Wednesday, May 29, 2013

Entry Khas Untuk Kawan Blogger: Farihan

Terima kasih buat kawan blogger


fAriHaNnN



kerana sudi singgah dan menjadi pengikut blog saya yang ke-18

P/s: harap boleh sediakan link ke blog adeq Farihan,  nanti saya boleh jadi pengikut blog adeq jugak....>___<

Pathetic: Kisah Harap dan Pilihan

Impian...
Harapan...
harus terasingkah?
Impian dan harapan harus seiring.
langkah yang seiring itukan selalu cetuskan kekuatan
kekuatan tersendiri...
Kau...
naif...
biar...
itu pilihan bukan...?

dan benar...
Koma,
"kalau mahu hidup ini baik-baik saja, berdamailah dengan masa lalu"
Live hell or Live well...
Kita yang pilih
Koma,
dan benar...
Hidup adalah tentang pilihan...
Titik.
Sound Pathetic...
Noktah.

P/s: Pesimis atau prejudis...You choose....

Harap

Aku harap aku punya kekuatan semangat menulis berbekal kemahiran yang sangat kurang.  Aku akan cuba sedaya mungkin menyiapkan apa yang aku sudah mulakan.  Biarlah kalau nanti ia memakan masa bertahun.  Aku rela.  Siapa tahu ia bakal menjadi.  Menjadi atau tidak, ia terpulang dengan aku.  Pilihan itu ada ditanganku.  Hidup adalah tentang pilihan.  Jadi, aku memilih untuk mencabar kemahiran diri yang sangat kurang.  Nampaknya aku masih perlu banyak membaca.  Kalau dulu aku mungkin boleh meminta pendapat dan mungkin juga kritikan membina daripada sahabat cantikku, sekarang kematu itu jadi penghalang.  Biarlah, aku perlu lebih gigih.  Ini cabaran untuk aku, terpulang samada aku mahu menyahut lalu meneruskan atau berhenti dipertengahan jalan.  Semoga Allah memberiku kekuatan dan semangat.  Aku mohon pada Allah juga memberi aku sebanyak idea dan ilham untuk aku meneruskan apa yang sudah aku mulakan.  

Idea, ilham...tolong jadi kawan baikku.

P/s: Surat cinta untuk rindu

Sunday, May 26, 2013

DAERAH JAYA: EDISI FINAL

DAERAH JAYA

Lambaianmu menggamit jiwa....

Teringat kepada kisah hampir 4 tahun yang lalu,  ketika aku baru sampai ke satu daerah asing sebelum Sampai ke Daerah Jaya,  tempat yang aku ingin tuju dan bermastautin di situ.   kini kenangan itu begitu menggamit jiwa.   benar kata orang perjalanan ke Daerah Jaya bukan mudah,  perlu melalui jalan berliku,  menempuh onak dan duri,  bukit-bukau,  lurah dan jurang yang menakutkan malah berbahaya.   andai saja tidak punya kekuatan diri,  sudah pasti kita akan tersesat kerana berlikunya jalan,  sudah pasti terluka kerana perjalanan itu punya onak dan duri dan sudah pasti terjatuh kerana ia penuh dengan bukit-bukau dan jurang yang dalam.   atau paling tidak,  ketakutan pasti datang kerana perjalanan itu punya bermacam-macam rintangan yang menakutkan,  atau paling tidak kita tidak dapat bertahan kerana perjalanan itu begitu memenatkan kerana terlalu banyak bukit-bukau yang perlu di daki.

Daerah Asing:  tempat bermula segala kisah....

Hari pertama di daerah asing,  aku bertatih menempuh likunya jalan.  lalu aku menemukan beberapa manusia yang turut asing di mataku.   bukan asing kerana mereka berasal dari planet lain,  mereka juga manusia sepertiku.  asing kerana seumur hidupku aku belum pernah menemukan mereka, yang pasti mereka juga punya matlamat yang sama sepertiku,  mahu ke Daerah Jaya. 

"Kamu juga mahu ke daerah Jaya?"
"Ya,  aku mahu ke sana"
"Kamu juga mahu ke sana?"
"Ya,  aku mahu ke sana."
"Jadi matlamat kita sama".
Aku tersenyum lewat perbualan singkat dengan salah seorang manusia asing itu,  lalu aku menghulurkan tangan tanda perkenalan.   Wujud satu ukhuwah.   Sempat aku melirik kepada kelompok manusia asing lain,  cuma saja ketika itu aku masih belum punya kesempatan bertegur sapa dengan mereka.  Hari itu,  perjalanan berliku itu kami tempuh bersama walaupun belum saling mengenali.   Perjalanan hari itu diuji dengan beberapa rintangan.  Sungguhpun begitu,  rintangan itu tetap dilalui dengan kerjasama.

Perjalanan ke daerah jaya begitu lama.   Terlalu banyak lurah dan jurang sudah kami turuni,  dan bengkang-bengkoknya jalan sudah kami tempuhi,  perjalanan yang lama itu membuat ukhuwah semakin erat.  Manusia-manusia asing itu semakin tidak asing lagi di mataku.   Sudah ada bibit kemesraan namun masih berhati-hati.   Takut nanti tersalah sangka,  takut nanti tersalah bicara,  pasti pergaduhan tercetus;  merosakkan ukhuwah yang mula bertunas.   Perjalanan ke daerah Jaya yang perit itu menyaksikan beberapa teman asingku tidak mampu bertahan.   Mereka tewas di pertengahan jalan.   Kami tidak mampu berbuat apa-apa.   Hanya mampu mengucapkan selamat tinggal.   Lalu kami meneruskan perjalanan menuju ke daerah Jaya.

Hari demi hari,  perjalanan menuju ke daerah Jaya semakin berliku,  lurah semakin sempit jurang pula semakin dalam.  Semakin hari perjalanan itu semakin menakutkan.   Sehinggakan beberapa lagi teman tewas dengan halangan daerah asing itu.   Lalu sekali lagi,  mereka kami tinggalkan kerana tidak mampu berbuat apa-apa.   Hanya mampu mengucapkan selamat tinggal.   Kini,  hanya tinggal kami seramai 18 orang.  Begitu yang ku peroleh setelah membilang.   Bilangan sedikit ini dan dengan perjalanan yang semakin menyusahkan membuatkan ukhuwah kami semakin erat,  ukhuwah yang terbina sudah berputik subur.  Sudah ada bibit-bibit kepercayaan.

