Sunday, September 30, 2012

Pilihan

Terinspirasi dari drama "Lembut bukan lelaki" aku menyedari hakikat mengenai pilihan-pilihan dalam kehidupan kita.  Klausa 'bijak' bukan bermaksud kita harus menjadi prejudis apalagi paksaan untuk harus jadi bijak tapi bagaimana kita melihat "membuat pilihan" itu sebagai satu kemestian.  Bukan menjadi satu dosa tepu jika kita selalu silap membuat pilihan, paling penting bagaimana kita belajar daripada setiap keputusan  setelah membuat pilihan dan berasimilasi dengan pilihan yang kita buat untuk terus hidup dengan keredhaan Tuhan.  Itulah antara tanda bijak.
 
Dalam kehidupan ada pilihan.  Kita selalu diberi peluang untuk membuat pilihan.  Itulah proses kehidupan.  Frasa ini terkandung konotasi yang menuntut kita untuk selalu jadi bijak.  Memilih dan membuat pilihan adalah segmen hidup mengikut putaran masa dalam fasa kehidupan. 
 
Kita harus bijak membuat pilihan, kalau pun belum bijak maka belajarlah, tidak apa jika perlu bertatih, yang penting kita belajar menjadi bijak dalam membuat pilihan.  Sering juga pilihan kita selalu betul dan membawa seribu kebaikan dan keberkatan bersamanya, sering juga pilihan yang kita buat itu salah dan akhirnya memakan diri sendiri, samada betul atau salah, natijah itulah yang harus kita telan dan kemudian belajar daripadanya.  Paling penting, semasa membuat pilihan, jangan terlalu mementingkan diri sendiri.  Hati kena bersih, hati yang bersih mampu memandu akal dan fikiran membuat pilihan yang tepat.  Sebab itu Allah mengurniakan akal dan fikiran selain hati.   Sebab itu ada Qada' dan Qadar.  Sebab itu Allah menyediakan dan menyembunyikan seribu hikmah pada setiap kesilapan kita membuat pilihan, yang penting kita harus bijak melihat dan mencari hikmah yang tersembunyi itu.
 
P/s: Mata kita memilih, hidung kita memilih, mulut kita memilih.  3 anggota badan ini selalu membuat pilihan yang bakal menggerakkan anggota badan yang lain bersandarkan akal dan hati yang selalu tergoda (bagi aku la.....ahaks!!!).

Thursday, September 27, 2012

Cerita Jadual Waktu Ganti

Sudah sehari sejak kejadian "jadual ganti" itu berlalu, hati aku masih terbekas rasa sedih dan ralat.  Kelmarin aku menangis semahunya,  sebak betul rasa dalam dada.  Lebih2 lagi bila mengenangkan kata-kata kawan cikgu itu, "mungkin dia ingat ko free saja niari sebab hari rabu".  Berpura-pura tidak rasa sedih hari ini buat aku rasa seperti ada batu yang menghimpit dadaku.  Aku betul-betul teringin bersemuka dengan cikgu ego melangit itu hendak menerangkan kenapa aku bagi jadual ganti itu begitu padanya, tapi mengenangkan sikap ego melangit dan tindakan tidak profesional malah aku simpulkan sebagai BANGANG, aku rasa hanya buang masa.  Serius aku cakap, bahawa tindakanku untuk bersemuka secara terus dengan cikgu ini satu tindakan yang sia-sia.  Lebih-lebih lagi dengan kesombongan dan keegoaan yang sudah jadi rencah atau pegangan hidupnya, aku rasa apa saja bentuk penerangan sikit pun tidak akan masuk dan sama sekali cikgu itu tidak akan mahu mengerti.  Sudahnya, sejak dari peristiwa itu, aku lebih rela mengganti kelas kosong itu semua.  Minggu depan, sebagai balasan; cikgu ini harus mencari sendiri pengganti kelasnya.  Aku sebagai guru jadual waktu sama sekali tidak akan mencari guru ganti bagi kelas yang bakal ditinggalkannya untuk mengikuti kursus KSSR DM TAHUN 3.  Setelah tindakan kurang wajar dan tidak profesional cikgu itu kelmarin, aku betul-betul lepas tangan, biarlah aku juga turut dicop tidak profesional, aku rela dan aku sanggup dicop sejuta kali, tapi untuk cikgu ini, aku angkat tangan.  Coplah aku hingga habis seluruh badanku sekalipun, aku tidak akan buat mana2 jadual ganti untuk cikgu ini lagi.  Sekali ini biarlah cikgu ini merasa bagaimana dilayan dengan tindakan kurang wajar.  Paling tidak dapat kuterima, bila cikgu ini bertindak tidak wajar dengan PK1, dengan ego dan tanpa rasa hormat, bertanya kepada mengenai jadual ganti yang diserahkan kepadanya.  PK1 sedikit terasa dengan tindakan cikgu itu hingga dia hilang selera makan.  Hal inilah yang betul2 membuatkan aku betul-betul terasa. 
 
