Tuesday, July 31, 2012

Manusia

Kadang-kadang ada manusia tanpa sedar,  sikapnya selalu mahu merosakkan perhubungan manusia lainnya yang mahu hidup baik-baik saja.  Lalu, bila kebenaran tiba, manusia itu kemudian berpura-pura menjadi mangsa keadaan dan mula meminta orang yang tidak tahu kebenaran mengasihaninya, manusia yang tidak tahu kebenaran itu pula, dengan mudah dan penuh taksub percaya pada manusia itu-bermaksud sungguh kasihan pada manusia tidak tahu kebenaran itu.  Ya, Allah, berkat Ramadhan Kareem ini, tolonglah Ya Allah yang maha mengetahui, tunjukkanlah kekuasaanMu, Rungkaikanlah kebenaran tentang manusia itu jika benar manusia itu ada menabur kata-kata tidak sepatutnya.  Kembalikan sifat baik manusia tidak tahu kebenaran itu dan lindungilah dia daripada manusia yang mahu merosakkan fikiran, sikap dan juga sifat.  Sesungguhnya manusia yang berkawan dengan manusia yang tidak baik hanya menzalimi dirinya sendiri.  Dengan Sifat KebesaranMu Ya, Allah...tunjukkanlah kekuasaanMu.  Kasihanilah kami semua...Amin Ya Rabbal Aalamin......

Lepas dan Lupa???

Ada masanya saat kita betul2 mahu melepaskan semuanya, melupakan segalanya, tiba2 kita rasa ia seperti terlalu susah untuk melakukannya.  Hati dan fikiran seolah-olah degil untuk membantu diri kita melakukan perkara itu.  Sudahnya, diri kita sendiri yang merasa kesakitannya.  Mungkin kurang ikhlaskah? atau diri kita sendiri sebenarnya yang tidak mahu melepaskan dan melupakan....???

Aku betul2 mahu melupakan semuanya.  Aku benci betul dengan apa yang aku rasa.

Sunday, July 29, 2012

IFTHOR JAMA'IE SKAK 1433H: BERKAT DAN RAHMAT RAMADHAN KAREEM

Alhamdulillah.....Kesyukuran kupanjatkan padaMu Ya...Allah, majlis Ifthor Jama'ie yang dirancang sejak seminggu lepas, telah berjaya dilaksanakan dengan jaya dan penuh kesederhanaan.  Terasa sungguh berkat Ramadhan, terasa sungguh kasih-sayang Allah pada kami semua.  Najihah sahabatku, terima kasih kerana andalah pencetus kejayaan ini.  Semoga Allah memberimu sebaik-baik pembalasan. 

Pada awalnya, aku dan Jihah berasa risau sebab sudah pukul 5 lebih, belum kelihatan anak2 murid kami di Surau.  Jam 5 lebih sedikit, baru tersembul wajah2 mereka satu-persatu dan hatiku berbunga riang dan bersyukur ke-hadrat Allah bila para ibu2 mula datang sambil membawa juadah.  Terima kasih ibu2 SKAK.

Paling menggembirakan bila sahabat paling terbaikku, Fatine Lee; datang bersama suami dan dua anak perempuannya, Hasya dan Nanad.  Terasa lega dan bahagia sekali.  Kesyukuran dan kelegaan terasa berkembang dalam hati bila para jemputan khas, guru2 pelatih dari IPGK dan Geng Kelab Hijrie datang dengan keikhlasan kerana Allah Taala. 

Bersama dengan guru2 pelatih (perempuan) kami mula menyusun hidangan bagi memastikan kelancaran semasa berbuka puasa nanti.

Tepat jam 6.33pm dengan lafaz doa, kami semua berbuka puasa dengan penuh kesyukuran, diwajah anak2 murid, aku melihat ada sinar gembira.  sekali lagi aku bahagia melihat wajah2 mereka, selepas berbuka puasa, semua jemputan dan anak2 murid menunaikan solat maghrib.  Selesai menunaikan solat maghrib, barulah acara makan malam-makan berat sehingga waktu solat Isya dan seterusnya Solat sunat Terawih.

