Wednesday, March 21, 2012

Secret Admire Eps 18

 
Ketika aku sampai di kelas, Asri sudah ada di sana. Dia duduk di mejanya sambil menyandarkan kepalanya di kerusi. Aku teringatkan insiden di kantin kelmarin. Sempat aku berdoa agar hari ini ada senyuman pada wajahnya. Dia lantas berdiri apabila melihatku masuk ke dalam kelas menuju ke tempat dudukku. Aku senyum pada Asri, cuba sedaya upaya memberikan senyuman yang paling manis padahal debar di dada hanya tuhan yang tahu. Asri membalas senyumanku, ah! senyuman yang selalu buat aku jadi aiskrim terukir di bibirnya yang merah. Saat itu aku terasa seperti hatiku hendak melantun keluar.

"Lama sudah tunggu?"

"ndalah....aku ingat kau nda datang", jawab Asri.  Kulihat matanya bersinar-sinar dan ada riak gembira. Kukira wajahku juga memaparkan panorama itu, sama seperti apa yang terbit pada wajah Asrie. Ermmm! sawan perasanku datang lagi. Yang pasti sawan gabraku sudah menyerang lebih awal.

"Janji tetap janji", kataku sambil tersenyum.

"Bah mari...aku ingat kau lupa sudah", ajak Asri sambil membuat tangan seperti yang selalu ditunjukkan dalam filem. Eleh! nak buat cara lelaki gentlemenlah....jauh di sudut hati aku benar-benar merasa bahagia. Aku cuma tersenyum dengan telatah comel Asrie tadi. Kami berjalan beriringan menuju ke kantin.

Sampai sahaja di jantin, kami terus ke kaunter untuk memesan makanan dan minuman. Asri menyuruhku duduk di meja dulu sementara dia menunggu makanan yang kami pesan. Tidak lama selepas itu, Asri membawa dulang berisi makanan. Rasa bahagia menjalar dalam diriku. Selepas meletakkan makanan dan minuman di meja Asri mempelawaku makan. Untuk beberapa saat suasana menjadi bisu. Mungkin masing-masing cuba menikmati kebahagian atau menahan rasa debar hati. Aku sengaja meneka begitu. Akukan ratu perasan. Aku senyum di dalam hati. Tidak kupamerkan pada wajah. Suasana masih bisu.

"Napa nda ajak Mar sekali?" tanyaku walau hati merasa sakit bila terpaksa menanyakan hal itu. Padahal bukan itu yang hendak aku tanyakan, cuma bila keadaan bisu berlarutan aku jadi canggung. Namun Asrie membalas pertanyaanku dengan pertanyaan juga, tapi cukup membuat aku tersentak.

"Napa nda ajak Byaem sekali", tanyanya kali ini senyuman pada wajahnya hilang. Menyesal pula memulakan bicara dengan pertanyaan itu tadi. Aku memandang wajah Asrie dan memberikan senyuman sebelum menjawab soalannya dengan jujur.

"Aku dengan Byaem tiada apa-apa hubungan special okay! kami cuma kawan jak.  Kebetulan diakan presiden Kelab Melukis sekolah dan kami sama-sama terlibat dalam pertandingan lukisan tu" terangku sambil memandang wajahnya.

"Lagipun Byaem sebenarnya suka si Mira", sambungku sambil senyum dan menghirup nescafe panas. Tiba-tiba aku terasa malu bila Asri merenungku.

"Okay! sorry.", Balas Asrie. Aku tidak pasti samada jawapanku tadi sudah cukup atau dia sekadar berbasa-basi. "Tapi please, janganlah bah sebut nama si Mar...aku ajak kau bukan dia". Kali ini suara Asrie agak tegas sedikit tapi akhirnya dia senyum.

"Okay...kita sama-sama minta maaf", balasku sambil memandang tepat ke wajahnya. Tapi sempat hatiku melontar pertanyaan. "Kenapa dengan dorang ni...agaknya memang betullah cerita Byaem kelmarin". Aku kembali memandang wajahnya. Mulut Asri kelihatan comot sedikit, di tepi bibirnya ada kesan sos cili maggi. Aku tersengih dan ketawa kecil.

"Ui...kenapa kau ketawa ni?", tanya Asrie, keningnya dikerutkan sedikit.

"Ada sos di tepi bibir sebelah kanan, nah ambil ni", aku menghulurkan tisu padanya. Asrie mengambilnya. Tanpa sengaja dia terpegang  tanganku. Sudah pasti adegan itu menyebabkan aku tersentak dan menarik tanganku lembut. Asrie  meminta maaf. Tidak sengaja katanya.  Aku menggelengkan kepala dan cuma tersenyum padanya.

Aku tertanya-tanya dengan sikap Asrie dan cara dia melayanku. Adakah dia sengaja mahu mengujiku atau mahu mempermainkan perasaanku, atau mungkin dia sengaja untuk membuatkan aku perasan sendiri sebab dia sudah tahu yang aku menyukai dia. Macam-macam persoalan berlegar di otak juga hatiku.

"Atie, thanks ah sebab sudi sarapan sama aku hari ni...aku happy betul ni", Asrie memandangku dengan senyuman yang manis itu. "Aku happy betul....sebab hari ini kita dapat duduk sama-sama tanpa gangguan", tambahnya lagi.

"Gangguan?", aku menekankan perkataan gangguan.

"Ya lah....selalunya bila aku mau dekat dengan kau ja...mau bincangkah atau whateverlah...ada saja bah yang menghalang", jawab Asrie bersungguh-sungguh. "Kadang-kadang tu sampai aku naik geram". Lantas aku teringat insiden Asrie menumbuk meja tempoh hari.

"Hello! hello!", Asrie melambai-lambaikan tangannya di depan mukaku setelah aku terdiam. Perbuatan Asrie membuatkan aku tersenyum malu.

"Kurang asam", aku mendengus lembut. Asrie tersenyum lagi melihat gelagatku. Rasanya dia tahu aku sedang malu yang amat.

"Tambah asam", balas Asrie. Perkataan Asrie seterusnya membuat aku bertambah malu. Rasanya wajahku sudah merona merah kerana terasa bahangnya.

"Atie, aku suka tengok kau senyum...manis", Dia memujiku. Terkesima aku mendengar pujian dari sang pemilik hatiku. "Dia puji senyuman aku manis la", bisikku di dalam hati. Cis! perasan nak mampus.

"Aku ni nda makan pujian tau, lebih-lebih lagi pujian dari lelaki", aku cuba menyembunyikan rasa malu kerana dipuji begitu.

"Aku ikhlaslah...", tambah Asrie, wajahnya ada riak bersungguh. "Nota kau aku bagi masa di kelas okay".