Apa yang terjadi padaku kelmarin, kuanggap ia sebagai kifarah atas dosa-dosaku, aku terima dengan redha dan bersyukur kerana Allah menyayangiku dengan memberiku ujian sebegini, namun aku tetap meminta Allah memberi juga sedikit balasan yang setimpal dengan perbuatan cikgu itu, sekadar untuk peringatan bahawa kita tidak boleh terlalu sombong. 
 
Alhamdulillah...waktu kejadian itu, aku dapat merasa nilai kasih sayang sahabatku, TQSM Jihah kerana berada bersamaku waktu itu, menenangkanku dengan kalimah dan zikir Allah yang maha agung.  Paling mengharukan bila, ada kawan yang tidaklah terlalu rapat denganku, memelukku memintaku bersabar dan membiarkan saja perangai cikgu itu.  Aku betul-betul terharu waktu dia memelukku dengan ikhlas. 

 
 "Mungkin dia ingat ko free saja niari sebab hari rabu", kata xxx.  Kata orang yang mendengar butir bicara itu, nada suaranya ada bau xxxxx.  Kata orang itu dia tidak suka mendengar nada suara xxx.
 
P/s: Aku juga meminta agar Allah membuka kebenaran yang sebenar-benarnya supaya satu masa nanti semua cerita sebenar akan terbongkar. Sekarang ini sahaja, sudah terbuka sedikit cerita yang diputar belit, cuma lagi kami yang mengetahuinya tidak mahu membesarkan hal ini lagi.  Biarlah masa yang akan menentukannya.  Aku percaya kebenaran akan tiba juga akhirnya.

Tuesday, September 25, 2012

Celaru Manja

Hari ini aku marah sangat dengan seseorang, aku serius bila aku cakap aku marah dengan orang itu, tapi itu cuma beberapa beberapa minit awal; dan pada minit seterusnya marahku hilang semua dan marahku pada orang itu sudah hilang...atau aku sudah terjerumus dalam hasutan syaitan untuk marah hari ini...ya, aku sudah termakan godaan syaitan dalam nafsu amarah hari ini.  Kalau diiuktkan perangai manusia itu, aku sudah boleh kategorikan sebagai sengal dan sangat menjengkelkan.  Syukur waktu ledakan marah itu, aku masih mengawalnya dan hanya dua kawanku saja yang mendengarnya.  Syukur juga waktu ledakan itu, aku harus ajar murid-muridku membaca Iqra'....Alhamdulillah...marahku bisa cepat hilang.  Tetap saja Al-Quran itu penyembuh paling mujarab.  Marahku cuma sekejap.
 