Perjalanan diteruskan,  kami sampai ke satu jurang paling dalam dari jurang-jurang sebelum ini.  Sehinggakan aku sendiri begitu takut,  merasa begitu lemas bila melihat jurang itu.   aku tidak yakin yang aku mampu untuk turun ke jurang itu.   Aku takut tergelincir.   teman2 asingku pun merasakan hal yang sama,  masing-masing merasa begitu lemas,  rimas dan takut dengan bahaya yang menanti di jurang yang sangat dalam itu.   Namun,  kami tidak punya pilihan lain,  berundur pun tidak berguna kerana untuk kembali ke simpang depan sebelum masuk ke daerah asing,  kami perlu melalui lurah,  jurang dan liku-liku jalan yang penuh onak dan duri.   Bermakna perjalanan balik juga  bukan mudah.   Mahu tidak mahu bersandarkan kekuatan azam,  kekuatan rohani dan fizikal serta semangat kerjasama yang erat,  jurang itu kami tempuh.  Benar maha benar,  perjalanan menuruni jurang itu bukan mudah.  Begitu lama masa yang kami tempuh untuk sampai ke bawah.  Syukur,  akhinya setelah 3 bulan,  kami berjaya turun ke jurang itu dengan selamat. 

Setelah menuruni jurang yang dalam,  halangan seterusnya menunggu.  Di hadapan,  aku lihat sudah terpacak bukit-bukau yang perlu aku daki bersama teman-teman asing yang kini sudah rapat.   Ada rengusan kedengaran,  ada hela nafas yang tercungap-cungap,  ada keluhan yang merintih.   Aku juga sama merengus,  sama menghela nafas tercungap-tercungap dan sama merintih dalam keluhan.   Kepenatan terasa sehingga ke dalam tulang-tulang.   Kepala terasa sakit yang amat.  Kaki terasa seperti hendak tercabut dari badan,  tangan sudah tidak bermaya untuk terus bergantung dari tempat ia terletak.   Aku semakin lemah,  begitu juga teman-teman lain.   Namun,   sekali lagi azam,  semangat,  kekuatan dan keyakinan menggunung menyelamatkan aku dan kami dari kealpaan kerana kesakitan yang ditanggung.   Sekali lagi kerjasama erat antara kami turut jadi penyelamat keadaan. 

"sabarlah,  tinggal 3 bukit di depan itu lagi".
"benarkah sahabat?"
"Ya,  benar sahabatku".
"Tapi kakiku sakit"
"Ya,  aku juga"
"kepalaku juga sakit"
"Ya,  aku juga"
"Tanganku juga sakit,  lihat tanganku serta kakiku sudah berkematu"
"kasihan kamu sahabatku,  tapi aku juga seperti kamu"
"benarkah sahabat?"
"Ya,  mahu lihat kematuku?"
"Ya,"
"kamu juga kasihan sahabat".
"Ya,  kita sama-sama berkematu di tangan dan di kaki".
"Sabarlah sahabat,  sekejap saja lagi apabila kita berjaya sampai di puncak bukit ketiga itu,  kita akan dapat melihat daerah Jaya."
"benarkah sahabat?"
"Benar".
" Kau pernah ke sana sahabat?"
"Tidak,  tapi itulah kata orang yang sudah sampai di sana".
"Benarkah sahabat?"
"Yakinlah sahabat"
"aku yakin".
"Ya,  aku juga Yakin.  mari kita teruskan pendakian"

Pendakian itu terlalu memenatkan.   Hampir saja aku tergelincir.   bukan saja aku,  malah sahabat lain juga begitu.   Berhati-hati mendaki,  takut terjatuh.   Syukur saja kami sentiasa bekerjasama.  Jadi aku yakin kalau aku jatuh,  ada sahabat yang akan menolongku.   Aku juga akan menolong andai ada sahabatku yang jatuh.   Ya,  mereka ini telah menjadi sahabat.  Padahal dulu mereka cuma manusia asing,  yang kini menjadi teman dan menjadi sahabat.  

Pendakian bukit pertama berjaya dilalui,  dan kini kami meneruskan pendakian bukit yang ke kedua.   Pendakiannnya juga menyiksakan.   Ada masanya kakiku tersadung akar dan batu,  lalu aku terjatuh,  kadang-kadang tersembam;  lalu ada luka kecil.  Sakit terasa namun masih bisa ku tahan.  Aku pasti sahabat lain juga sudah mengalami luka kecil.  Namun kesakitan itu sudah biasa ku tanggung dan aku yakin sahabat lain juga sudah biasa menahan kesakitan itu.   Akhirnya,  kami berjaya sampai di puncak bukit kedua. 

Setelah berehat beberapa lama,  menghilangkan penat lelah mendaki bukit satu dan dua,  aku dan sahabat meneruskan pendakian bukit ketiga.   kali ini dengan semangat yang membara.  Pendakian bukit ketiga adalah yang paling getir sekali,  bukitnya begitu curam sekali,  batuan yang ada begitu tajam,  amat menyakitkan,  terasa mencengkam di tapak kaki walaupun punya alas.   Ada duri yang sakitnya bisa sekali jika terkena kulit.   Ah...persetankan semua itu,  aku sudah tidak boleh berundur,  sahabatku juga.  Getir semacam mana pun,  aku dan sabahat perlu melaluinya.   Luka-luka di kaki dan tangan semakin banyak,  peluh sudah mengalir,  menerbitkan bau asam tanda betapa keras usaha pendakian itu,  darah juga sudah ada yang mengalir menunjukkan betapa kerasnya perjalanan pendakian itu,  'tidak apa'...begitu pujukan hati.  Ku kira sahabat-sahabatku juga memujuk hati mereka dengan ungkapan itu.  Tidak disuarakan dalam bentuk percakapan tapi dizahirkan dengan riak wajah,  hanya mampu bermonolog dalaman.   Tapi wajah itu sudah cukup untuk aku memahami maksud tersiratnya.  Wajah aku dan wajah sahabat masih senyum.   sungguhpun kepala yang sakit seperti mahu pecah.  perit menahan sakit yang azab. 