Malam ini, Us. Ateh Jadi Imam untuk kami semua.  Solat Terawih dilakukan sebanyak 8 rakaat + 3 Witir.  Merdu sungguh bacaan dia, Tarannum yang syahdu lengkap dengan tajwid dan makhraj huruf yang baik.  Selesai Terawih, majlis disusuli dengan tazkirah Ramadhan yang disampaikan oleh Guru Pelatih IPGK.  Satu Tazkirah yang baik dan tepat untuk memantapkan pengetahuan mengenai fadhilat Ramadhan.

Tamat tazkirah, Us. Ateh menjemput semua jemaah terawih untuk menikmati moreh.  sekali lagi aku dapat merasa dan melihat kemeriahan majlis ini.  Semua menikmati makanan dengan rasa syukur dan gembira.  Acara akhir adalah tapau-menapau...makanan semua cukup, kurangnya kami terlupa menyediakan air masak-mineral yang mencukupi, syukur Fatine Lee ada bawa 1 kotak tadi; kata para ustaz, semua cukup, semua sempurna, kurangnya cuma air masak....hehehe!!! Aku, Jihah dan Suzie, tapau nescafe dan teh....kes memang suka minum nescafe ais...dah berhajat balik rumah nanti nak letak ais...ayaks!!! habisla.....

Aku simpulkan majlis Ifthor Jama'ie yang julung2 kali diadakan ini sebagai berjaya.  aku sedar mungkin ada banyak kelemahan dari beberapa segi, namun, aku dapat merasa berkat pada majlis kami yang sederhana ini.  Ia memautkan hati2 kami pada jalan Allah.  Semoga majlis ini akan mendapat sambutan yang lebih hangat pada masa akan datang InsyaAllah.

Terima kasih pada semua pihak yang menjayakan majlis Ifthor Jama'ie SKAK ini.  Hanya Allah yang dapat membalas kalian dengan pahala yang berlipat-kali ganda sebagai saham dan pegangan untuk kita bawa ke akhirat yang abadi.

P/s: aku tak dapat ambil gambar2 untuk diupload dalam entry ini.  Seperti biasa HP SONY ku yang sudah tua itu, tengah Full memori. 

Wednesday, July 25, 2012

Penangan Nesface Ais

Salam 5 Ramadhan...

Lagi sekali penangan nescafe ais waktu sungkai 4 Ramadhan buat aku tidak dapat tidur.  Waktu hampir lelap dan mungkin tidur sekejap lepas sahur 5 Ramadhan tadi, kaki adik-adik aku yang berjalan turun naik ke bilik masing-masing-macam  mau meruntuhkan lantai, telah mengganggu lenaku.  Sudahnya, hari ini; seperti ahad lepas, mataku degil tidak mahu lelap.  Sampai waktu menulis entry ini mataku tetap tidak ada tanda-tanda mengantuk.  Masalahnya, nanti waktu di sekolah, aku pasti akan mengantuk gila-gila...adooooiiii.....*siapa suruh tidak pandai jara...kotoh!!!

harus off lappy duluan, perut memulas minta ditunaikan hajat....hahaha!!!

Hari ini harijadi bff aku Julia Jay...

Monday, July 23, 2012

Bosan

Waktu menulis entry ini aku sedang menulis esei untuk sahabatku Julia Jay.  Jam sudah menunjukkan 12 lebih sedikit dan hari ini sudah hari Isnin sebenarnya.  Entah kenapa ..aku tidak punya rahi untuk ke sekolah.  hendak mengambil CRK, itu baru saja kulakukan Jumaat lepas.  Hilang semua semangatku untuk ke sekolah hari ini.  Aku seolah maunya cuma duduk bersantai di rumah dengan hiruk-pikuk adik-beradik dan anak-anak buah, bergurau-senda dan usik-mengusik dengan mereka, beramal-ibadah serta membaca Quranku waktu bulan penuh barokah ini tanpa perlu memikirkan tugasku sebagai guru apalagi melayan karenah anak-anak murid, entah kenapa bila memikirkan "sekolah", ia membuatkan rahiku mati semuanya.  Tiba2 aku kepikiran, kenapalah sekolah2 di Malaysia tidak bercuti pada bulan Ramadhan Kareem ini seperti di Indonesia.  huhuhu!!!