"Okay...tapi kalau aku tiada di kelas kau simpan jak terus di beg aku ya", balasku sambil menyuakan ke mulut kuih pisang panas di depanku.

"Kau nda masuk kelaskah hari ni?", tanya Asrie, keningnya berkerut. Belum sempat aku menjawab soalan Asrie, suara Byaem mengejutkan kami. Wajah Asrie berubah.

"Nurul Atiqah...puas aku cari kau", kata Byaem lalu duduk di bangku sebelahku.

"Apahal cari aku pagi-pagi ni? Kesiannya sampai berpeluh-peluh", Aku menghulurkan tisu padanya. Byaem mengambil tisu dari tanganku. Asrie hanya diam membisu, mimik mukanya seakan tidak senang dengan kehadiran Byaem di situ. Byaem pun satu, tunggulah waktu yang sesuai; ini tidak main terjah saja sudah tu duduk di sebelah aku. Betul-betul merosakkan suasana bahagia mamat sorang ni.

"Sorry Asrie, aku kacau date kamu", Byaem memandang wajah Asrie dan kemudiannya memandang wajahku semula. "Kau ni...apa lagi mau ajak kau pergi melukislah bah....geng-geng yang lain tunggu  sudah tu" Byaem tanpa segan meminum air nescafe di depan ku. Perbuatannya membuatkan Asrie menggelengkan kepalanya dan berdiri. Aku kaget.

"Atie...aku gerak dululah....thanks ya sebab sudi sarapan dengan aku". Aku tidak tahu hendak berkata apalagi. Si Byaem telah merosak suasana bahagia itu. Geram sangat dengan Byaem tapi kasihan pun ada. Agaknya sudah kehausan sangat atau barangkali kebuluran sampai-sampai air nescafe aku pun dia terus minum tanpa izinku.

"Asrie, thanks juga sebab sudi ajak aku...belanja aku sarapan", Aku turut berdiri. Asrie cuma menganggukkan kepalanya. Aku merasa kasihan melihat wajahnya, hilang sinar pada matanya. Aku cuma mampu menghantarnya dengan mataku saat dia melangkah keluar dari kantin. Kalau ikutkan hati mahu saja aku menjerit padanya supaya jangan pergi dulu. 

Ku lihat Byaem sudah menghabiskan kuih pisang di meja. Kata Byaem aku mesti sudah hilang selera sebab merampas suasana bahagia. "Tak baik membazir, Allah marah", begitu kata Byaem yang akhirnya membuatkan aku ketawa. Ketara sungguh Byaem cuma mahu menyakat Asrie, cuma mahu menduga Asrie dengan berpura-pura terlalu mesra denganku tadi. Aku cuma menggelengkan kepala.

Hari ini aku tidak dapat masuk ke kelas, aku dan beberapa pelajar yang terlibat dalam pertandingan melukis sibuk menyiapkan lukisan. tinggal 2 hari saja lagi sebelum pertandingan bermula.

"Tie...kau taukah? ada gossip pasal kita", bagai nak pecah gegendang telingaku mendengar cerita Byaem. Aduh jika benar, mesti Asrie akan menuduh aku bohong. Padahal tadi sudahku terangkan dengan bersungguh-sungguh yang hubunganku dengan Byaem tidak lebih dari kawan biasa.

"Gossip apa lagi ni", tanyaku sangsi. Hatiku tidak senang mendengar berita ini. Tapi kulihat wajah Byaem tenang saja. "Apa lagi dorang ingat kita dua ni bercinta", Byaem memandang wajahku sekejap lalu meletakkan berus lukisannya di botol berisi air. "Lantaklah...peduli apa dengan gossip liar tu...yang penting kita tau keadaan sebenar...jangan risau..aku dah terangkan dengan Mira...cuma dengan Asrie jak aku belum cakap apa-apa sebab dia tu macam mau tumbuk muka aku bila-bila masa jak...tengok jak lah macam di kantin tadi...rasanya kalau ikutkan baran dia...lebam sudah muka aku yang handsome ni", Byaem menepuk-nepuk mukanya.

"Handsomelah sangat.....nasib baik kau nda tumbuk...syukurlah kau sudah kasi terang sama Mira...aku takut Mira sangka yang bukan-bukan...tapi aku yakin Mira nda fikir yang bukan-bukan...tapi Asrie", aku mengeluh sambil menyambung semula lukisanku. Byaem cuba untuk menenangkanku.

Jam 10.00 pagi kami berhenti rehat sekejap. Aku turun ke kelas untuk menemui sahabat-sahabatku. Waktu berjalan di koridor menuju ke kelasku, mereka kulihat sudah menungguku di tangga hujung. Aku cepat-cepat mendapatkan mereka. Bila aku sampai saja, mereka terus menerpaku dengan bertanya tentang date aku dengan Asrie tadi. Aku menceritakan dari awal hinggalah saat Byaem datang merosak suansana.

"si Byaem ni...hish! kacau daun betullah", Milah mencelah geram. "Boyfriend si Mira punya pasal lah ni" sambil mencubit tangan Mira.

"Uiii!...kenapa pula aku yang kena cubit", balas Mira sambil mencubit kembali tangan Milah. Akhirnya mereka berkejaran di koridor. Kami hanya ketawa melihat telatah Mira dan Milah.

"Atie...aku kesianlah tengok kau ni", Fahani berkata setelah kami duduk di meja kantin. Kak Yen memesan makanan di kaunter bersama Namil dan Zie. Mira dan Milah entah di mana. agaknya masih berkejaran. 

"Aku tau kau busy, tapi janganlah over sangat, nanti kau sakit pula", Fahani mengingatkan aku. Aku tahu dia berniat baik.

"Aku okaylah...memang penat sikit tapi aku mesti buat yang terbaik sebab aku dan team kami kena bagi kepercayaan penuh oleh pengetua", aku memeluk bahu Fahani. Tiba-tiba Mira dan Milah datang sambil tercungap-cungap.

"Uiii! Kami ada cerita panas ni", bisik Mira sambil tercungap-cungap. "Tadikan...Si Mar cengeng dengan Si Asrie bergaduh", cerita Mira separuh berbisik.

"Apa ni...bisik-bisik', tegur Kak Yen sambil membawa dulang berisi makanan. Setelah duduk Milah membisikkan cerita tentang pergaduhan Asrie dengan Mar, sementara Mira pula membisikkan cerita itu di telinga Namil. Semua melopong menantikan cerita selanjutnya. Akulah yang paling terperanjat. Hatiku berdebar-debar. Aku takut pergaduhan itu ada sangkut-paut dengan aku sebab pagi tadi aku sarapan dengan Asrie. Mungkin ada yang ternampak dan bertindak menjadi penyampai pada Mar.  Salah aku kerana berani  betul pergi sarapan dengan boyfriend orang.