Kesakitan itu terbalas apabila aku dan sahabat sampai di puncak bukit ketiga.   Terasa sedikit kelegaan setelah menempuh pendakian gila.  Air mata bergenang.  Ada senyum terukir di bibir.  Meskipun senyuman itu kelihatan suku sahaja,  'senyum suku' begitu yang aku labelkan kerana senyuman itu belum mampu melebar.   Namun senyum suku itu sudah ada rasa bahagia.   Dari atas puncak bukit ketiga itu,  aku lihat ada suasana mendamaikan di bawah sana,  ada panorama indah,  ada warna-warna cantik.  Aku kagum,  aku terpana seketika.  Hati menguntum senyum meskipun hanya 'senyum suku'.  Ada lantunan hati mengucap rasa syukur tak terhingga kepada tuhan.   Air mata yang bergenang tadi kini gugur mengalir di pipi.   Ku lihat sahabat ku juga begitu.   Air mata syukur.   Sungguhpun ada satu halangan lagi,   iaitu menuruni bukit ketiga.   Perjalanan menuruni bukit ketiga bukan mudah.   Ada lurah sempit tetapi sangat dalam untuk ditempuh.   Silap langkah,  maut menanti.  Perjalanan itu harus ditempuh dengan penuh berhati-hati.   Langkah perlu diatur.   Kerana kali ini,  lurah ini begitu sempit,  tapi dalam.  Perlu berjalan seorang demi seorang,    kerana masing-masing perlu memberi sepenuh perhatian pada setiap langkah.   Dari atas puncak,  ku dengar daerah Jaya seperti memanggil-manggil namaku,  kukira sahabatku juga mendengar nama mereka dipanggil-panggil dari bawah.  Dari atas puncak,  ku lihat daerah jaya melambai-lambai aku dan juga sahabatku,  menggamit aku dan kami untuk turun ke bawah.  Dari atas puncak,  aku dan sahabat melambai-lambai daerah Jaya.   Tunggu daerah Jaya,  sekejap lagi aku,  juga sahabatku akan turun ke bawah.

Epilog

Perjalanan menuruni bukit ketiga begitu menyiksakan.  Ada rintihan dan tidak kurang tangisan hiba.  Kesakitan bermaharajalela, wajah-wajah sahabatku begitu lesu dalam perjalanan menempuh liku-liku sewaktu usaha keras menuruni bukit ketiga.  Huluran tangan untuk membantu saling berganti-ganti. 
“sahabat, tolong aku”
“jangan risau, aku akan membantumu sedayaku, Cuma satu aku minta darimu sahabat”.
“Apa sahabat?”
“Teruskan usaha, jangan menyerah”.
“Aku akan bersamamu sahabat”.
“Ya, Tuhan juga bersama kita”.
“Kamu dengar sahabat?”
“Dengar apa sahabat?”
“Daerah Jaya memanggil kita”.
“Ya, aku dengar”.
“Ya, jelas sekali”. Mari kita turun bersama-sama”.

Selepas itu tiada lagi kata-kata yang terucap antara kami.  Semua memberi sepenuh perhatian untuk menuruni bukit ketiga yang menyisakan itu.  Masing-masing cuba membantu sedaya mungkin.  Tiada kalam yang terucap, hanya mata dan riak wajah mengganti bahasa lisan.  Mata dan riak wajah adalah bahasa tanpa lisan kala itu.  Hanya senyuman suku yang terpamer tapi masih ikhlas di sebalik helaan nafas yang tersekat-sekat.

Daerah Jaya, lambaianmu menggamit jiwa...

“Lihat, kita sudah sampai ke Daerah Jaya sahabat”
“Benarkah sahabat?”
“Benar sahabat, kita sudah sampai, Ayuh ke sana”.
“Benarkah sahabat?”
“Benar sahabat, kita sudah sampai.  Terserah padamu sahabat, kau mahu brlari ke sana sambil berteriak”.
“Benarkah sahabat, boleh berlari dan berteriakkah?”
“Ya, boleh.  Terserah padamu, terserah pada kalian juga”.
“Kalau begitu aku memilih untuk memegang tanganmu sahabat, Ayuh, kita berjalan dan berteriak bersama-sama”.
“Benarkah kau mahu memegang tanganku ini sahabat”
“Ya aku mahu, ingat lagi? Tangan dan kaki kita sama-sama berkematu.  Justeru, aku mahu memegang tangan kematumu untuk ke sana”.
“Aku sudi dan aku juga mahu menegang tanganmu yang berkematu sahahabat”.
“Ayuh, kita ke sana, kita ke Daerah Jaya,ia sudah melambai dan memanggil kita”.

29.November.2011

Jubah biru bertaris merah jambu dengan topi segi empat hitam di serahkan kepada kami seramai 18 belas orang.  Aku memakainya dengan perasaan bangga.  Sahabatku juga memakai Jubah bertaris merah jambu dengan topi segi empat hitam dengan bangga.  Ada rasa haru sembunyi jauh dalam hati.  Ya, kami memakainya dengan segak dan bangga.  Ada upacara besar menyambut kehadiran kami.  Bunyi-bunyian mengiringi perarakan masuk kami ke Daerah Jaya.  Daerah Jaya sudah lama menunggu kami dengan senyuman. 

Saturday, May 25, 2013

Hidup adalah tentang pilihan: RTR Hlovate satu anekdot tanda Feedback

Serius...


"Hidup adalah tentang pilihan"...*


Live hell or live well???

I Choose
We Choose...

Itu adalah feedback aku setelah membaca novel Rooftop Rant.  Sebenarnya aku sudah lebih dulu menulis frasa itu * di depan muka surat kosong bawah sikit dari line tempat aku menulis namaku-sebagai pemilik novel penulis misteri ini setelah membaca sinopsisnya.  Frasa itu * adalah anekdot untuk mewakili feedback yang Zulieqah minta kalau aku sudah menghabiskan novel RTR karya Hlovate.

Frasa berwarna kuning aku ambil dari dialog Jade, yang hijau tu dialog Trisy dan yang merah tu dialog Jade & Trisy...

Dan untuk Zulieqah:

Saya suka dengan novel ini, misteri si Hlovate bersatu habis dalam novel ini.  Gila, kasar dan melankolik semua bercantum.  Sampai ada rasa sedikit sesak dalam dada.  Bukan senang menghapuskan kisah lama-dosa lama-dendam lama, apalagi kisah tragis-sadis dalam hidup.  I'm so glad to have fatine im my life when my life jadi huru-hara tahun lalu dalam bulan Mei.  Fatine macam Jade waktu huru-hara itu datang.  Dia menjadi penyelamat dan berada di sisi saya tanpa ada sekuman pun perasaan stigma kepada saya.  Yang sadisnya dan buat saya rasa teribble-horrible, when Fatine turut jadi mangsa keadaan dan yang kagumnya, dia tetap berada di sebelah saya.  Im so bless she's still beside me untill now-in Mei when kami bercerita back to the Mei 2012.  There's a time when you can't share your kisah tragis sadis sama family.  But, my family still the best anchor, the best cheerleader, tempat saya bergantung harap-hidup-berkongsi semua rasa, the best clown yang still boleh buat saya ketawa macam nak putus urat kentut.  Cuma cerita Mei 2012, i cant share with them...hihihi.

dan benar...