Aku harap aku bakalan bersemangat di sekolah nanti.  Cuma satu yang buat aku berusaha melawan rasa yang seolah mati ini, iaitu "amanahku dalam program yang direncana oleh aku, sahabatku Fatine dan Ketua Program, Cikgu Joss".  Hanya itu yang buat aku harus ke sekolah dengan semangat yang akan aku kumpul pada malam yang sudah menginjak pagi Isnin.

Bosan dengan sekolah...

Thursday, July 19, 2012

Runtuhnya Tembok Berlin

Jumaat atau Sabtu???....kamurang rasa bila???...berdebar jugakan...hati tertanya-tanya, tidak sabar menanti pengumuman Puasa oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja...

Alhamdulillah....1 Ramadhan bakal menjelma...harapanku cuma satu, agar Allah memanjangkan usiaku untuk menghabiskan Ramadhan ini.  Terlalu banyak dosaku untuk dihitung satu persatu.  Harapanku cuma satu, agar Ramadhan kali ini lebih baik daripada Ramadhanku yang lalu.

Hari ini, aku meruntuhkan tembok untuk cuba bertegur-sapa dengan 'seseorang'.  Ia sebagai persediaan agar ibadah Ramadhanku tahun ini mendapat keberkatan dan diterima Allah SWT, sebenarnya sebelum tiba Ramadhan, kita digalakkan memohon maaf daripada semua orang sama seperti ketika menyambut Syawal.  Aku tidak pula sanggup mempertahankan ego bodohku sehinggakan ibadah puasaku nanti bakal dipotong pahalanya kerana perkara ini-bermaksud kemaafan yang benar2 ikhlas dan saling bertegur-sapa.  Aku kira dia dan sahabat JUJURnya tidak mungkin faham perkara ini, dan kalau mereka membaca entry ini*jika mereka masuk ke dalam blogku, kemungkinan, mereka akan hanya menjadikan perkara ini sebagai gurau-senda antara mereka cuma.  Ini soal ibadah...persetankan apa fikiran dan pandangan mereka, yang penting dipihakku, aku sudah cuba.  teringat tahun lalu, waktu tercetus konflik dengan CZJ, aku akhirnya memilih untuk meruntuhkan egoku, marahku juga kerana Ramadhan.  Indahnya Ramadhan...terima kasih ya Ramadhan Kareem....

Waktu aku menegur dia tadi, sebenarnya ia lebih membawa maksud ucapan meminta maaf dan mahu membuktikan sesuatu seperti apa yang dikatakan oleh Sahabat JUJUR dia*sila lihat tulisan kuning untuk tahu apa yang dikatakan oleh sahabat JUJUR dia.  Ya dia membalas teguranku tapi kelihatannya dia sangat tidak ikhlas dan langsung tidak memandang wajahku.  Sampai2 aku dapat melihat bibir atasnya tidak bergerak langsung waktu dia membalas pertanyaanku tadi walaupun aku juga tidaklah memandang wajahnya dengan tepat.  Ya, Allah ku telah cuba mengubah kecanggungan dalam hubungan antara manusia dengan manusia-bermaksud aku dengan orang itu setelah berlaku beberapa perkara yang kurang menyenangkan.  Aku berharap agar engkau melepaskan aku daripada dosa ini-bermaksud dosa sesama manusia, kerana tegur-sapa tadi adalah tegur-sapa terakhir dariku selepas dia membalasnya dengan sombong dan ego, selepas ini, aku memang tidak akan berinteraksi dengan manusia ego dan sombong seperti dia.  Hanya engkau yang dapat membalas segala kesombongan dan keegoaan dia.  Dipihakku Ya, Allah aku telah cuba menjernih suasana, apalagi bila sahabat jujur dia bilang, "dia tunggu aku yang dulu menegurnya, barulah dia akan menegurku", tapi ternyata, itu tidak benar bila melihat cara dia membalas teguranku dan bila dengan sombong dan ego dia tidak pula memberitahu yang dia sudah pun siap menggunakan mesin fotostat.  secara nyata dan terang, seperti dia yang cuba memusuhiku, dengan orang lain aku tidak tahu.  Itu urusan dia dengan Allah,  satu yang dia terlupa adalah "konsep Hablum-Minan Nas", paling kasihan bila dia, seolah menjilat kembali ludah sendiri, bila dia tidak mempraktikkan nasihat untuk renungan diri yang dia taip sendiri dalam IM sahabatku.

