Thursday, March 29, 2012

Makna di sebalik benda: Simile, Metaphore or what


Mode: Am I Miss You a Lot or I am Miss You a Lot
Jam: 9:45 pm
Kondisi Perut: Masih Mengidam Aiskrim Magnum

Things and its Meaning behind

Rainbow - see the miracle? odds colours came together to build a better picture.
Night - My life without your sunny smile.
Energizer Battery - Full of positive energy even i can see a glimpse of us together in future.
Mosque - Keep on hoping for tomorrow happiness.
Handyplast - To cover your broken heart, to hide your secret.
Clock - The clock is ticking, as steady as my heart beating.
Ulam - Good for your heart and soul.
Cough Syrup - I'm overdosed with your beautiful inner self.
Pillow - Will hug you forever and ever.

------------------------------------------------>from novel: Hak Cinta Terpelihara...LYNN DAYANA

Macam sweet macam lawak macam romantik.....hehehe!!! Nah...sapa2 yang tengah fikir nak ayat gf/bf, dah nak pitam fikir cara pujuk gf/bf, otak dah karat babas fikir cara nak describe perasaan korang pada gf/bf korang tu, bah...apa kata korang try cara ni....tengok bole layan ka tidak??? caranya senang saja, send MMS gambar2 berkenaan beserta ayat penyata...ahaks!!! tengok respond gf/bf korang.  Wa rasa, cara ni paling ngam dipraktikkan oleh BF...sure punyalah gf korang akan rasa korang ne romantik gila.  Trust me, girl/wanita yang hati batu pun leh tercair jugak bila korang guna cara ni-untuk kes girl/wanita hati batu, wa nasihatkan korang hantar banyak kali and fikirkan pix2 yang lebih kiut dan ayat2 yang lebih dramatik-budak yang ambil art/sastera takkan tak leh buat ayat simile dan metafora dan personafikasi, time ne la nak praktis ilmu sastera korang-kurang2 berkat juga hasil ajaran cikgu sastera korang tu.  Harus diingat, jangan pula korang MMS pix2 yang tak senonoh.  Sila jangan tunjukkan kebodohan anda...(>________<).

Lie To Me

Mode: Lumangad Oku Dika
Jam: 3:46 pm
Kondisi Perut: Masih mencari Aiskrim Magnum


What should i do? I really need a magic wand today, and yet the magic word...huh!!! I Miss You So Much......I am the "Silent Screamer" ....coz i can't vomit all those words to you....i just can yell its in my heart!!!


Love just come to me as a lie
Then the lie become love
Then we learned that sometimes within the lie
There hides a truth that is more passionate then reality.......( A quote from KD's "Lie To Me")

Wednesday, March 28, 2012

Langadon Oku Miampai Dika

Mode: Lumangad Oku Dika
Jam: 3:36 pm
Kondisi Perut: Mau Makan Aiskrim Magnum

Aku harus mengaku dan membuat pengakuan tulus.  Ya...aku rindu betul dengan dia.  Terpaksa berpura-pura tidak rasa itu dan ini setiap hari membuatkan aku semakin bijak berlakon.  Kepada Allah aku luahkan rasa rindu itu.  Semoga Allah menitipkan rasa rinduku itu di hatinya, semoga dia dapat merasakannya.