Koma,

Kalau mahu hidup ini baik-baik saja, berdamailah dengan masa lalu.

Live hell or live well

Kita yang pilih...

Koma,

P/s: Aku ada menulis entri sebelum ini pasal "Hidup adalah tentang pilihan' juga entri "Pilihan" yang aku kira boleh jadi ulasan kecil ikut pencernaan otak dan hati aku sendiri untuk novel RTR terutama pada frasa sedikit sarkastik bagi aku: "Live hell or Live well".  Aku harap kalau ada readers(bajet ada readers yang masuk blog dan baca entri ini, sudi membaca dua entri yang aku taip kat line atas tu)....ayaks!!! (>___<)

Titik.

Monday, May 20, 2013

Novel lagi: J&D dan RTR Hlovate

Alhamdulillah...akhirnya novel yang aku tunggu sampai juga dan berjaya menjadi milik aku.  Dengan sampainya novel ini, lengkaplah sudah 10 buah novel yang aku beli melalui internet dengan pertolongan Zulieqah.  Rasanya, cuti sekolah ini akan aku penuhkan dengan hobi aku yang satu ini-membaca novel.  Malas mahu taip panjang-panjang.  Entri ini untuk menayang novel aku (bukan niat sebenar...hihihi)...jangan marah aaa kawan....

P/s: kredit harus aku berikan pada Zulieqah.  Kalau tidak kerana mengenali dia dan tidak mengikuti kursus kahwin hari itu, pasti aku tidak akan dapat membaca novel-novel hebat ini...(hebat bagi aku, penilaian kalian aku tidak tahu...) Terima Kasih Zul...



Odah dan Sebelah Kasut

Manusia dan cinta ini ibarat sepasang kasut.  Harus ada untuk kaki, harus sepasang dan harus muat, harus selesa dan harus ada keserasian.  Begitu Odah membuat metafora mengenai cinta-hubungan-manusia.  Odah merasa hidupnya kosong.  Odah merasa dia hanya memakai sebelah kasut sahaja.  Ya, Odah masih belum menemui sebelah kasutnya lagi.  Odah memandang kaki kanannya, Odah memandang pula kaki kirinya.  "Oh, kasihan kaki kiriku,  maafkan aku kaki kiriku, aku masih belum menemukan kasut untukmu".  Odah memejamkan matanya, rakaman kenangan lama berputar ligat di dalam otaknya.  Odah tersenyum dalam pilu yang menggigit tangkai hatinya.  Ketika kaki kirinya hampir dipakaikan kasut oleh Sang Rajul, tiba-tiba kasut itu direnggut oleh cindirella yang cantik.  Odah tersentak, Sang Rajul lari bersama dengan Cinderella yang cantik tanpa menoleh sedikit pun pada Odah.  Odah tidak mampu bersuara apalagi memanggil nama Sang Rajul kuat-kuat.  Odah tidak berani.  Tahulah Odah, yang kasut sebelah kiri itu telah menjadi milik cinderella yang cantik itu.   Odah harus mencari semula kasut untuk kaki kirinya, kasut yang sepasang, muat, selesa dan serasi.  Biarlah harus menunggu lebih lama lagi.  Odah yakin pada Tuhannya yang satu, Odah yakin, dia akan menemukan juga kasut untuk kaki kirinya.  Airmata Odah sudah kering.  Odah memandang semula kaki kirinya dengan redha dan pasrah.  

Thursday, May 16, 2013

Novel Inggeris Kedua Aku: Mine To Posses

Novel Inggeris kedua aku sudah dalam genggaman.  Tadi lepas balik dari sekolah, aku terus ke pejabat pos untuk mengambil bungkusan.  Semalam Zulieqah sudah menghantar mesej memberitahu aku yang novel aku sudah sampai.  Aku dari semalam sangat yakin bahawa novel yang bakal sampai ini adalah novel dari UK yang sudah aku tunggu kehadirannya sebulan yang lepas...hehehe!!! ternyata tekaan aku tepat.   Zulieqah bilang, novel yang sampai di pejabat pos kemungkinan novel Jaja & Din dan Hlovate sebab novel dari UK tidak boleh dijejak no. daftarnya.  Apapun, kredit harus diberikan pada Zulieqah kerana dia memperkenalkan aku novel ini dan memberi aku satu peluang memcuba sesuatu luar dari kebiasaan aku-iaitu membaca novel Inggeris.  Malah dia banyak membantu aku membeli novel secara online dan masih menawarkan khidmat-pertolongannya untuk membeli novel secara online.




P/s: Aku masih bertatih membaca novel Inggeris pertamaku.  Aku harus sabar kerana aku cuma menggunakan gear 1.  Paling penting, novel MTP ini sudah jadi milik aku.  Semoga esok aku boleh masuk gear 2....

Sambutan Hari GuruSKAK 2013

Alhamdulillah...Aku masih berkesempatan lagi menyambut Hari Guru tahun ini.  Terima Kasih Ya, Allah atas nikmat hidup dan kesihatan yang Engkau berikan.

Pagi 16 Mei...

S   E   L   A   M   A   T       H   A   R   I       G   U   R   U

Tidak banyak yang mahu aku catatkan dalam entri ini.  Malah gambar-gambar yang aku ambil juga tidak banyak.  Video juga tidak aku rakam sepertimana tahun lepas.  Apapun, gambar-gambar ini-aku kira sudah cukup untuk menceritakan segala-galanya.  Aku sangat yakin, hari ini kami warga SK. Ansip telah bergembira.  Ada kenangan tecipta dalam cerita hari ini yang akan diceritakan semula sambil ketawa kuat-kutuk-kutuk manja-marah-marah sayang-di kantin esok pagi waktu sarapan.  

Kumpulan 1, kumpulan aku...hahaha...kumpulan paling kuat main buyuk...demi kenangan ja  baitu...aku rasa semua acara sukaneka kami main buyuk...