Pis No More....Sampai Bila2!!!

Thursday, July 12, 2012

Kenangan Itu Kerinduan

Kadang-kadang ada kenangan yang harus kita lepaskan, mungkin juga harus dipadam terus dari memori ingatan.  Kadang-kadang ada kenangan yang sukar sekali untuk kita lupa apalagi melepaskannya.  Klausa 'kadang-kadang' itu seakan satu bentuk prejudis untuk diri, persoalannya mampukah kita memadam kenangan yang tersimpan utuh dalam kotak ingatan; dan dalam hati?.  Semua manusia pasti punya kenangan-kenangan yang tidak mahu dilepaskan, apalagi jika hanya kenangan itu yang tinggal untuk meneruskan kehidupan. 

Kenangan itu Kerinduan. 

Bicara hati yang menyimpan kenangan pada tarikh 13072007-bermakna besok.

Wednesday, July 11, 2012

Aura Keraguan

"Lelaki itu ada aura keraguan yang tak pernah ada dalam dunia ni", kata Maruo kepada Maruko dan Tamaye.
Chibi Maruko Chan

Keluarga Chibi Maruko Chan

Maruko dan Tamaye

Maruko dan Maruo
Adui, terjentik betul hati aku waktu menonton kartun Chibi Maruko Chan jam 5pm tadi.  Terasa lawak dan hatiku benar-benar menggeletek kelucuan.  Apalagi intonasi dan riak wajah si Maruo waktu menuturkan kata-kata penuh kesangsian ini.  Biar lewat watak-watak dalam kartun cuma, skrip dalam cerita kartun ini benar-benar menghiburkan dan mengesankan untuk aku yang biasa-biasa sahaja penilaian-review-pasal bidang berkaitan dengan perfileman, animasi, skrip, story-line atau apa2 yang sewaktu dengannya.

P/s: walau dah setua ini, aku masih tetap menggemari kartun.  Chibi Maruko Chan, antara kartun wajib tonton bagi aku.  Banyak juga kartun luar negara, terutama kartun2 keluaran negara Jepun*bukan anime ok dan kartun keluaran negara Barat yang menjadi kartun wajib tonton...dapat teka tak kartun apa??? hehehe....Mungkin ada yang mengatakan aku tak sedar diri, dah tua-tua pun masih menonton kartun, well...aku tidak kisah.  Bagi aku, jika cerita itu mampu membuat aku tersenyum lebih2 lagi ketawa, dan bisa buat aku gembira sakan, aku mesti layan punyalah.  Sekarang ini, cerita2 drama di TV1, TV2, TV3, Astro jarang benar menjentik hatiku, menarik minatku untuk terus menonton, berbeza dengan kartun2 lucu*bukan semua kartun aku layan ok...tapi kebanyakannya buat aku tertarik untuk menontonnya.  Dulu2 aku paling suka tengok Usop Sontorian, animasi pertama Malaysia, hasil karya Ujang; sayang, ia tidak berpanjangan, mungkin kurang bajet.  Kesian dengan Ujang,  bakat yang disia-siakan oleh FINAS.  Syukurlah, Kampung Boy masih kekal dilayar TV.  Masih ingat Keluang Man?? hehehe....Anak2 Sidek, semua kartun ini hasil karya orang kita.