Thursday, March 22, 2012

Hadapi Dengan Senyuman acousticed by Encik Mimpi


Mode: Aku Sedih Sangat
Jam: 10:26 pm
Kondisi Perut: Sebu
Malam ini setelah 10 hari memadam akaun FB, aku buat semula akaun FB yang baru dan itu pun atas permintaan kawan FB aku. Itu cerita sekejap tadi.
Cerita hari ini-bermaksud tengahari tadi-Aku betul2 sedih. Sedaya upaya aku tahan rasa tangis yang hendak meledak-ledak macam lava di tubir mata, tapi tidak mahu membuat bff aku Suzie GT panik dengan tangisku yang bakal meledak, aku cuba sedaya upaya menahannya dari meletus. Apalagi dia juga dalam keadaan sedih yang ditahan2. Sudahnya, aku cuba memaniskan muka, mata dan hati yang sudah menanggung letusan lava yang panas. Tapi waktu aku sudah tidak dapat menahan lava panas itu, aku sembunyikan diri dalam bilik kecil.  Lava itu meletus dan mengalir laju tanpa dapat ditahan-tahan lagi. memang aku terkantoi dengan Ain dan aku biarkan dia menafsir lava yang mengalir mengikut pengertiannya. Waktu terkantoi dengan Jihah, pada bffku itu, aku cuma bilang, nanti sampai waktu aku akan ceritakan semuanya pada dia. Aku bersyukur dia tidak bertanya dengan lebih lanjut, aku yakin dia faham yang aku mahu menenangkan diriku dulu. Sedih itu terbawa-bawa sampai ke malam. Hatiku rasa tenang sedikit waktu membaca frasa en. Mimpi ini....

"Walaupun sebenarnya adakalanya kita berpura-pura dalam senyuman, tidak mengapa, kerana dalam masa yang sama kita sebenarnya sedang membelai hati kita supaya tidak bertambah sedih atau sakit. Kita juga tidak mahu menyusahkan orang lain untuk turut risau di atas masalah yang kita hadapi. Kita mahu orang disekeliling kita senang dengan kehadiran kita. Dan sudah pasti Allah akan membantu kita jika kita cuba membantu orang lain untuk merasa senang dengan kita.

Jadi, walau berat mana masalah atau kesulitan yang kita hadapi, usah mudah mengalah, dan hadapilah semuanya dengan senyuman. :)

Aku akan hadapi semuanya dengan senyuman selepas ini. Walaupun sedih, di depan Abah dan Mama, adik2, ipar duai, anak2 buah serta sahabat-sahabatku dan kawan-kawan, aku akan berpura2 senyum untuk menutup perasaan sendiri-agar mendung itu tidak kelihatan.



Lagu utk u'all b4 kami fly



Aku Suka Sangat Lagu ne....En.Mimpi...Lu memang Best!!!

Wednesday, March 21, 2012

Secret Admire Eps 25 - Tamat

 




Cuti semester pun bermula, aku dan member-member baikku bercuti di Pantai Tanjung Aru setelah mendapat kebenaran ibu bapa masing-masing. Kebetulan rumah kakak Namil kosong kerana sedang berada di Pulau Langkawi. Sampai sahaja di Tanjung Aru, kami terus berlari ke gigi pantai.  Sudah lama tidak menjejakkan kaki ke pasir pantai membuat kami semua gembira.  
    Aku cuba untuk mengubat rasaku. Aku meminta diri kepada member-memberku yang sudah mula hendak mandi laut untuk duduk di tikar. Mungkin faham dengan keadaan diriku mereka tidak memaksaku untuk turut serta mandi dengan mereka. Hari ini aku benar-benar rindukan Asri. Rindu pada senyumannya yang selalu membuatkan aku jadi aiskrim.

    Sejak dari pertemuan empat mata antara kami hari itu, Asrie tidak pernah menegurku lagi. Aku juga selalu mengelak. Aku membuka buku catatanku tempat aku mencoret puisi hasil nukilanku sendiri.

Hari ini... 
entah kenapa aku terasa kehilangan.
Hatiku terasa sakit parah  dan berdetak-detak 
memaksa aku mencongak perasaan yang bergeladak 
lalu bertekak,
mengatakan ia belum pulih dari rasa kecewa dan seribu rawan.
Tapi otak yang tersimpan akal itu juga bertempik sorak-sorak
mengatakan bukankah aku sudah lali dengan rasa kecewa dan sebak
yang selalu menembak hati sampai luka parah tersiat-siat.
Sungguh aku penat".