 
 
 
 
 

Friday, September 21, 2012

Jiwa Kacau

Ada jiwa meronta liar
Merasuk hati sedang nanar
Kuasa apa datang bersandar
Mengendeng minda sampai bergegar
Hingga dada terasa pijar

Wednesday, September 19, 2012

Signal

Kalau Method untuk menumpangkan signal suara pada signal radio disebut modulasi, method muka masam dengan muncung sedepa untuk menumpangkan signal perasaan pada signal muka pula disebut sebagai faceWarp atau ia juga disebut simbol perasaan dalam mode senyap.....(siapa faham angkat kening)...
 
Kadang-kadang apa saja bentuk perasaan yang terbit dari hati kita, sekuat mana pun kita cuba menutupnya, ia akan terpancar pada wajah.  Lebih2 lagi jika hati kita dalam keadaan marah dan tidak puas hati, ia akan terpancar dengan jelas, kerana mata dan dua bibir yang ada pada wajah akan memain peranan utama-mata mengecil atau membesar dengan mulut muncung ke depan.  Mari kita bersihkan hati kita dengan meminta maaf dan memaaafkan semua orang, buang ego jauh-jauh dan saling menghormati dan menghargai keberadaan antara kita.  Ada juga masanya, kita sudah memaafkan, malah sebenarnya menghormati dan menghargai, cuma belum punya nyali untuk mesra semula-bermakna keadaan mungkin lebih baik jika masing-masing mendiamkan diri-ia lebih membuatkan kita lebih menghormati dan menghargai cuma ia berlangsung dalam mode senyap, tapi dengan syarat jangan memencarkan riak semacam pada muka setiap kali bertembung di atmosfera yang sama.  Riak semacam bermaksud, muka membawa efek masam dan mulut muncung sedepa, mata pula seolah mahu keluar dari tempat ia terletak.
 
P/s: kamurang dapatkah apa point saya.....hahaha....jangan pening sudahla......perhatikan klausa mungkin dan fahaminya.

Kenangan

Tahun lalu, pada tarikh ini ada memori yang mengingatkan aku pada seseorang yang telah membuang aku dari senarai manusia dalam hidupnya.  Apapun mengenang tarikh ini, pada saat ini dan hari ini masih mampu membuatku tersenyum walaupun antara kami pada hari ini cukup asing.
 
 

Tuesday, September 18, 2012

Celaru

Petang ini benar-benar membuatkan aku celaru hati, celaru minda dan celaru rasa.  Nasiblah penyakit celaruku ini tidak ada mengena dengan penyakit kecelaruan identiti, kalau tidak mampus aku mendapat laknat Allah dan penampar sulung Abah aku dan Mak aku yang tegas.  Sampai macam ni sekali hati, minda dan rasaku bergabung sampai meletup.  Syukur ledakan akibat letupan ini tidak terlalu besar sampai boleh meruntuhkan bangunan pencakar langit, nanti tak pasal-pasal aku dituduh sebagai pengganas kerana berjaya meruntuhkan sebuah lagi bangunan pencakar langit berstatus mercu tanda dunia.  Belum rela rasanya menjadi tahanan penjara Guantanamo yang sadis itu, apalagi jika memikirkan siri soal-siasat ala2 FBI dan CIA.  terbayang di otakku bagaimana si Shah Rukh Khan disoal-siasat gara-gara dia dianggap sebagai pengganas dalam filem MY NAME IS KHAN raya pertama lepas. 
 
Gila, kenapa pada hari ini, semua yang berlaku seperti ada sangkut paut dengan diri dia.  Semua orang mahu bercerita pasal dia.  Inilah benda yang buat aku celaru.  Huh!!! alamat apakah yang dibawa??? harapnya ia bukan sesuatu yang tidak baik.  pergghh....mangkuk tingkat betul perasaan aku ini.  ni mesti kes sawan perasan menyerang pada tahap skala 10.  Ah....sudah....!!! 