Tuesday, July 10, 2012

SKAK: 1M 1S 1M...2012

Apa lagi yang harus diperkatakan dengan 1M1S1M 2012,  semua sekolah seluruh Malaysia menjalankan aktiviti ini.  Kalau tahun lalu pengisiannya; ada acara larian, tahun ini senamrobik pula menjadi taruhan.  Apalagi harus dicatatkan, ia telah dilaksanakan dengan jayanya*tahniah kepada guru pelatih SKAK yang menjadi instructor senamrobik 1M1S, rasanya semua sekolah di Malaysia sudah melangsaikan aktiviti 1M1S 1M 2012, kita tunggu tahun depan, apa pula bentuk pengisiannya.  Bertahankah acara murni ini....kita tunggu dan lihat.  Untuk Sekolahku, tahun ini, ia kekal meriah seperti tahun lalu.  Cuma suasana meriah itu berbeza sedikit.  Apapun, SKAK telah berjaya merealisasikan 1M1S 1M dengan cara kami yang tersendiri...

Kali ini aku sempat merakam beberapa gambar dan video, cuma tidak banyak; dengan kemampuan HP Sony Ericson ku yang sudah tua*tapi paling aku sayang dan aku adalah peminat dan pengguna setia SOny EriCson, manalah dapat menampung ruang untuk mengambil sebanyak gambar yang ku mahu.  Seperti yang selalu aku bilang pada sahabatku, nanti kalau aku sudah punya wang yang cukup, akan ku cekau sekampit dua Android, akan ku beli Canon EOS macam Si Yuna Pakai dalam Iklan dia yang best tu.  Masa itu, aku boleh saja mengambil sebanyak mana gambar dan merakam video semahuku...ahaks!!! angan2 orang tak kecukupan ongkos macam aku....>_________<









Tunggu Turn Tulis nama....


Sempat lagi minta gambar kali kedua.....

Pendaftaran Murid

Ucapan PK KOKUM....Pn. Taime

Menunggu detik Mula.....

Begambar dulu ba sebelum Senamrobik....

Teringat

Memang Julai ada tinggalkan kenangan indah buatku.  Mengenang kembali memori yang pernah tercipta dalam bulan ini membuatkan aku senyum dan ada sedikit sendu pada senyum itu.  Julai hadir bersama melankolik tahun ini, itu yang membuatkan senyumku terkesan sendu; setahun yang lalu ia membuat hatiku berbunga riang.  Benarlah bahawa..."Kenangan Itu Kerinduan"....

Wahai sendu dalam senyumku, pergilah jauh2, kembalikan senyum manisku....


mampukah? bila hanya dia yang bisa buat aku senyum tanpa sendu itu berlagu bisu pada wajah....

Monday, July 9, 2012

Penat

Penat dengan sikap manusia yang penuh dengan ego sehingga mengundang amarah manusia lainnya. Kes apa kes?? aku Juga ada perasaan begia....!!! Sabar seja la...Tingkatkan sabar setiap hari...Aku harus diam mulai hari ini...!!! Tidak akan ada kata-kata berbaur marah baik kepada dia dan sesiapapun, walaupun kata-kata berbaur marah itu hanya terluah antaraku dan sahabatku Fatine Lee-bermaksud hanya sahabatku yang mendengarnya*kasihan dia terpaksa mendengar luahan rasa marahku.  Aku tidak akan mencari alasan untuk membelaku atas kalamku waktu aku meluah rasa tidak puas hati pada sahabatku Fatine Lee. Mulutku memang keterlaluan waktu aku meluah rasa tadi.  Aku bersalah atas kalamku tadi.  Syukur aku hanya menuturkan kalamku di depan sahabatku, aku tidak kisah jika dia menghakimiku dengan apa pun jua bentuk hukuman atas kalamku,  kerana aku yakin dia selalu adil dalam menghakimiku.  Ampunilah dosaku Ya, Allah...tingkatkan rasa sabarku....Wahai Syaaban dan Ramadhan Kareem yang bakal menjelma,  didik aku, bantu aku jadi manusia penyabar dan pendiam kerana ALLAH.