    Setelah selesai melengkapkan puisi itu aku mengangkat kepalaku untuk memerhatikan gelagat sahabat-sahabat baikku yang sedang sakan mandi-manda. Aku terkejut bila melihat Dasuki, Julie dan beberapa pelajar putera yang lain berada di situ. Aku membalas lambaian mereka. Sempat mataku melilau mencari kelibat wajah kesukaanku tapi hampa. Aku memujuk hatiku sendiri. 
    Dari jarak sederhana jauh itu, aku lihat sahabat-sahabatku seperti sedang berbincang sesuatu. Macam serius tapi aku malas ambil pusing. Hatiku hampa sebenarnya bila wajah yang aku rindukan sangat-sangat tidak ada di situ. Tiba-tiba mataku tertumpu pada figura dua insan yang aku kenal. Aku agak terkejut tapi lantas menguntum senyuman. Zul dengan Mar sedang berjalan beriringan di tepi pantai. Dari riak wajah mereka ada kemesraan terpamer dan aku dapat lihat ada pancaran bahagia pada wajah mereka. Aku tersenyum dan sedikit hairan, "ramai pula class-mate aku kat sini hari ni". 

    Aku membuka Novel "Secret Admire" yang berbaki 5 muka surat. Belum sempat tenggelam dalam novel aku dikejutkan dengan suara panik Fahani.

"Atie...Asri Atie", melihat suara panik Fahani dan mendengar nama Asri disebut aku turut panik.

"Cepat Atie...Asri lemas", Fahani cemas.

"Far...Asri...dia". Fahani berlari dan aku mengikut arah larian Fahani. Perasaanku kala itu tidak menentu. Berdebar-debar takut terjadi sesuatu pada Asrie. Airmataku sudah mula bertakung. Aku berlari menuju ka arah yang ditunjukkan oleh Fahani. 

"Asri...kau", tanyaku hairan.

"kau...", Wajah Asri juga kehairanan sambil jari telunjuknya menuding ke arahku. Aku juga dapat mengesan panik di wajahnya.  

Aku terduduk lemah dan pada masa yang sama merasa lega kerana lelaki kesukaanku itu tidak apa-apa. Asrie cepat-cepat menghampiriku. 
"kau okay?", tanyanya lembut. Aku menggelengkan kepala. Aku mula menangis. Asri panik bila melihat aku mula menangis.

"Dorang bilang kau lemas", kataku dalam sedu-sedan. Asri menenangkan aku dengan mengatakan dia tidak apa-apa. Walaupun berkali-kali dia memujukku dan berkata yang dia tidak apa-apa, tangisku belum mahu berhenti.

"Ni semua kerja dorang si Dashlah ni sama si Far, kau taukah tadi tadi...jantung aku ni macam mahu tercabut bila dengar kau cedera dan berdarah dengan banyak", kata Asri setelah tangisku  reda. "Tapi bila nampak kau tadi, aku terus sedar yang kita kena cong. Cinabeng! betul dorang". 

    Bibir Asri menguntum senyum. Senyuman yang selalu buat aku jadi aiskrim.  Sawan gabraku hampir menyerang kerana aku merasakan ada rona panas pada pipi.  Sekejap lagi pasti rama-rama akan berterbangan dalam perutku dan kalau itu terjadi pastilah sawan gabraku akan datang sekali lagi.

    Saved by the bell.  Sawan gabraku tidak jadi datang kerana adegan sadis itu tadi berakhir dengan tepukan dan sorakan dari kawan-kawanku. Kami berpandangan dan akhirnya ketawa. Ada sinar bahagia pada mata Asrie. Aku Rasa dia juga dapat melihat pancaran bahagia pada wajahku.
    Fahani datang ke arah kami. Kak Yen, Zie, Namil, Mira dan Milah juga. Kami berpelukan.  Asri memberi ruang kepada kami untuk berkumpul sekejap. Dia duduk dengan pelajar putera kelas kami. Kulihat Dasuki bersalaman dengannya.