"Padan muka si Mar. Tie...relaks jak, biar si Mar cengeng tu tau yang Asrie bukannya suka sama dia pun", Aku terkejut dengan apa yang Milah katakan tadi. Macammana Milah tau, aku memandang wajah Fahani, dia menggelengkan kepalanya membawa maksud dia tidak membocorkan rahsia yang kusuruh dia pegang.

"Milah...apa kau cakap tadi, biar betul", tanya Namil. 

"Sebenarnya... si Asrie rapat dengan Mar bukan sebab cinta tapi pasal si Mar pernah tolong dia", terang Milah. "Kes balas budi", tambah Milah lagi.

"Jadi betullah cerita Byaem", kataku perlahan. Semua memandang ke arahku. Aku kemudiannya memberitahu cerita tentang Asrie dan Mar seperti yang Byaem sampaikan padaku.

"Okay! cepat lah makan...masa rehat mau habis dah ni", perintah Kak Yen. Mereka semua makan mee goreng kecuali aku kerana masih kenyang. Aku cuma minum milo ping. Aku mengacau-ngacau Milo pingku. Di hati juga otakku sarat dengan pertanyaan. Aku sangsi.

Secret Admire Eps 17

 

Ketika Asri melintasi meja di mana kami duduk, dia merenungku dengan tajam. Dadaku berdegup kencang. Terasa canggung direnung tajam begitu. Dari riak wajah Asri, aku seakan dapat menerpa hatinya, dia seakan cemburu. Ah! sawan perasanku menyerang lagi. Aku cuba menenangkan diri bila degupan jantungku sudah mula mengalunkan irama hip hop kali ini bukan kumpulan 4U2C tetapi kumpulan NICO di selang-seli dengan irama rap kumpulan KRU lagu Awas!. Aku senyum padanya, namun aku terkedu dan malu sendiri bila senyumanku tidak berbalas. Wajah Asri kelihatan lain. Sekali lagi sawan perasanku menyerang bila aku menebak melulu mengatakan dia marah.

"Apa guna nak paksa kalau orang nda sudi sudi", Asri tiba-tiba berkata sambil mencicip cola sejuk. Mereka duduk di meja belakang kami. Aku hanya menelan liur yang terasa pahit di tekakku.

"Kau jangan mengalah, kalau betul kau sayangkan dia, kau mesti berani.  Cubalah kau agresif sikit...ini tidak kau tu pasif sangat", balas dasuki.

Entah kenapa kata-kata itu menyebabkan aku tertanya-tertanya namun sedikit lucu mendengar ayat-ayat Dasuki ketika memberi pendapat berbaur nasihat. Dia mengaplikasikan perkataan agresif dan pasif yang kami belajar tempoh hari. Aku terkedu sekali lagi bila Asrie memandangku dengan pandangan yang agak sinis. Aku jadi tidak selesa. Sepertinya aku ditelanjangkan oleh matanya yang besar itu.

"Byaem, mari kita balik". Syukur Byaem tidak banyak soal. Aku terus meluru keluar sambil Byaem membontoti aku di belakang. Aku cuba mengelak dari berada dalam situasi canggung yang bisa membuatkan jantungku keluar kerana pada saat akhir mata kami bertembung, Asrie memicingkan matanya melihat kami.  Tidak ada sekelumit senyum di bibirnya yang merah, senyuman yang selalu buat aku jadi aiskrim itu.

"Atie, aku tengok si Asrie tu macam suka sama kaulah", Byaem memecah kebisuan sewaktu kami berjalan ke pintu gate sekolah. Aku cuma memandang wajah Byeam sekilas dan senyum. 

"Macam jak"

"Uiii...aku seriuslah. Tapi, betulkan dia tu kuat menyindir. Dia tu macam cemburu kau selalu sama-sama aku", terpa Byaem. Keningnya dikerutkan sambil mengangguk-anggukkan kepalanya. Cis! cuba untuk menegakkan kebenaran pada tekaan gilanya itu. Perbuatan Byaem membuatkan aku berasa sebal sedikit.

"Kau ni Byaem...pandai-pandai jak buat tekaan songsang, habis si Mar tu dia mau letak  mana? hah! jawab-jawab. Kan dorang tu berkawan...couple", tegasku sambil mengerutkan kening dan mengangguk-anggukkan kepala meniru perbuatan Byaem yang akhirnya membuat dia ketawa lucu kerana meniru perbuatannya tadi. Akhirnya kami ketawa bersama-sama.

"Tapi Tie, kau percayakah dia lama sudah nda tegur aku. Rasanya start dari kita selalu jalan sama-sama sampai sekarang ni. Mula tu aku ingatkan pasal kes bergaduh hari tu, tapi bila fikir balik aku perasan  dari hari kita selalu bersama  untuk kasi siap lukisan".  

Pengakuan Byaem buat perasaan tertanya-tanyaku semakin kuat. Kasihan Byaem. Pening pula bila otakku ligat memikirkan hal ini. Asrie memang lain sikapnya sejak kebelakangan ini. Ah! sawan perasanku datang lagikah?.

Kami masih lagi berdiri di depan pintu gate. Syukur cuaca agak redup kalau tidak memang dah jadi makanan matahari petang. tiba-tiba Byaem berkata sesuatu yang  benar-benar menimbulkan rasa ingin tahuku.  Meluap-luap rasa ingin tahun itu.

"Atie....aku cakap ni bukan bertujuan nak buruk-buruk mana-mana pihak okay! Sebenarnyakan hubungan Asrie sama Si Mar tu ndalah seserius yang kau sangka. Si Mar tu jak yang lebih-lebih. Aku rasa Asrie Asrie layan si Mar sebab mau balas budi", Kata Byaem sambil menarik lengan t-shirtku membawa aku duduk di pondok pengawal.

"balas budi?"tanyaku cuak, Byaem senyum dan menyambung bicaranya semula.

"Tahun lalu kami kena ikut rombongan lawatan form five, Asrie ada masalah duit. Dia nda dapat nak bayar yuran...so si Mar pinjamkan dia duit, sejak dari tu, dorang selalu sama-sama. Tapikan...Si Asrie sudah bayar balik duit yuran lawatan tu. 

Aku terkejut dengan cerita Byaem. Aku cuma mampu mengeluh berat. Dadaku terasa sesak. Hati dan mindaku berbolak-balik samada mahu percaya atau tidak. Ah! masakan Byaem sengaja menjual cerita. Aku pasti Byaem tidak membuat cerita kosong.

"Aku nda pastilah samada Asrie ada declare dengan si Mar ataupun tidak". sambung Byaem lagi.

"Sudah declarelah kali tu". Aku berdiri dan mengajak Byaem pulang.