P/s: Agaknya, aku kena mandi bunga 100 kali baru dia nak tengok aku dengan ikhlas, atau kalau mandi bunga 100 kali aku tu menjadi, dia senyum dan tegur aku balik......errmmmm( tak mungkin la.....)Tolong aku, bantu aku melepaskan semuanya.....

Sunday, September 16, 2012

TITIK TEKANAN

Anda selalu menghadapi tekanan kerana beberapa situasi setiap hari? mari mengenali "titik tekanan" untuk mengurangkan atau melegakan sedikit tekanan yang anda hadapi.
 
  1. Bila anda terasa sangat lapar dan masa rehat anda masih panjang, tekan dan picit tcuping telinga sebelah kiri anda.
  2. Bila anda hendak membuang air besar tetapi belum berkesempatan melepaskannya, tekan di bahagian tengah tapak tangan sebelah kanan anda atau picit dengan menggunakan jari telunjuk di tepi dahi anda.
  3. Bila anda tidak dapat menahan rasa marah, sedih atau bila jantung anda berdegup dengan pantas setelah terlihat atau berdekatan dengan orang yang suka, tekan hidung anda dengan menggunakan jari telunjuk ke atas dengan kuat.  Anda juga boleh mengerutkan kening anda jika perlu.
Selamat mencuba, mana tahu cara ini berkesan untuk anda....hahaha......
 
P/s: siapa boleh teka tips ini saya ambil dari mana??? sila tinggalkan komen ya...aja2 fighting!!!

Pergilah wahai rasa

Harusku apakan rasa yang hadir malam ini
Wahyu apakah yang datang merusuh
Sampai ia memaksuku menerimanya tanpa rela
Delusi apa yang merasuk mindaku sampai aku seperti mabuk-mabukan
Mana pergi minda warasku
Sampai terasa otakku seperti hilang...
Wahai rasa yang menjerat
Pergi jauh-jauh
Aku sudah penat melayan karenahmu
Tolong pergi senyap-senyap
Jangan bilang padaku waktu kau berjalan atau berlari untuk pergi
Dan kalau kau memilih untuk terbang
Maka melayanglah kau tanpa bunyi-bunyian
Sungguh...
Aku sudah jemu dengan kamu

Nukilan Atie.......

Friday, September 14, 2012

Program Perkampungan UPSR SKAK 2012: part 2



Untuk entry ini, aku cuma mahu mengabdikan gambar-gambar sekitar hari kedua, ketiga dan keempat Program Perkampungan UPSR 2012. Melihat gambar-gambar ini, membuatkan hatiku tersenyum gembira dan sedikit bangga. Semoga kejayaan akan mengiringi anak-anak murid tahun 6 SKAK.
 

Gambar-gambar ini terselit seribu cerita gembira, pahit dan manis. Sekarang, ia tinggal kenangan.
 
Jom tengok2....



Slot riadah...oleh Ustazah Najihah, waktu buat AJK hari tu aku memang sengaja letak nama Jihah sebab dia memang pakar untuk aktiviti ni......hehehe.....tapi kesian Jihah dalam 3 nama yang letak sebagai AJK RIADAH cuma Jihah saja yang sudi turun padang......TQVM Jihah....


Ini Pucuk....
Permainan uji pendengaran....Akar, Pucuk, Batang.....siapa salah masuk dalam bulatan

Ini batang.....

Ini Pucuk......pucuk...pucuk

Solat Maghrib.....adeeehhh....Shahzuan a.k.a Sungkab.....napa juga tu kaki kau....

Abang Ajin(baru biru) jugalah paling rajin solat.....

Antara guru yang hadir slot petang.........

Makan tengahari......hari terakhir Perkampungan UPSR




Happy Birthday cikgu Azmil (GURU BI THN 6)


Sesi belajar santai terbimbing.....menanti makan malam




Tekun ulangkaji.....





Ulangkaji kaitu becerita.....hehehe!!!!










Aku sedang memberi nasihat dan teguran......ceh....!!!