"kamurangkan memang bikin bagagar? lemas lagi tu...Nauzzubillah, palis", kataku sambil mengangkat jari telunjuk. 

"lemas sebab cinta. Sorry, Tie.  Sebenarnya kami sudah plan semua dari hari tu.  Percutian ni pun masuk dalam rancangan kami.  Tapi tiada niat jahat melainkan mau satu kan kamu ja bah", Kata Fahani sambil memeluk bahuku.

"Cantikkan planning kami", kata Mira sambil ketawa disambut oleh gelak tawa sabahat-sahabat baikku yang lain. 

Asri datang semula ke kumpulan kami dan berdehem kecil. Mendengar isyarat itu, sahabat- sahabat baikku beredar, hendak sambung mandi laut kata mereka. Riak wajah mereka sangat kufahami maksudnya. " Jom bina istana pasir" kata kak Yen sambil tersenyum. Senyuman yang sudah kutahu maksud tersiratnya. "Lambat lagilah Kak Yen", kataku dalam hati.

Aku sedikit gugup bila kami tinggal berduaan. "Tengok si Dash, mahu mengurat si Far. Kau tahu si Dash suka dia kan? tanya Asri.

"Antara tahu dengan tidak.  Sebenarnya aku nda pasti...sebab kami ni selalu sangka yang, kau dengan si Dash tidak akan pernah suka dengan perempuan macam kami".

"Kenapa pula?" tanya Asri sambil mengerutkan kening". Aku memandang sekilas wajah Asri.  "Alahai...handsomenya lah bah". "Jap, perempuan macam kami, maksud?"

"sebabnya dan maksudnya, kami ni biasa-biasa saja.  Yang tidak kena pandang sebelah mata pun", jawabku sambil memandang ke arah sahabat-sahabat baikku.

"Tapi, aku pandang dengan dua mata" tungkas Asri. 

"kau taukah, sebenarnya Dash sama Fahani selalu berjumpa untuk cari jalan selesaikan masalah kita"

"betul bah?  patutlah akhir-akhir ni si Far macam ada benda jak kasi rahsia sama aku".  Aku yakin inilah perkara yang Fahani rahsiakan dari aku selama ini.  Aku juga yakin dia kan ceritakan semuanya dengan aku selepas ini.

" kita patut ucap terima kasih sama dorang kan?".  Aku cuma menganggukkan kepada dua kali sambil tersenyum paling manis kukira.  Bening matanya buat aku jatuh suka lagi kali sejuta. "Gatal" kataku dalam hati.

"eh...Byaemlah", Aku melambaikan tangan pada Byaem. Dia membalas lambaian tanganku sambil tersenyum mesra.  Dia memberikan setangkai bunga mawar pada Mira.  Mira malu-malu menerima bunga itu.  Reaksi Mira membuatkan sahabat-sahabatku berpura-pura hendak muntah. Aku tergelak melihat reaksi mereka.

"Senyum-senyum tengok si Byaem kah tu?"  Tanya Asri. Keningnya berkerut lagi. " Jangan eh!...aku jealous lagi nanti".

"bukanlah...lucu tengok gaya mahu termuntah dorang tu bah?"balasku sambil memandang wajah Asri. "serius bukan...kau tau, Byaem suka Mira kan?".

"Tau...kau tau aku pernah mau tumbuk si Byaem dulu?" Tanya Asri.  Mata kami masih memandang ke arah kawan-kawan yang sedang bermain di pantai.

"Tau...Byaem ada cerita", jawabku sambil ketawa kecil.  " Aku jealous betul masa tu". "Nasib ada si Dash, kasi Sabar".  Sambung Asrie lagi.