Acara boling kelapa....ni kumpulan dua...durang ni pula pantang nampak kami main buyuk...hahaha...misti kasi heboh....tanda jeles sebab durang tidak dapat main buyuk....

Nik dan Hazirah...Bagus bah....

Sebelum Sukaneka dijalankan....wajah-wajah manis menahan rasa tidak sabar untuk memulakan aksi ....

Antara Guru-guru yang berbakat besar dalam acara boling kelapa...Siapa tau nanti ni acara kena  pertandingkan masa sukan  SEA...hihihi

Wajah-wajah ceria...GB SKAK pun ketawa riang....

Murid-murid tahap II...tukang sorak guru

Zila, Unad, Azlen, Icil Noraini, Nurul & the Gang...

Banner...made by Farrah and Rosnini....comelkan Kak  Ton?...memang kiut betul banner ni...Kreatif sangat....Good Job Farrah and Ros

Marlena...acara cucuk benang dalam lubang jarum...lena paling campin...

Kumpulan 2... GB SKAK sedang berusaha memasukkan benang....si Jerry jugala...penunjuk arah...ka sama kes...tidak jumpa lubang...??? hehehe

Aku rasa time ni paling lucu...guru pula yang terlebih excited menunggu tu  pintu lori coco crunch kena buka....si Joss sampai suruh murid nyanyi lagi  lagu 
"Inilah Barisan Kita"...

Hadiah Terkumpul untuk acara Exchange Gift....


Sayang aku tak dapat mengambil gambar waktu acara masuk tepung dalam botol dan acara lari bawa bola ping-pong dan belon, macam biasa; kumpulan kami main buyuk lagi...hahaha...dan ia tentulah mengundang rasa jeles kumpulan dua....(main-main ja aa..bukan jeles betul)...

Hari ini aku kena sembur tepung oleh si Joss.  Kotoh...habis satu dewan aku kejar dia balik.  Rupanya Marlena pun kena juga, habis juga Marlena kejar si Joss satu dewan sampaidia terpaksa berlari sampai keluar dewan.  Paling lucu bila akhirnya dia minta ampun sebab sudah tidak larat berlari...tahun ni cikgu-cikgu pula yang main sembur tepung, dimulai oleh si Sivelsey melarat ke Si Joss dan aku yang tidak ambil bahagian turut jadi mangsa sebab si Joss tidak dapat balas-balik setelah dia disembur tepung oleh si Siveslsey.  Ini kalilah, pembalasan si Pitung...


P/s: Sekali lagi, kenangan itu kerinduan...hari ini aku kira kami sudah bersama-sama berkongsi kenangan gembira-main buyuk-ketawa sampai sakit perut-sebak.  Panjang umur, jumpa lagi pada Hari Guru tahun 2014.  Semoga kita semua beroleh kesihatan yang baik dan umur yang panjang.

Tuesday, May 14, 2013

Surat Cinta Untuk Rindu: Puisi Tanda untuk SUUN

Surat Cinta untuk Rindu

Malam ini rindu bertamu lagi
mengintai bahagian diri yang sudah kututup rapat
relung hati yang saja ku biarkan dingin

sudah ku jeruk rasa rinduku itu
pada pantaiku yang namanya manis


Malam ini...
dalam sedarku
dalam sengajaku juga...
aku buka tutup jeruk rasa rinduku
terbit baunya memenuhi ruang dunia kecilku
aku jadi pilu sendiri
menahan bau masam dari jeruk rasaku itu
berbekal sedikit rasa malu-ku 

Nyatanya...
aku masih aku yang selalu jauh ditinggalkan
aku masih menghidu bau jeruk rasa rinduku yang sudah masam
dan yang sedihnya...
aku masih selalu sudi menghidunya

Mungkin warna rinduku itu ungu barangkali
sebab itu ia selalu berlagu sendu
dan aku dengan yang namanya cinta
seumpama badi yang melekat
hanya kecewa itulah yang tinggal

Surat cinta untuk rindu
aku buka kali akhirnya
akan aku tanam semula
pada pantaiku yang namanya manis

Ada muka surat baru untukku
yang tinggal untuk aku menulis...
tentang cinta
tentang rindu
pada yang telah tertulis namanya untukku...
aku cuma perlu menunggu
yakin pada Tuhanku

Nukilan Atie 14 Mei 2013

P/s: Surat Ungu Untuk Nuha adalah analogi tentang cinta.  

















Monday, May 13, 2013

Novel Inggeris Pertama aku

Rasa gembira sangat petang ini, baru sejam lebih sedikit tadi novel dari UK selamat sampai ke tangan aku.  Novel Inggeris pertama aku.  Walaupun yang sampai tadi cuma 1 buah novel (aku membuat pesanan belian melalui internet sebanyak dua naskah).  Aku rasa bersyukur sangat.  Tidak sabar rasanya menunggu sebuah lagi novel Inggeris aku yang bakal sampai dua atau tiga hari lagi menurut Zulieqah.  Novel Jaja & Din dan Hlovate mungkin akan sampai dalam 2 minggu lagi, kata Zulieqah lagi; dia sudah check melalui pos daftar online dan bungkusan sudah pun dihantar pada 10 Mei...ceh penerangan yang hampir mendekati jawatan menteri penerangan wanita Malaysia yang pertama...cuma dalam versi tidak rasmi sampai bila-bila.

Oh ya, sebelum aku memutuskan untuk menaip entri ini tadi, aku sedang tenggelam sampai ke dasar membaca novel SUUN.  Novel ini juga novel yang baik.  Paling aku suka tentang novel ini adalah puisi-puisinya.  Sampai-sampai aku punya ilham untuk tulis puisi terbaru aku.  Ya aku juga punya 38 puisi setakat ini, dan ya puisi-puisi kepunyaanku bukanlah puisi hebat, yang penting ia hasil ciptaanku-tulisanku sendiri.   Untuk novel SUUN ini nanti, tiada ulasan ikut pencernaan otak aku sendiri.  Mungkin, cuma puisi sebagai tanda aku sudah membaca SUUN.

Titik.

Inilah Novel Inggeris Pertama aku...