"Atie...kirim salam sama Mira", pinta Byaem sambil senyum simpul. Aku senyum dan mengangguk. Ceh!cara percintaan mereka berdua sangat comel, cuma lewat kirim salam dan nota-nota kecil yang pastinya aku adalah posmen mereka. Aku berjalan balik menuju ke asrama perempuan membawa hati yang sarat dengan pertanyaan dan rasa ingin tahu kebenaran cerita Byaem tadi.

"Assalammualaikum", aku memberi salam selepas menyimpan sandleku di rak kasut. Fahani sedang duduk membaca buku di bawah kipas syiling di ruang tengah dorm kami.

"eh...lewatnya Tie, 5.30 baru balik?", tanya Fahani, riak wajahnya sedikit hairan. Aku meminta maaf atas kelewatanku dan memberitahu sebab lewat sedikit hari ini. Fahani juga merasa cuak dengan ceritaku. Namun aku menyuruhnya supaya merahsiakan dulu hal ini dari kawan-kawan yang lain. Tiba-tiba Kak Yen memberi salam sambil membawa beberapa bekas kontena di dalam plastik.

"Tie...pergilah mandi dulu...sorrylah kami semua mandi dulu tadi...sebab tunggu kau lama sangat...sampai turn sudah. Tapi jangan risau...si Far sudah tolong kasi tadah air untuk kau. Sana tandas nombor 3". Kata Kak Yen lembut.

"Nda pa Kak Yen. Far...thanks ya...tolong aku tadah air". Fahani cuma tersenyum dan menjawab okay. Aku terus menyimpan begku di katil dan mengambil towel dan menbentangkan towel itu di katil. aku membuka almariku dan mengambil t-shirt warna biru dan seluar panjang hitam, pakaian dalam, pad dan kemudian meletaknya di atas towel lalu melipat dengan cara menggulungkan towel pada pakaianku. Aku mengambil baldi kecil tempatku menyimpan peralatan mandianku dan bergegas turun ke bilik mandi di tingkat bawah.

Ketika aku sampai ke bilik selepas siap mandi, Kulihat Fahani sudah menyusun kontena di ruang tengah bilik kami. Rupanya Kak Yen, Milah dan Namil sudah ambil makanan di kontena. Hari ini kami makan di bilik.  Setelah semua sudah duduk untuk makan, Kak Yen menyuruhku membaca doa makan. Sambil makan kami bercerita mengenai hal-hal yang terjadi semasa di sekolah tadi.

"Mira...Byaem kirim salam", wajah Mira merona merah. kami ketawa melihat Mira yang tersipu malu

"Wah! Mira, ini sudah bagus.  Malu-malu lagi", Milah mengusik Mira.

"Eleh! kau tu dengan si Nordin, macamlah nda bagus" balas Mira tidak mahu kalah. Padahal hal percintaan Milah dengan Nordin sudah lama. Kami ketawa bila Mira cuba mengenakan Milah dengan Nordin pula.

"Woi Mira...itu dah lapuk daa", balas Milah meniru cara Sudin dalam Bujang Lapok. Kami ketawa lagi bila Mira kalah dalam pergaduhan ala-ala manja itu. Mira merengus pura-pura marah dan merajuk bila dia menjadi bahan ketawa kami.

Selesai makan, aku dan Fahani menawarkan diri untuk turun mencuci kontena. Setelah semuanya selesai, aku dan Fahani duduk di ruang tengah bilik kami. Yang lain sudah bergegas ke surau untuk solat maghrib. Kebetulan Fahani juga uzur. kami mengambil kesempatan itu untuk bercerita mengenai hal Asrie dan Mar. Tanpa sedar kami tertidur dan cuma tersedar bila kawan-kawan yang lain memberi salam.

Lonceng belajar malam berbunyi nyaring. setelah semua sudah bersedia untuk turun prep malam, Kak Yen menutup lampu dan kami bergegas turun ke dewan. di dewan kami menumpukan perhatian untuk mengulangkaji pelajaran. kami berbincang bersama pada mata pelajaran yang agak susah untuk difahami. terutamanya matematik. nasib baik ada Zie, dialah tempat kami meminta tunjuk ajar terutama rumus matematik. Aku memang tabik dengan otak si Zie ni. salute aku.

Lonceng berbunyi lagi menunjukkan tamat prep malam. Kami mengemas buku dan bersedia untuk minum malam. Hidangan supper sudah tersedia di hujung dewan makan. Hari ini suppernya kueh karipap, kueh favourite satu asrama. Kena cepat bergerak sebab kalau lambat kempunanlah jawabnya. Setelah supper kami beramai-ramai turun ke tandas untuk mencuci muka.

Aku membaringkan tubuhku di katil yang telahku huni hampir setahun. penat sungguh rasanya hari ini. namun kepenatan itu tidak membuatkan mataku untuk lelap, malah otakku ligat memikirkan cerita Byaem petang tadi. Fikiranku melayang-layang ke peristiwa di kantin petang tadi. Aku memasang walkman kesayanganku. namun lagu2 dendangan Mariah Carey langsung tidak menarik hatiku untuk mendengarnya, yang tergiang adalah kata-kata Byaem petang tadi. "hubungan dorang tu nda serius, si Mar saja yang selalu lebih-lebih". kata-kata Asrie dan Dasuki lewat perbualan mereka di kantin petang tadi juga terngiang-ngiang di telingaku. "Sebenarnya siapa yang dorang maksudkan...akukah?", bisik hati kecilku. Ahh! bilalah sawan perasanku ini sembuh. Akirnya aku mengantuk juga setelah terkontang-kanting beberapa lama, aku menutup walkmanku dan tanpa sedar akhirnya aku tertidur.

"Tie, bangun", Fahani menggoyangkan bahuku mengejutkan aku dari tidur. Fahani juga membangunkan kawan-kawan yang lain. Setelah semua sudah bangun, kami terus menuju ke bilik mandi di tingkat bawah. Tiba-tiba aku teringat janjiku pada Asrie. Hatiku tertanya-tanya adakah dia masih mahu melunaskan janji yang kami buat kelmarin setelah insiden kurang senang di kantin itu. Aku akhirnya buat keputusan untuk tetap pergi ke kantin sepertimana janji yang sudah dibuat, samada Asrie datang atau tidak. sekurang-kurangnya dipihak aku, janji itu sudah kupenuhi.

Selesai mandi aku cepat-cepat mengenakan pakaian saragam sekolah. Hatiku sedikit gementar dan curiga. Aku memberitahu sahabat-sahabatku yang Asrie membawaku untuk sarapan bersama di kantin. Mendengar sahaja pengakuanku tentang betapa awalnya aku bersiap untuk ke sekolah, aku menerima usikan bertubi-tubi. Fahani paling lebar senyumannya. Yang lucu masing-masing hendak menyiapkan aku dengan sempurna, masing-masing offer perfume "impaulse" kesukaan mereka. Ha!ha!ha! lucu sangat, padahal aku cuma mahu bersarapan dengan Asrie. 