" Aku pula jealous tengok kau sama Mar. Siap ada adegan lentok-lentok kepala lagi". " Kataku sambil pura-pura membuat muka sedih. Asrie menarik nafasnya dan menerangkan yang dia sendiri terkejut dengan tindakan Mar masa itu.  Aku yang sudah tahu cerita sebenar, hanya ketawa melihat seriusnya wajah Asri menerangkan situasi sebenar.

"Siap belai-belai rambut lagi...eiihss".  Tiba-tiba teringat adegan yang buat aku betul-betul sedih masa itu.

"Opppsss! bukan belai tu ya...aku cuba tolak kepala dia supaya jangan buat macam tu".  Serius wajah dia menerangkan keadaan masa itu.  Aku pandang wajah dia dan sekali lagi tersenyum.

"Si Mar dengan Zul bercouple sudah sekarang.  Aku happy untuk dorang dua.  Kau ada nampak dorang tadi?", tanya Asri.

"ya...ada.  Padan ni dorang dua.  Suka aku tengok".  Kami diam sekejap.

" Asrie, kau tau gelaran kau apa kalau dengan geng karas aku?", tanyaku. 

Asri menggelengkan kepala. "Apa?" 

"Secret Admire".  Jawabku ringkas.  Giliran Asri pula yang ketawa kecil sebelum dia kembali serius. "Alahai! comel betul", kataku di dalam hati menyembunyi rasa kecomelan itu.

"Kau tau, Dash adalah penyokong kuat aku couple dengan kau."

"Betul bah...patutlah dia ada pi jumpa aku hari tu".  Aku ketawa kecil.  

"Dash jumpa kau? bila?"

"Iya...lepas last kita berjumpa tu...yang masa aku terpaksa tolak kau sebab Mar".    

"Kau terima aku kan, Atie", kata Asri dengan penuh pengharapan, mungkin kerana aku pernah menolak dia dulu. Aku mengangguk sambil tersenyum. Asri membalas senyumanku. Aduh! senyumannya yang selalu membuatkan aku jadi aiskrim.  Asri meraup mukanya.  Aku tidak pasti maksud sebenar raupan itu. Barangkali menyebut 'Amin' di dalam hati. Ah! sawan perasanku kambuh lagi.

"Ya...aku suka kau sangat, Secret Admire". Ada rama-rama berterbangan dalam perutku.


Tammat


Secret Admire Eps 24

 
Aku duduk di atas tikar sambil memerhatikan sahabat-sahabatku bermandi-manda. Riang sungguh mereka bermain air. Aku lihat Zie dan Kak Yen sudah berkejaran di gigi pantai. Pastilah Zie menyakat kak Yen lagi. Aku tersenyum melihat galagat mereka.

"Tie, jomlah mandi", teriak Namil. Member-memberku yang lain turut melambai-lambai ke arahku.

"kejap lagilah", kataku separuh berteriak sambil melambai ke arah mereka. Aku dikejutkan dengan satu suara yang aku kenal.

"Atie, boleh aku bercakap dengan kau".

"Mar, boleh. Duduklah", Aku terkejut dengan kehadiran Mar yang tiba-tiba. Aku ingatkan dia tidak ikut serta dalam rombongan ini kerana rombongan ke pantai ini bukan wajib, hanya untuk mereka yang berminat sahaja.

"Aku mengganggukah? aku ada hal mau cakap sama kau", tanya Mar dengan sedikit senyuman. Wajah Mar kelihatan sedikit sayu tapi masih ayu.

"Ndalah Mar, tidak mengganggu pun...kenapa Mar, cakaplah". kataku lembut walaupun aku sedikit gugup.

"Atie sebenarnya aku mau minta maaf sama kau", perlahan saja suara Mar. Dia menarik nafasnya dalam-dalam.

"Untuk apa?", tanyaku kehairanan kerana sepatutnya aku yang harus meminta maaf kepadanya. Mar melepaskan keluhan berat.