Belajar santai terbimbing.......






Mendegar nasihat....tapi masuk telinga kanan keluar telinga kiri.....sabar ja la...


Kan kujadikan kau kenangan yang terindah dalam hidupku.....

Thursday, September 13, 2012

Program Perkampungan UPSR SKAK 2012 : part 1

Alhamdulillah, syukurku panjatkan pada Allah, Tuhan Yang Maha Esa.  Hanya dengan keizinan dan limpah kurnia dariNya, maka Program Perkampungan UPSR SKAK 2012 telah terlaksana yang berani aku katakan sebagai berjaya.  Hikmah daripada program ini,  ia telah dapat menyatukan beberapa orang daripada kami, dan aku dapat mengesan yang mereka sejak dari awal memang menyokong projek dan program yang sebenarnya dirangka dan direncanakan oleh aku dan Fatine Lee.  Paling menyedihkan bila ada beberapa dari rakan-rakan guru yang dalam diam dan dari belakang rupanya sangat tidak menyokong usaha yang aku dan Fatine Lee jalankan; yang buat aku terkilan, kenapa semasa mesyuarat bulan Julai lepas, manusia2 itu tidak pula membantah waktu aku dan Fatine Lee meminta pendapat dan persetujuan daripada rakan2 guru. 
 
apapun usaha yang aku dan Fatine Lee rangka dan telah jalankan, ia langsung tidak berniat untuk menunjuk-nunjuk melainkan ia sebagai satu destinasi hijrah yang cuba kami bawa untuk SKAK.  Destinasi hijrah di sini bermaksud, biarlah kali ini SKAK membuat satu revolusi yang natijahnya nanti, InsyaAllah dapat membawa manfaat dan kebaikan kepada semua warga SKAK terutama kecemerlangan akademik.  Kalau pun ia tidak dapat membawa manfaat atau kebaikan atau perubahan kepada prestasi sekolah, sekurang-kurangnya ada usaha baharu yang telah diambil dan dijalankan daripada terus berada dalam takuk yang lama.
 
Benar maha benar, sesuatu usaha yang padanya ada bau pembaharuan, ia tidak mungkin berjalan dengan senang tanpa ada bersamanya kisah suka dan duka, pahit dan manis.  Sejarah sendiri membuktikan bahawa setiap perjuangan tidak mudah dan sangat memeritkan; hanya yang kuat dari segi mental dan fizikal akan mampu bertahan.
 
Sepanjang PPUPSR 2012, banyak perkara suka dan duka, pahit dan manis yang berlaku.  Suka dan manis bila ramai rakan guru yang sanggup datang bersama-sama kami menjayakan program ini, mereka memberi komitmen yang baik.  Aku betul2 bangga dengan mereka semua.  Duka dan pahit sepanjang program ini ada dua, pertama; bila ada juga manusia yang hanya tahu mencari kesalahan.  Manusia itu seolah-olah menunggu waktu untuk melihat kami (aku dan Fatine Lee) jatuh tersungkur dan terduduk malu.  Namun, aku masih yakin yang Allah masih memberi restunya sedikit, bila rakan2 guru akhirnya berpihak pada kami dan tidak pula menyokong manusia pelik itu.  kedua; ada juga manusia yang kalau boleh aku simbolkan ia sebagai tanda sombong dan ego tidak bertempat, manusia inilah yang dalam diam menentang program yang kami jalankan bulan Julai lepas dan mungkin kerana sifat ego itulah yang menyebabkan manusia itu langsung tidak memandang walau sedikitpun pada program Perkampungan UPSR 2012 yang aku dan Fatine Lee jalankan.  Padahal secara terus terang, kami memang sangat memerlukan kudratnya untuk bersama kami dalam program ini.  Kepada manusia yang menyebabkan duka dan pahit memalit-malit dalam hatiku dan Fatine, aku serahkan pada Allah untuk mengadili kalian.  Sekiranya kalian mengunjungi blogku dan terbaca entry ini, aku mohon seribu kemaafan daripada kalian, mungkin kalian sudah terlalu benci malah jijik melihat aku, tapi janganlah kalian melibatkan murid-murid yang memerlukan kalian dalam program ini sebenarnya. 
 