P/s: Tidak sabar menunggu novel inggeris aku yang satu lagi, "Mine To Posses" tajuknya....Aku tahu aku bakal baca novel ini dengan kelajuan gear 1 dan jika diumpamakan kelajuan itu dengan deru angin di pantai manis, ia cuma kelajuan angin sepoi-sepoi bahasa, kala ia mengiwir lembut pada wajah manusia yang sukakan hamisnya pantai...>__

Saturday, May 11, 2013

DMD: Naluri Ayah: Ulasan Ikut pencernaan Otak dan Hati aku

Aku baru saja selesai membaca novel DMD: Naluri Ayah.  Bermakna, aku sudah habis membaca 5 siri novel DMD.  Di akhir muka surat, aku menangis.  Kenapa aku menangis?  nanti aku ceritakan sekejap agi.


Baik...

Siri DMD: Naluri Ayah membawa kita mengenali jiwa-emosi-naluri makhluk bernama lelaki.  Ya, lelaki itu penuh dengan ego yang menggunung.  Sekali lagi, BB menulis ceritanya melalui cara yang paling santai dan paling dekat dengan cerita sebenar kehidupan kita.  Dia tidak mengupas bagaimana selayaknya kehidupan-hubungan-kekeluargaan ini dengan menceritakan konflik jiwa-perasaan yang terlalu sarat dan kompleks, tapi mengembangkan jalinan ceritanya dengan lebih mesra dengan realiti hidup berkeluarga; dan seperti 4 novel sebelumnya, banyak bahagian ceritanya yang buat aku ketawa sampai sakit perut (kenapa aku baca sampai sakit perut? ada terjawab dalam P/s di bahagian bawah sekali entri ini).

Siri DMD: Naluri Ayah membawa kita mengenali jenis perasaan soerang ayah.  Maksud aku, tentang kerisauan terbesarnya-tentang kemahuan sebenarnya-tentang kasih-sayang yang paling dalam.  Tapi, semuanya tidak terungkap dengan kata-kata dan cara yang menyenang hati kita sebagai anak.  Sering kita salah-sangka malah merasa jengkel dengan tindakan seorang bapa.  Kita lupa, sebagai manusia bernama lelaki, bapa juga punya ego-ego yang harus dia pertahankan.  marilah kita bentuk hati kita supaya percaya apa juga yang bapa kita lakukan, itu adalah tanda dia menyayangi kita.  

Insan bernama lelaki, mereka jarang menyatakan perasaan mereka melalui kata-kata tapi lebih pada tindakan.  Perkataan yang paling jarang mereka ucapkan, adalah menyatakan rasa sayang mereka, terutama kepada kedua ibubapa.  Malah pada saat paling getir pun, aku kira mereka susah untuk mengungkapkannya (walaupun, mungkin tidak semua lelaki bersikap seperti itu).  Kadang-kadang, mereka melakukan hal-hal yang pelik demi untuk menyatakan dan menunaikan hasrat mereka terutama dalam hal kasih-sayang.  Lelaki jarang mahu memberitahu apa-apa.

Setiap lelaki, sejak dari awal sebenarnya sudah terpupuk naluri seorang ayah, iaitulah mahu melindungi, mengasihi dan melihat orang yang disayanginya bahagia.  Oleh itu, membaca novel ke-lima BB ini, membawa kita menyelami hati-jiwa-koflik yang melibatkan perasaan lelaki terhadap orang yang paling disayanginya.

Berbalik kepada kenapa aku menangis pada akhir cerita, (cengengkah aku?)

Ia mengingatkan aku kepada pengorbanan Abah aku semasa aku menghadiri temuduga akhir kemasukan ke Maktab Perguruan Malaysia, masa itu tahun 1999.  Aku masa itu sudah putus harap dan langsung sahaja mahu membawa kedua ibubapa aku balik, tapi Abah menegahku.  Aku masih ingat lagi bagaimana kesanggupan Abah berulang-alik dari Kota Kinabalu-Keningau-Kota Kinabalu dalam masa satu hari untuk mengambil IC aku yang terlupa di dalam bilik aku.  Aku tahu Abah menahan rasa marahnya kepada aku, tapi kerana aku anaknya, dan seperti kata Bahruddin Bekri( aku memetik dialog antara Rayyan dan Ayahnya, Zahid Hamidi) yang aku tukar dan rangkumkan dalam bentuk anekdot, "tiada apa yang dapat Abah aku lakukan selain memaafkan aku kerana dia menyayangi aku".  Aku tahu, Abah memikirkan masa depan aku dan mahukan anaknya juga mempunyai pekerjaan yang maksud sebenarnya, dia mahu masa depan aku terjamin.  Aku juga terkenang beberapa lagi pengorbanan Abah aku kepada aku sepanjang aku bergelar anak yang tidak perlulah aku ceritakan, nanti jadi macam menteri penerangan wanita pertama Malaysia pula.  Satu yang paling terkesan sehingga sekarang, kalau bukan berkat doa Mama dan Abah aku, tidaklah aku merasa peluang masuk ke Maktab Perguruan dan berpeluang menjadi seorang guru.  Tidaklah aku berpeluang mencapai cita-cita menyambung pelajaran.  Aku kira tanpa berkat doa Abah dan Mama, sampai sekarang aku hanya pemegang ijazah tak bertauliah atau hanya bekerja di dapur rumah aku.   Tak terbayar rasanya semua pengorbanan Abah aku kepada aku selama ini.  Tapi jarang pula aku mengatakan yang aku sayangkan Abah aku.  Aku cuma cium pipi Abah aku masa hari raya dan masa hari jadi Abah.  Betapalah aku anak yang gagal menzahirkan rasa cinta dan kasih-sayang aku melalui kata-kata, perbuatan juga.  

Sebenarnya, bagi seorang "Bapa" atau apa saja panggilan untuk bapa kamu, mereka bukan mahukan sangat duit kita, apa lagi pemberian berupa barangan berharga, apa yang mereka mahukan adalah kasih-sayang kita, kesanggupan kita untuk meluangkan masa berbual-bual dengan mereka, mendengar dia bercerita dan juga perhatian kita.  Kadang-kadang kita terlepas pandang perkara-perkara kecil tapi sebenarnya cukup besar dan berharga kepada mereka.  Mungkin sebab kita merasa kita sudah dewasa dan sudah pandai menjaga diri sendiri.  Tapi, percayalah; kita tidak sebenarnya.  Kita masih memerlukan mereka walaupun mereka sudah tua dan kita masih muda-mereka sudah tidak kuat sedangkan kita masih kuat dan bertenaga, kita sebenarnya masih memerlukan mereka, malah sangat memerlukan mereka.  Bagi yang sudah bersuami, ada ketikanya, si suami itu tidak dapat membantu kita kecuali bapa kita sendiri. (aku belum bersuami, jadi ini cuma pendapat aku sahaja, hasil tinjauan dan pengamatan aku, maaf kalau aku salah).   Benarlah kata-kata ini...

bahawa...