Agaknya, kalau aku keluar makan malam, apa yang bakal sahabat-sahabatku ini akan lakukan padaku. Aku mula membayangkan fesyen-fesyen terkini tahun 1995.  Ala-ala As feminin. Aku cuma senyum sambil menggelengkan kepala melihat telatah mereka. Setelah memakai kasut, aku meminta diri untuk jalan duluan ke sekolah. Sepanjang perjalanan ke sekolah, hatiku berdebar-debar memikirkan kemungkinan-kemungkinan yang bakal berlaku. "dia datangkah?", soal hatiku.

Secret Admire Eps 16

 

Aku tidak dapat menumpukan perhatianku pada lukisanku. Padahal pada kebiasaannya, kalau aku berada dalam dunia lukisanku aku selalunya leka dan berada dalam dunia itu tanpa sedar keadaan di sekelilingku. Hatiku tertanya-tanya apakah erti tindakan Asri tadi. Aku hairan betul dengan respondnya terhadapku akhir-akhir ini. "Arggghh...Asri ada masalahkah? Entahlah".

"Atie, kau sakitkah?", tanya Byeam membuatkan aku terkejut.

"puuuhh...semangat", Byaem tersengih melihatku yang agak terkejut.

"Ndalah...sebenarnya aku melamun fikirkan hal dunia", balasku sambil tangan ligat meneruskan lukisanku yang terhenti tadi.

"Ceh! hal dunialah kunun. Aku rasa si Asrie suka kau.  Hari tu masa di asrama kami ada bergaduh sebenarnya",

Aku terkejut dengan pengakuan Byaem. Aku berhenti melukis dan meletakkan berus pada papan lukisanku. 

"Kamu bergaduh?". Rasanya mukaku agak cuak sedikit, kerana Byaem tiba-tiba saja tersenyum dan meletakkan berusnya pada papan lukisannya juga.

"Dia sindir aku", 

"Dia sindir apa" Rasa ingin tahuku memuncak.

"Dia cakap aku ni macam mesin pecantas...suka cantas bunga, rumput segala" cerita Byaem sambil tersengih yang padaku macam kerang busuk.

"Jap-jap...napa pula hal segala mesin pecantas tempat kamu bergaduh?" tanyaku.

"kiasan bah, kiasan.  Kau pura-pura nda faham ni kan? tanya Byaem sambil jari telunjuknya di acukan ke mukaku.

"Nanti kau cop aku cepat perasan pula, kalau aku sangka kunun kau potong jalan dia mengurat aku". jawabku.  keningku sengaja dikerutkan.

"Jangan risau, sangkaan kita sama.  Aku pun rasa dia ingat aku mau potong jalan dia" jawab Byaem  sambil ketawa.

"Habis kau cakap apa...?", tanyaku cuak, pasti mukaku menunjukkan rasa ingin tahu yang membuak-buak.

"Aku cakap, lebih baik jadi mesin pecantas dari jadi orang bisu...at-least mesin pecantas tu ada juga faedahnya...tolong cantas bunga sama rumput", kata Byaem masih dengan mukanya yang selamba sambil tangannya mengambil semula berus lukisannya.

"Buduh". Kataku sambil ketawa menyembunyi rasa.  

"Nasib baik dorang si Julie sabarkan si Asrie, sebab aku tengok dia macam mau tumbuk aku sudah", tambah Byaem lagi.

Kali ini aku betul-betul cuak, terkejut dengan tindakan Asrie. Dadaku terasa bedebar-debar bila mengingat aksi Asri menumbuk meja tadi. Rasanya kalaulah Asri tumbuk Byaem hari tu, mahu lebam lembik si Byaem ni. 

"Syukurla kamu nda bertumbuk, kalau nda maunya kau lebam-lebam sudah sekarang ni...dan yang paling bikin susah mesti jadi kes, kena panggil warden, pengetua". 

" Ya...aku jak lah yang lebam, dia nda?"

"Iya... kamu dua-dualah bah nanti berlebam.  Jadi kes". Byaem cuma ketawa mengekeh mendengar omelanku. Suasana diam selepas itu. Masing-masing sibuk meneruskan lukisan.

"Atie, kalau kau penat, rehatlah", kata Byaem memecah keheningan. Mungkin kerana Byaem melihat aku beberapa kali memicit tengkukku dan juga keningku.

"Ndapalah Byaem, aku okay jak ni...lenguh sikit jak". kataku lembut sambil memandang Byaem. "Lagipun masa pertandingan hampir sudah".

Lonceng pulang berbunyi, Aku dan Byaem bergegas turun ke kelas masing-masing untuk mengambil beg. Sampai di kelas, kulihat Mira dan Namil juga sedang sibuk menyusun buku.

"Mil, boleh tolong bawa buku aku?" pintaku lembut.

"Boleh bah, Tie kau nda balik hostelkan?" tanya Mira. Aku cuma menggelengkan kepala sambil cakap "Nda".

"Okay Tie, kami jalan duluan ya", kata Namil sambil menepuk bahuku.

"Tie, si Asrie tengok kau", bisik Mira di telingaku. Aku tersenyum malu.

"Hai, aku pinjam nota kau ah!", kata Asrie sambil menunjukkan buku notaku di hadapanku. Mira dan Namil mengenyitkan mata dan memberi isyarat yang mereka balik duhulu.

"Asri, boleh aku pinjam nota kau?", tanyaku sambil tersenyum paling cute kukira. Sebab hatiku tiba2 berbunga riang. Kalau ada mesin pengesan wangian, sudah pasti mesin itu mengeluarkan bunyi yang kuat.

"sure", kata Asri sambil tersenyum manis. Senyuman yang untuk ke sekian kalinya buat aku jadi aiskrim. Asrie menyerahkan buku notanya.

"Thanks ya, Asrie aku naik atas dulu, mau siapkan lukisan", kataku sambil senyum sekali lagi, Padahal kalau ikutkan hati mahu saja aku melekat sekejap di depan Asri, menatap wajah dia yang putih dengan matanya yang sedikit besar. Ketika aku berada lebih kurang 10 meter daripadanya, Asrie memanggil namaku. Langkahku terhenti dan secepat kilat aku menoleh pada Asrie. Ceh!Pantang betul aku kalau admire yang panggil, memang cepat betul tindak-balasku...he!he!he!. Cuma untuk tidak nampak ketara sangat yang aku excited bila dia panggil begitu, aku pura-pura tidak mendekatinya.  