Aku ikhlas dengan kerjaku, aku tidak meminta penghargaan menggunung dan paling penting aku tidak meminta jasaku dibalas dengan markah penilaian prestasi yang tinggi, aku lakukan pekerjaanku kerana aku suka melakukannya demi kelangsungan kejayaan dan kecemerlangan SKAK.  Saya sayang SKAK bah sebenarnya........
 
" ORANG YANG INGIN MELAKUKAN SESUATU WALAU SUSAH AKAN MENCARI JALAN BUKAN MENCARI ALASAN "........

Terima kasih paling banyak dalam dunia buat sahabat terbaikku Fatine Lee.  Tanpa ko Teen, tedalah PPUPSR SKAK 2012, terima kasih paling banyak dalam dunia buat Najihah AR, Hazirah P, Nik Nur Ruhaizan NL, Punitha S, Julitah A, Wong LF, Farra E, Marcus T, Azmil AJ,  kerana sudi bersama-sama kami dalam PP UPSR 2012.  Kamurang guru paling manang bukan alang-alang...paling superb dan paling sporting...ini kalilah....

Buat Cikgu Raginah, terima kasih paling banyak dalam dunia kerana sentiasa menyokong penuh usaha kami dari dulu sampai sekarang.

Pihak RMT & Kantin Sekolah, Security terima kasih tidak terhingga kerana sudi bersama-sama kami dalam PP UPSR 2012.
 
P/s: ini kalilah....saya rindu betul sama bantal busuk, katil bujang dan selimut kain ihram saya. Ni malam boleh sudah tidur atas katil setelah 3 malam 4 hari tidak berjumpa dengan semua item penting saya untuk tidur....hahaha!!!
 
Jom layan beberapa PIC PPUPSR yang diambil dan diupload oleh kawanku Zirah........TQVM Zirah, aku sendiri tidak dapat mengambil PIC, padahal aku kepingin sekali.  Maklum saja, HP SONY ERICSONku sudah benar2 uzur, sudah tidak dapat lagi menampung gambar2 yang hendak diambil.

Hari Pertama PPUPSR 2012, sesi Evening Prayer, sementara murid Muslim pula
solat Asar.


Tersey sebagai pembimbing Evening Prayer

Abang Echam (Baju Merah) yang paling sporting, anak kepada kawanku Zirah

Bilik Agama dan Surau SKAK, tempat penginapan PPUPSR 2012

Kesian Nik, sanggup turun padang biarpun sambil dukung anak

Kesian Nik, sanggup turun padang biarpun sambil dukung anak

Aku dan anak-anak murid tahun 6 SKAK....sesi belajar santai terbimbing (ayat Zirah)

Slot petang, sesi belajar santai terbimbing.......MP MATHS DAN BM K1


Aku dan Rahil....

Aku, Rahil dan Ally

Rahil, Betty dan Lyen(pipi separuh).....belajar ka atau??? hehehe

Cikgu Julitah dan kertas BM K1....terima kasih banyak2 cikgu...sanggup turun padang membantu murid2 membuat ulangkaji BM K1.

Aku, Nik(dukung anak yang sedang tidur nyenyak) dan anak2 muridku yang agak tekun membuat ulangkaji MATHS....

Pengorbanan seorang cikgu yang ikhlas sanggup mengetepikan hal2 peribadi demi anak2 murid dan komitmen pada tugas yang diberi....Terima kasih banyak2 Nik...




Cerpen Lama

Selasa lepas, saya dan sobat, Inawati flash back cerita lama fasal secret admire zaman sekolah menengah. Habislah segala kisah bikin malu d...