"Kematangan bukan hanya memikirkan perkara-perkara yang besar, tetapi ia bermula dengan memerhatikan perkara-perkara yang kecil"...

P/s: Aku bukan cengeng tapi penyedih barangkali, mudah sebak dan mudah mengalirkan airmata jika hati aku tersentuh.  Aku juga mudah ketawa dan merasa lucu walaupun hal-perkara itu tidaklah lawak atau melucukan sangat pun...hehehe!!!

Friday, May 10, 2013

Novel lagi...

Sepatutnya entri ini aku tulis sebelum entri ulasan novel Bahruddin Bekri bertajuk "DMD: HE karya BB" yang mengikut pencernaan otak dan hati aku sendiri. Hal ini mungkin disebabkan oleh kerakusan minda aku dengan sedikit keyakinan yang  menggunung...hehehe!!! 


baik entri adalah untuk menayang (bukan maksud sebenar) novel yang baharu saja aku dapat tadi.  Novel yang aku tunggu-tunggu kehadirannya.  Aku mengenali novel ini, menerusi Zulieqah.  "Diari Ungu Untuk Nuha".  Ulasan daripada Zulieqah menyebabkan aku tertarik hati.  Aku menggelarkan novel ini sebagai "SUUN".  Aku sedikit kecewa apabila dua lagi novel yang aku tunggu iaitu, "Jaja & Din" dan "Hlovate", tidak ada bersama di dalam bungkusan poslaju yang aku terima petang tadi.  Tidak apalah, mungkin ada hikmah.  Aku berkehendak, tetapi Allah lebih berkehendak.  Lagipun, Zulieqah akan bertanya kepada pihak jemari seni berkaitan dua lagi novel yang telah ditempah dan dibeli oleh aku.  Mendapat novel SUUN ini sudah mengubat rasa kecewa aku...ceh, ayat!!!

Novel "SUUN" aku, "comelkan kak Ton?"

oh ya, satu lagi novel yang bakal aku baca adalah pemberian seorang kawan-rakan sekerja-sekampung aku, Rosnini namanya.  baru-baru ini dia dan suaminya, mengahadiri Festival Buku Antarabangsa, di Kuala Lumpur.  Dua-tiga-sehari sebelum dia berangkat ke KL, aku dengan tidak malunya, meminta dia membelikan aku novel, tapi dengan niat nanti aku akan membayar balik harga novel itu.  Tapi, waktu dia memberikan novel itu, Isnin lepas sehari selepas PRU13 dan kebetulan kami cuti mengejut kerana tidak ada seorang murid pun yang datang ke sekolah, aku sangat gembira dan menanyakan harga buku itu, dia mengatakan yang dia memberikan buku tanpa harga-percuma.  Wah, tidakkah aku patut gembira berganda.  Berkali-kali aku mengucapkan terima kasih pada dia.

Novel pemberian Rosnini, adalah sebuah novel hebat dan aku pasti (setelah membaca sinopsis) malah tajuknya sahaja, novel ini mempunyai koflik jiwa-perasaan-perjuangan-persoalan-kehidupan yang kompleks.  Aku telah menetapkan bahawa novel ini, adalah novel yang paling akhir aku baca (kerana aku perlu membaca dua lagi novel, iaitu Diari Mat Despatch: Naluri Ayah dan SUUN) kerana aku menganggap novel ini kompleks.  Penyampaian isinya tentu saja serius tanpa ada unsur-unsur humor, tidak seperti siri novel DMD yang ditulis dengan lebih santai pada konflik-konflik mengenai hidup dan paling penting mampu membuat kegelian pada urat kentut aku sehingga membuatkan aku ketawa terbahak-bahak.  Penulisan BB lebih dekat kepada kehidupan kita, cuma saja ia disampaikan dengan bersahaja tanpa perlu menegangkan urat leher, yang perlu cuma, menahan urat kentut supaya tidak terkentut semasa ketawa terbahak-bahak.

Apapun, aku sangat menghargai novel ini kerana ia pemberian seorang kawan.  Aku juga memerlukan novel yang lebih serius untuk mencuci otak aku yang makin berkarat ini.  Maklum saja, aku malas sekali membaca buku-buku ilmiah, hatta menonton berita saja aku tidak suka.  Jadi, melalui novel ini, aku rasa aku boleh menyelami konflik kehidupan-kejiwaan-kemanusiaan yang dihadapi oleh masyarakat teraniaya di Afghanistan. Aku juga bakal mengembara ke-satu ruang masa yang panjang dan tegang malah mungkin sedikit pegun (perkiraan aku setelah membaca sinopsisnya).  Seperti pusingannya hidup, ia tetap terkait dengan pilihan; dan dengan pilihan yang ada dalam ruang masa itulah, mereka memilih untuk menyediakan ruang bahagia walaupun kabur kerana keyakinan mereka, bahawa hidup ini umpama pusingan roda; adakalnya di atas, adakalanya di bawah.  Matahari pasti akan muncul selalu, menggenapkan pusingannya.  Begitulah harapan mereka, sirna itu tetap ada untuk mereka terus hidup di bumi Tuhan. Aku kira aku akan dapat menyelami sedikit persoalan megenai kehidupan-kejiwaan-kemanusiaan dari sisi lain.


P/s: Tetap saja menerima pemberian daripada kawan-sahabat adalah yang paling manis sekali.


DMD: HE karya BB: sedikit ulasan aku

Aku baru saja selesai membaca novel "Diari Mat Despatch: Hati Emak".   Cerita kali ini banyak rmenggali persoalan mengenai hak ibu.  Tidaklah persoalan itu dikupas seumpama buku motivasi atau ditulis secara lebih ilmiah, ia disampaikan dengan proses pencarian, mengenai "bagaimana memujuk hati emak supaya dia tidak berkecil hati".  Pencarian Rayyan untuk mencari teknik memujuk ibunya, membawa kita menyelami hak ibu-siapa yang lebih berhak-apa yang perlu kita dahulukan-paling akhir, apa pilihan paling bijak?.