"Atie...bila kita boleh minum di kantin sama-sama lagi?" tanya Asri separuh menjerit.

"Bila-bila saja kau sudi", balasku separuh berteriak juga. Nasib baik ketika itu tidak ada sesiapa di kelas tingkatan 3 dan di kawasan koridor. Paling penting tidak ada pengetua, guru-guru atau pengawas...he!he!he!

"Apa kata aku belanja kau sarapan besok?", tanya Asri lagi.

"Okay...boleh".  Aku tersenyum gembira. Terasa bahagia sangat. Aku melambaikan tanganku pada Asri dan dia membalas lambaianku. Aduh...bahagia sangat. Sekali lagi hatiku berbunga-bunga riang.  Aku naik semula ke atas dan meneruskan lukisanku. Byaem masih belum sampai. Mungkin dia masih solat dan makan. Aku pula uzur jadi tidaklah perlu begegas untuk solat. 

Tiba-tiba Byaem muncul di sebelahku, aku cuma tersenyum padanya, syukur dia tidak melihat senyuman angauku tadi. Tanpa banyak bicara kami meneruskan lukisan masing-masing. Aku melukis dengan penuh bersemangat sekali. Terasa gembira dan bahagia mengenang saat-saat tadi, mengingat janji yang kami buat tadi. Zup! tiba-tiba aku teringat pada ikrar dan janji yang kubuat pada diri sendiri. Aku tersenyum sendiri. "Aduh...kalau ini macam bisa luntur janjiku ini", bisik hati kecilku. Aku tersenyum lagi tapi curi-curi takut kedapatan sama si Byaem. Tanpa sedar, setelah beberapa jam berlalu aku berjaya menyiapkan lukisanku. "emmm! Syukurlah, tinggal satu saja lagi. Fuhh...leganya". Aku mengemas peralatan lukisanku dan meletakkan ke dalam begku.  Aku rasa aku sudah mungkir janji pada ikrarku.

"Byaem, mari kita pulang", ajakku sambil meletakkan tali begku di bahu. Ketika kami keluar dari bilik Pendidikan Seni, pelajar-pelajar putera sudah pun keluar bermain bola tampar di gelanggang.

"Atie, jom kita minum di kantin jap" ajak Byaem. Aku hendak menolak tapi Byaem menarik beg sandangku. Mahu tidak mahu aku terpaksa mengikut saja. Setelah mengorder minuman tiba-tiba Byaem berkata sesuatu yang mengingatkan aku pada Asrie.

"Atie...aku pandai menilik tau, mari aku tilikkan tangan kau" kata Byaem sambil memintaku menunjukkan tapak tanganku. 

"Tiliklah kalau kau terror sangat", Aku menggerak-gerakkan tanganku di hadapannya.

"Byaem melihat tapak tanganku.  Jari telunjuknya berpusing-pusing mengikut arah jam sedikit tinggi di atas tapak tanganku.  Keningnya berkerut-kerut, berlagak nak jadi Ahli  Nujumlah tu. Cis! terror sangatlah konon.

"Errmmm...bakal suami kau nanti orangnya handsome, putih, mata besar tapi sayang kuat menyindir" kata Byeam sambil mengangguk-anggukkan kepalanya. Mendengar tilikan Byaem, benar-benar membuatkan aku geli hati. Sah-sah dia menyindir aku. Kurang asam betul si Byaem.

"Kurang asam kau Byaem...kau kasi kena aku ah", kataku sambil ketawa. Tiba-tiba...

"ehem...ehem...ehem". Aku menoleh ke belakang, dan terkejut.

"Dash...Asri, aku cepat-cepat menarik tanganku. Mata Asri tajam memandangku...macam helang.  

Secret Admire Eps 15

 

"Hari ini cikgu nak umumkan nota yang paling terbaik, dan nota terbaik bulan ni ialah Nurul Atiqah dan Mohammad Asri". Aku berdiri sambil memandang pada Asri yang juga turut berdiri, dia tersenyum padaku. Cikgu Yassir meneruskan pengajarannya selepas mengumumkan nota terbaik bulan ini. Kata cikgu Yassir, dia bukan berniat untuk mendera pelajarnya membuat nota, tetapi salah satu cara dia untuk membentuk palajarnya. Cikgu Yassir kata, ini teknik paksa rela supaya kami rajin baca buku nota dan salah satu teknik supaya kami terbiasa menulis esei. Rasanya teknik cikgu Yassir ni berkesan juga. Sebab setiap kali dia menuruh kami membuat nota, kami akan bertungkus lumus menyiapkannya dan berusaha menjadi penulis nota terbaik...hehehe!

" Baiklah, sekarang cikgu nak umumkan markah ujian ekonomi minggu lalu, Tahniah! Awak semua lulus...macam ni lah yang bagus, dari segi pencapaian...cikgu rasa bangga sebab secara puratanya keputusan awak semua ada peningkatan". 30 minit sebelum masa cikgu Yassir tamat, kami habiskan dengan mengumumkan markah bagi semua pelajar dan membuat pembetulan pada kertas ujian. Setelah cikgu Yassir keluar dari kelas, Mira menguis tanganku.

" Tahniah, Atie", Asri menghulurkan tangannya.

" Tahniah untuk kau jugak", Asrie tersenyum manis padaku. Senyuman dia yang bikin cair. Kalau begini, sawan gabraku bakal menyerang pada skala 10. Aku rasa dia perasan yang aku malu sebab aku rasa pipiku panas.  Sebenarnya aku agak terkejut kerana kelmarin dia begitu  galak kepadaku.  aku juga agak galak kepada dia kelmarin.  

"Kita belajar sendiri, cikgu Alwi ada hal yang tak dapat dielakkan. dia nda dapat masuk kelas, tapi dia pesan supaya kita jangan bising" Bakri menyampaikan pesanan cikgu Alwi.

" Yahoooo!", Julie bersorak gembira. Kami semua ketawa melihat gelagat Julie. Rasanya semua pelajar gembira bila dapat peluang begini sekali-sekala. Kami mengambil peluang ini dengan membuat hal masing-masing. Tiba-tiba mira mengadu sakit perut.

" Mari bah kasi kawan aku pi tandas, aku mau melabur". Aku dan Namil ketawa.

" Marilah Tie, kita kasi kawan si Mira ni...nanti tecirit pulak dia di seluar",

" Bah mari. Kesian pula tengok muka dia tahan cirit". Mira cuma merengus, membuatkan Aku dan namil makin ketawa.  Tiba-tiba sawan gabraku datang, satu suara menyapaku dari belakang.

" Atie, boleh aku bincang sikit sama kau kejap?"