Mungkin muka aku serupa hantu, sampai kalau aku berada di atmosfera dia, maka dia akan  melarikan diri.  Nampaknya, mulai esok aku harus berpada-pada, harus duluan melarikan diri sebelum aku mencemar atmosfera dia.  Nanti, akan aku cipta langitku sendiri, atmosferaku sendiri, supaya; baik aku dan dia, tidak terkapar-kapar, tidak kerebutan oksigen bila atmosfera kami bertembung.  Apapun, aku tidak memusuhi dia, kelihatan seperti dia yang memusuhiku. 

Baiklah, kepada manusia ego itu...aku akan menghilangkan diriku setiap kali aku ada di atmosferamu.  Maafkanlah aku atas segala ulahku, silapku, dan atas segalanya.  Halalkan mana yang pernah termakan dan terminum*dulu2...

Thursday, July 5, 2012

Entry Khas Untuk Sahabat Terbaikku...Fatine Lee

Perkara paling membahagiakan dan paling utama ialah menggembirakan hati orang tua, itulah yang paling mulia dan mendapat keredhaan Allah SWT, selepas itu ialah menggembirakan hati sahabat baik.

Aku yakin hari ini aku telah berjaya membuatkan sahabat baikku gembira.

Hari ini hari jadi dia. 
Aku kasi suprise hantar bunga*kat bawah ni.

Tiada material apapun di dunia ini yang dapat menerangkan betapa aku sangat menghargai dia sebagai sahabatku, dia sahabatku yang paling setia, selalu ada untuk aku walau dalam keadaan apa sekalipun, Tuhanku yang pengasih, peliharalah dia selalu ya Allah; peliharalah persahabatan kami hingga ke akhirat.


Semoga Allah merahmati dan memberkati sahabat terbaikku ini.
Aku sayang dia.

Sunday, July 1, 2012

JULAI = Satu Amanah Penting

Selamat datang Julai

Alhamdulillah.....segala puji hanya padaMu Ya Allah, Tuhanku Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani....

Terima kasih atas nikmat hidup ini
Terima kasih atas segala kurniaMu
Terima kasih atas segala rahmatMu

Ampunilah dosaku ya Allah
Ampunilah dosa kedua orangtuaku
Peliharalah mereka
sepertimana mereka memeliharaku sewaktu kecil

Ya Allah jadikanlah aku seorang yang istiqamah
dalam menjalani hidupku

Berkatilah
Permudahkanlah semua urusanku.....

Bulan Julai datang lagi, tahun ini bulan Julai datang membawa diary baharu dan jadual baharu-aku agak sibuk dengan tugas dan amanah yang bagiku berat sedikit.  Berat kerana ia bersangkut-paut dengan masa depan murid tahun 6-bermakna murid UPSR 2012.  Hujng bulan lalu, hasil cetusan idea Joss, kami berbincang untuk mengadakan 1 program untuk murid tahun 6.  Syukur waktu mengusulkan program ini dalam mesyuarat yang dianjurkan oleh aku dan Fatine, mendapat sokongan padu PK1 dan semua guru tahun 6 dan beberapa guru yang terpaksa kami libatkan dalam program ini.  Paling mengharukan, bila ada guru secara sukarela, mahu terlibat dalam program ini dengan mengorbankan masa free mereka-guru bukan tahun 6 yang terlibat samada secara langsung dan tidak langsung(sukarela) akan menggunakan masa free mereka.  Kami-bermaksud aku, Fatine Lee dan Joss; sebagai pemula projek, maka tanggungjawab untuk memastikan program ini berjalan lancar, terletak dibahu kami.  Doaku agar kami semua-guru2 SKAK akan bersatu hati, istiqamah di dalam menjalankan amanah ini.  semoga kejayaan akan bersama kami.  semoga maruah yang tercalar tahun lalu boleh dibersihkan semula. 

Cerpen Lama

Selasa lepas, saya dan sobat, Inawati flash back cerita lama fasal secret admire zaman sekolah menengah. Habislah segala kisah bikin malu d...