Sebenarnya, ibu tidak pernah menetapkan hak-hak dirinya, melainkan Allah-lah yang telah menetapkan hak itu untuk kita hayati dan laksanakan demi mendapat redha Allah.  Benar maha benar bahawa Redha Allah itu adalah dari Redha Ibubapa.  Tanpa sedar, segala musibah yang berlaku kepada diri kita adalah berpunca daripada kesalahan-dosa kita pada kedua ibubapa.  Berbuat baik-lah kepada kedua orang tua, sentiasalah mendoakan kesejahteraan mereka dan meminta mereka mendoakan  kesejahteraan kita selalu. 

bahawa...

Kuasa doa ibu dan bapa kita jangan dibuat main-main...DMD: HE karya BB

P/s: Diakhir muka surat novel ini, aku terkedu dan merasa sebak.  Aku sayang mama aku.  Tapi aku tahu yang sering kali juga aku gagal menjaga hati mama aku.  Aku perlu mengubah diri aku, supaya lebih istiqamah dalam menjaga hati mama aku.  

Wednesday, May 8, 2013

Edisi Patah Hati: MD BB

Opsss...harus diperingat bukan aku yang patah hati walaupun kes patah hati ini terlalu sinonim dengan aku...hehehe!!!


Baik...

Aku sudah pun selesai membaca novel BB, " Diari Mat Despatch Edisi Patah Hati".  Ya, seperti yang telah aku jangka, ia banyak mengajar aku tentang hidup-mendepani dan melansgungkan hidup aku dengan baik-baik saja.  

Satu yang terkesan, seperti entri2 aku yang berkaitan "Pilihan", dalam novel ini aku menemukan satu lagi kebenaran betapa, "hidup adalah tentang pilihan".  Membaca novel BB ini, sikit banyak kisah hidup aku terangkum di dalamnya.

Dalam siri ini, ia banyak mengajar tentang bagaimana cinta-rupa cinta-bila perlunya-apa perlunya-sehinggalah putus cinta, yang akhirnya menyedarkan kita bahawa, segala sesuatu kesusahan-kerunsingan-kesedihan-yang disebabkan oleh cinta, ubat mujarabnya adalah Tuhan dan diri kita sendiri.  Iaitulah, berbalik kepada; apa pilihan kita.

Cinta itu subjektif.  Sekalipun cinta yang terkenal adalah cinta antara lelaki dan perempuan.

Sekali lagi, aku tidak tahu penilaian orang yang sudah membaca novel ini, mungkin saja pengajaran tentang cinta yang aku maksudkan dalam perenggan di atas adalah berbeza sama sekali dengan tanggapan dan penilaian mereka, tapi bagi aku, ia cukup mengajar aku bagaimana cinta itu seadanya-sepatutnya-selayaknya.  Tetap saja cinta itu sesuatu yang indah-cantik-asyik-mengkhayalkan.  Tetap saja cinta itu berlansgung dengan cerita dan kemanisan yang berbeza rasanya-caranya-nilainya.

Baik,

Untuk aku yang selalu patah hati kerana cinta(amboi 3x), aku terima kata-kata ini sebagai sandaran untuk aku mendepani badi yang terlalu rapat dengan aku-iaitulah: Kecewa

bahawa...

"Patah hati itu bukan untuk dijadikan beban, tetapi untuk kita ikhlaskan"...



Tuesday, May 7, 2013

Kalau Melihat

Kalau melihat langit, lihat pada birunya.
Kalau melihat laut, lihat pada luasnya.
Kalau melihat rumput, lihat pada hijaunya.
Kalau melihat tanah, lihat pada suburnya.

nanti,

kalau melihat manusia, lihat akhlak dan adabnya.

Baik akhlaknya, baiklah jiwanya
Baik jiwanya, baiklah hatinya
Baik hatinya, baiklah akalnya...

P/s: Pesan Katak Puru kepada aku semasa sama2 menyanyi di tepi kolam memanggil hujan...

"kadang-kadang apa yang kau fikir tidak sama dengan apa yang dia fikir, jadi jangan pandai-pandai tafsir yang apa yang difikir oleh dia-mereka-orang, kerana; mungkin apa yang dia fikir lalu dizahirkan dengan kalam atau tulisan tidak sama dengan apa yang kau fikir dan tafsirkan.

Hidup Adalah Tentang Pilihan

Hidup adalah tentang pilihan.  Terpulang pada kita untuk memilih jalan hidup sendiri.  Tuhan telah menetapkan Syariat, terserah kita samada mahu lari dari obligasi sebenar atau menetapkan sempadan supaya bisa kekal dalam obligasi itu.  


Apa motif entri ini???

Koma.

Ia terlalu subjektif.  

Kerana hidup ini juga terlalu subjektif, maka kadang-kadang ia berlangsung dengan beberapa pusingan yang mengelirukan.   Kerana itu harus bijak membuat pilihan, kalaupun belum bijak, maka belajarlah untuk jadi bijak dalam memilih.   Kadang-kadang pilihan kita kelihatan terbaik buat kita-buat masa ini mungkin saja akan memakan diri dan bertukar menjadi mimpi ngeri pada masa akan datang.  

Pilih-lah yang baik-baik apabila ia melibatkan soal hidup-hubungan-manusia.   Takut nanti ia bakal mendatangkan masalah besar pada kita satu hari nanti.

Hidup umpama pusingan roda.
  
Baik,

Kalau melihat langit, lihat pada birunya.

Kalau melihat laut, lihat pada luasnya.

Kalau melihat rumput, lihat pada hijaunya.

Kalau lihat tanah, lihat pada suburnya.


Langit, laut, rumput, tanah

Semuanya punya pusingan hidup, semuanya punya cerita tentang hidup.

Bezanya,

Baik langit, laut, rumput, tanah

mereka tidak punya pilihan.


Tanda Soal...

Nanti,

Kalau melihat manusia, lihat pada adab dan akhlaknya.

Baik Akhlaknya, baiklah jiwanya
Baik Jiwanya, baiklah hatinya
Baik Hatinya, baiklah akalnya.

Tanda soal...

P/s: hari ini sedikit kebenaran sudah diperlihat Allah.  Syukur aku panjatkan padaNya.  Istighfar panjang aku hari ini.  Hal yang baru saja aku tahu tadi benar-benar membuatkan bulu romaku meremang.  Betapa jiwa manusia ini sangat rapuh, mudah pula tergelincir dengan hasutan Syaitan.

Cerpen Lama

Selasa lepas, saya dan sobat, Inawati flash back cerita lama fasal secret admire zaman sekolah menengah. Habislah segala kisah bikin malu d...