" Tie, kau bincanglah...biar aku jak kasi kawan Mira", kata Namil sambil senyum. Senyuman yang sudah kufaham benar maksud tersiratnya. Mira sempat bagi pesanan maut pada Asri. Membuatkan Asri tersenyum cute. Senyuman yang selalu buat aku cair macam aiskrim.

" Asrie, kau tolong jaga baik-baik kawan kami ni ah!"

"Orait...wajib", Asrie tersenyum lagi. Aku membesarkan mataku pada Mira dan Namil. Mira sempat mengenyitkan matanya padaku sebelum pergi ke tandas.

Asrie menarik kerusi dan duduk di hadapanku. Duduk berhadap-hadapan dengan dia buatkan sawan gabraku menyerang lagi. Aku cuma mematungkan diri. Suaraku agak malu-malu kucing untuk keluar. Dalam 5 saat awal kami cuma berpandangan sesama sendiri. Baru saja Asri hendak bersuara, tiba-tiba Byaem datang. Wajah Asri berubah.

" Atie cepat, kita kena pergi ke tempat pertandingan tu".

" Oh! sekarangkah? okay kejap ya".  

" Sekaranglah.  Aku tunggu kau di luar". Byaem mengangkat tangan kanannya kepada Asrie.  Tanpa reaksi balas daripada Asrie.  Byaem cuma mengangkat bahu sebelum mengangkat tangannya kepada Dasuki dan Julie.

"Okay Byaem....jap ya".

" Asri...sorry, aku kena pegi tempat pertandingan, nanti aku balik kita sambung perkara yang kau mau bincang tu ya"

"Okay".  Perlahan saja suara Asri. Wajahnya berubah. Aku melangkah keluar kelas ikut pintu belakang.  Ketika aku menoleh, Asrie tumbuk meja Mira. Ketika aku hendak keluar dari kelas, aku sempat melihat Dasuki dan Julie menepuk-nepuk bahu Asrie. Aku terdengar Dasuki menyebut perkataan 'sabar'. Asri memandang ke arah kami dengan wajah yang keruh.


Secret Admire Eps 14


 
"Etseh...si Atie  jadi ahli Kelab Melukis, bestlah kau Tie...gua tabik lu"

"Alah kau ni Far, puji lebih-lebih"....

"Ya lah...bukan dia lagi tu yang mau join Kelab Melukis, kena offer ikut pertandingan", Kak Yen menepuk bahuku.

"orang pandai melukislah katakan", Milah pula mencela.

"kamurang ni kan....puji lebih-lebih, tapi sorrylah geng...aku tiada duitlah mau derma sama kamu. Jomlah kita gi makan, aku laparlah".

Kami terus pergi ke dewan makan. Tengahari itu kami makan sambil menceritakan hal masing-masing yang berlaku semasa di sekolah tadi. Aktiviti "flash back" ini memang normal bagi semua.  

"Aku tengok si Asrie tu  lain macam sudah sama kau Tie", komen Kak Yen

"Ishh! Tiadalah. Kak Yen ni pandai-pandai jak". Kulihat Fahani cuma tersenyum. Aku sangsi. Entah apa makna senyumannya pun aku tidak tahu. Malas hendak bertanya dan bosan dengan jawapan skema Fahani..."adalah".

"Far...kau ni senyum-senyum napa?", tanya Kak Yen.

"Ia bah....senyum ada makna ni tau, Milah mencelah sambil bibir terherot ke kiri.

"heii...salahkah aku senyum-senyum?", tanya Fahani sambil mengerutkan dahinya.

"Alamak! aku lupalah...aku mau cepat ni, petang ni kami mau start melukis sudah, tinggal 2 minggu jak lagi".

Aku meminta izin dari member-memberku untuk gerak lebih awal. aku terus membuang sisa nasi di tong sampah dan naik ke dorm. Aku mengambil towel dan baldi kemudian turun ke tandas untuk mandi. Syukur aku sudah tadah air pagi tadi sebelum ke sekolah. Siap mandi aku terus mengenakan seluar track hitam dan Baju T-shirt lengan panjang berwarna perang.  Aku memakai sedikit bedak cina di mukaku dan memakai tudung. Aku mengambil alatan melukis dan terus pergi ke sekolah.

Sampai saja di sekolah, Byaem sedang menungguku di pintu pagar. Aku tersenyum melihat dia kerana teringatkan Mira yang memintaku menyampaikan salamnya pada Byaem.

"Woi! panas ni...napa kau nda masuk dalam sekolah", tanyaku sambil meletakkan art-workku di atas kepala kerana silau.

"Saja aku tunggu sini...aku nampak kau mau sampai sini sudah tadi"...

"Mira kirim salam sama kau"

"waalaikummussalam...kirim salam balik sama dia, mari aku tolong kau bawakan barang-barang kau ni"...

"Ndapalah...bukan berat pun". Byaem ni gentlemen orangnya dan lucu juga. Selalu saja celotehnya membuatkan aku ketawa. Aku senang dan suka berkawan dengannya. Berjalan beriringan dengan Byaem membuatkan aku membayangkan Asrie yang sedang berjalan denganku sekarang. "Ah...nda mungkinlah", bisik hati kecilku.

Ketika melalui kelas komputer kami terserempak dengan Asrie. Melihat dia membuatkan dadaku berdebar laju. Baru saja aku mengingat dia tadi, tiba-tiba dia muncul di hadapanku.

"Hai Asrie", aku cuba untuk mempamerkan senyuman yang paling cute sekali.

"hai...datingkah?", Pertanyaan dia membuatkan aku terkesima.

"Awas Byaem, kau tu pengawas", kata Asrie. Nadanya seperti mengugut dan dia merenungku dengan tajam. Keadaan jadi agak tegang selepas itu. Aku pula, terdiam mematung di antara kedua lelaki itu.

"Cakap baik sikit Asrie, lagipun kalau aku mau dating dengan Atie pun, apa kau peduli...kan Atie?", bentak Byaem.  Sampai bahagian ini, aku rasa Byaem sengaja nak panaskan Asrie.

"Emmm...memang pun". Wah! Aku hairan sendiri kerana mulutku lancar menjawab selamba begini, yang pasti aku sengaja. Entah kenapa aku sendiri pun tidak tahu. Menyesal pun ada juga.  Asrie memandangku dengan tajam sekali lagi. Sinis yang membuat aku terpaku.  Padahal pagi tadi, kami okay saja.  

"Sudahlah tu, mari Byaem kita pi mesyuarat". Tidak mahu suasana tegang itu berlarutan.  Asrie memandangku seketika sebelum meninggalkan kami di situ. Mukanya kelihatan sedih dan kecewa. Ah! sawan perasanku ini. Sebenarnya aku tidak pasti  apa sebenarnya ekspresi di wajah dia. Aku hairan dan tertanya-tanya dengan sikap dia hari ini.




