali ini. 
 
P/s: Masih dalam bulan Syawal, aku masih menantikan sesuatu, aku harap doaku bakalan termakbul.  Semoga ada sinar baru dan ukhuwah bakal terjalin semula.

Perasaan itu Pelik: hati

Perasaan manusia kadang2 pelik sifatnya.  Mulut yang letaknya di muka mungkin boleh menipu, tapi perasaan yang letaknya di dalam hati tidak boleh menipu.  Kadang2 walau sekuat mana pun kita cuba untuk menidakkan perasaan yang ada dalam hati, kita sebenarnya tidak mampu untuk menipu walaupun mulut kita menidakkannya.  sebab itu, aku menyifatkan yang perasaan manusia itu kadang2 terkesan pelik.  Apabila perasaan kita menyatakan rasa suka, maka hati dan perasaan akan menyatu dan sebati dalam diri, sehingga kepala yang padanya ada otak dan fikiran akan sentiasa memikir dan mengenang watak2 yang terlibat sekalipun watak2 itu mungkin tidak pernah sama sekalipun membalas perasaan suka dan sama sekali juga tidak pernah mengenang dan memikirkan kita.  Walau hanya mampu mengenang dan memikirkan dan sekaligus mendoakan watak2 itu, kita sudah merasa sedikit bahagia, sebab itu aku menyifatkannnya sebagai pelik.  Cuma ada satu anggota yang mungkin boleh menipu, iaitu mulut yang ada dua bibir.  Rongga yang ada pada mulut mampu mengeluarkan kata-kata tipu untuk menidakkan perasaan.  Bibir tanpa tulang itu sangat kuat hingga mampu menipu perasaan, tapi hati yang terletak utuh dan dipagari oleh tulang2 dada dan diselaputi daging pula sangat lemah hingga tidak mampu menipu perasaan. 
 
Tuhan menjadikan hati kita kecil sahaja, tapi mampu menyimpan perasaan yang banyak ragamnya, walaupun hati sarat menyimpan banyak perasaan, ia tetap mampu menampung betapa banyak pun jumlah perasaan yang lahir dan hadir-samada baru lahir dan hadir dan telah lama lahir dan hadir.  Hati tetap menyimpan utuh perasaan itu selagi kita tidak memadam, membuang dan melepaskannya.  Ada juga watak2 dan cerita2 yang sudah mampu dipadam, tapi ada juga perasaan yang tidak mampu atau masih belum boleh untuk dipadam dan dilepaskan-ia tetap segar dan bercambah setiap hari.

P/s: HATI MILIK ALLAH, HANYA DIA YANG MAMPU MERUBAHNYA

Dimeja kopimu

Aku ingin menutup semua gerbang inderamu menghalangmu dari setiap sudut di balik pintu biar tak ada cahaya yang menembusi hingga kau tenggel...