Secret Admire Eps 13

 
"Kau tau juga kan Mira, pasal pertandingan melukis antara sekolah-sekolah tu, jadi dorang suruh aku ikut melukis", terangku pada Mira yang tertanya-tanya dari tadi. Mira menganggukkan kepalanya.

"Mira, mana dia?",

"entahlah, lepas dia tanya pasal kau tadi dia terus keluar...ermmm...escape la tu".

"Pi mana la dia ni?'.  Pertanyaan itu kubiarkan tergantung dalam hati. 

Pelajar putera selalu sangat buat kerja tidak berfaedah ni.  Mentang-mentanglah masa sebelum rehat ni cikgu Alwi terpaksa tinggalkan sebab pengetua panggil, dorang pun terus escape. Aku melihat ke arah mejanya yang kosong. Hatiku berdebar-debar bila mengingat janjiku dengan Asrie. Kringgggggg!!!!! lonceng masa rehat berbunyi. Hatiku berdebar lagi.

"Boleh kita pergi sekarang tuan puteri?". Tuan Puteri apa muka macam ni, bisikku di dalam hati.  Saat itu juga, aku biarkan aku perasan sendiri. Berlagak bak seorang Puteri yang comel dan dia pula akan kujadikan Sang Putera yang kacak.

Soalan itu menyebabkan aku tersenyum. Nasib baik ketika itu, Mira dan Namil berada di tangga belakang berhampiran pintu hujung kelas kami menunggu member yang lain. Hendak sampaikan beritalah  tu, yang aku akan pergi makan di kantin dengan Asrie. 

"Sekejap tuanku, beta hendak maklumkan kepada sahabat-sahabat beta dulu".

"Dipersilakan tuan puteri, beta sedia menunggu di sini".  Akhirnya ketawa kami pecah.

"Alahai...runtuhlah pendirianku kalau berterusan begini", bisikkan di dalam hati. Setelah memberitahu member-memberku, aku terus mendapatkan Asrie yang setia menungguku di pintu depan kelas kami. Dia tersenyum manis bila melihatku dan aku membalas senyumannya. Uh!...bahagia. Ikrar cintaku hendak gagalkah ini?

"Asrie, si Mar nda marahkah kau pi sarapan sama aku ni? nanti nda pasal-paal tercetus perang dunia ketiga". Asrie tidak menjawab pertanyaanku. Dia cuma tersenyum sambil memandangku seketika.   Perasaan bersalah pada Mar datang lagi.  

"Makcik, bagi milo pink dua...nasi lemak dua", Asrie mengorder makanan.

 "Macamana kau tau makanan kegemaran aku ni?"

"Aku pandai meningu, tilik tangan pun pandai".  

"Bah! kalau camtu cuba kau tengok siapa bakal jadi boyfriend aku?".  Saat ini, aku sendiri tidak tahu kenapa aku jadi berani begitu.

"Ermmm! Orangnya handsome, cute macam aku ni"

"Perasan", aku tergelak padahal dalam hati seribu kali mengiakan bahawa dia memang handsome dan cute.

"Huruf awal nama dia A", kata Asrie lagi.

" Huruf kedua, apa pula", aku ketawa lagi. 

"Huruf kedua, S", . Aku kerut kening.  Asrie  tanya lagi.  "kau mau tau huruf akhir?"

" Mari saya teka, E kan?".  Aku terus ketawa sebab aku tahu dia maksudkan diri dia...dan itu membuatkan aku malu sebenarnya.  Selain menutup sawan perasan.

"Tet...betul".  Tiba-tiba Asrie berkata sesuatu yang membuatkan aku tersipu malu".

"Kau ada lesum pipit dan gigi sulai rupanya kan, Tie", kata Asrie sambil merenungku.  Aku rasa, aku sudah terlebih senyum dan ketawa depan dia hari ni. Gila betul.

"Cute sangat", katanya lagi.

Kali ini aku berani untuk menentang matanya, saat ini aku sendiri surprise sebab sawan gabraku tidak menyerang. Dia tersenyum manis, sekali lagi. " penggoda iman betullah dia ni", kataku di dalam hati. Makanan yang diorder smpai. Asrie mempelawaku makan, dan ketika aku hendak menghulurkan wang untuk membayar harga makanan kami, dia menepis tanganku dengan dompetnya dan menyerahkan duit dia pada makcik kantin.

"Hei...patutnya aku yang bayar".  Kataku sambil mengerutkan keningku.

"kan...aku yang bawa kau sarapan dengan aku'

"ya la..tapi aku kan mau minta maaf dari kau"

"Nda pa, nanti kita sarapan sama-sama lagi, kau pula yang bayar pula, okay? sekarang kita makan dulu". Asrie senyum dengan pandangan matanya yang redup. Di dalam hati aku tertanya, "akan ada kedua kalikah?".

Kami makan dengan berselera sekali, aku perasan yang Asrie begitu ceria sekali. Aku? Rasanya akulah manusia paling ceria di bumi kala ini. Setelah agak diam menikmati makanan, aku tiba-tiba memecahkan suasana dengan pertanyaan yang aku sendiri benci untuk bertanya pada Asrie.

"Asrie, Mar nda marahkah kalau dia tau  aku sarapan sama  kau ni?"

"Entah...lagipun aku mau makan dengan kau...nda juga salah bah kan?"

"Ermm! sebenarnya salah".  

"Bolehkah. kita jangan sebut nama dia dulu.  Lagipun, tiada apa-apa yang perlu dirisaukan dan tiada siapa yang bersalah dalam hal ini".

"Mana-mana la, yang penting jangan sampai kamu gaduh sudah la".  Asrie cuma tersenyum padaku.  Aku pula tidak mahu merosak suasana bahagia ini.

Selepas makan kami terus berjalan beriringan menuju ke kelas. Sampai di kelas, kulihat Byaem sudah pun menungguku.

"Atie, kita ada mesyuarat sekarang". kata Byaem.

"ooh...okay, jap ya, aku ambil buku nota kejap.  kau tunggu aku di luar".  Asrie memandang kami dengan kerutan pada keningnya.  

"Asrie...thanks ya..belanja aku makan hari ni...nanti lain kali aku pula yang belanja kau...aku minta maaf sekali lagi pasal perangai aku kelmarin. Aku pi mesyuarat dulu..bye". Asrie tidak menjawab dia hanya memandangku dan tunduk. Dia mengepal penumbuk. Aku sangsi campur hairan.

Dimeja kopimu

Aku ingin menutup semua gerbang inderamu menghalangmu dari setiap sudut di balik pintu biar tak ada cahaya yang menembusi hingga kau tenggel...