"Terimalah Asrie, Atie", kata Mar sambil memegang erat tanganku. Hatiku bergetaran saat itu dan terasa seperti hendak melantun keluar. Aku kira Mar akan meminta aku agar jangan mengganggu Asri lagi. Tapi sangkaanku meleset.

"Mar", hanya itu yang keluar dari mulutku yang seolah terkunci.

"Dia pilih kau Atie, bukan aku", katanya lirih. Aku merasa senak perut mendengar kata-kata Mar apalagi bila dia mulai mengalirkan airmata. Rasa berdosa menerjah ke seluruh urat sarafku.

"Asri betul-betul suka kau. Cuma aku yang enggan terima hakikat ini dan masih menjerat dia dengan pertolongan aku yang nda seberapa dulu". Mar menyeka airmatanya dengan hujung jari. Aku cuma memandangnya dengan sayu. Hatiku juga sudah mula beremosi.

"sebenarnya, hari tu aku sengaja kasi sakit hati kau dengan bermanja-manja dengan dia sebab aku tau yang kau suka dengan Asri dan Asri pun suka kau. Aku tau kau nampak aku masa aku menangis hari tu depan Asri. Aku sengaja sebenarnya melentokkan kepala di bahu Asri supaya kau sakit hati". Aku terpempan dengan pengakuan Mar.

Dia memandangku dan sekali lagi memegang tanganku dengan erat.

"Maafkan aku Atie, Sebenarnya time tu dia berterus terang yang dia cuma anggap aku sebagai kawan. Memang selama ini pun aku tau, Asri nda pernah suka aku. Aku kongkong dia dengan syarat yang aku bagi dulu masa dia pinjam duit aku untuk bayar yuran lawatan kami dulu. Aku paksa dia rapat dan jadi couple aku sebab aku suka dia" kata Mar dalam sendu. Dia mula menangis teresak-esak. Aku juga semakin sebak. Aku memeluk Mar dan kami menangis bersama. Aku tidak tahu hendak berbuat apa. Aku speechless dengan pengakuan Mar. Pasti hati dia sakit dan sedih sejuta kali dengan pengakuan tiba-tiba ini.

"Atie, kau terimalah Asrie", kata Mar setelah pelukan kami renggang. Aku menggenggam tangan Mar dengan erat sebelum dia berlalu pergi.

Secret Admire Eps 23



"Pengumuman kepada semua pelajar tingkatan 6 bawah, anda dibenarkan untuk pergi berkelah ke Pantai Tanjung Aru Beach besok, sila tulis nama di buku keluar sekarang. Anda semua diminta untuk berkumpul di perkarangan asrama sebelum jam 7.00 pagi", suara warden cikgu Zubaidah melalui intercom disambut dengan sorak-sorai pelajar asrama terutama pelajar tingkatan 6 bawah. Aku dan geng kerasku tidak ketinggalan bersorak keriangan siap ber "santikey" dan saling memberi "Give me Five".

Pengumuman cikgu Zubaidah tadi membuatkan aku gembira. Sekurang-kurangnya ia dapat jadi terapi untuk hatiku yang sedih. Aku mengajak Fahani untuk menulis nama di bilik warden.

    "Atie, kau tidak mau bagi Asrie peluang?", Pertanyaan Fahani membuatkan aku sedikit tersentak. Sudah sebulan selepas peristiwa sendu itu.

    "Far, please bah, jangan bunuh perasaan happy aku ni...aku tengah semangat gila ni mahu ke pantai              besok. Tapi kau tanya lagi aku pasal perkara yang aku mau kasi lupa".

    "Sorry...sekadar bertanya.  Mana la tau kan", Fahani memeluk bahuku sambil tersengih. Aku cuma        tersenyum kelat pada Fahani.  
 
Sampai di dorm, aku lihat Kak Yen sudahpun menyediakan sandwich berintikan ikan sardin dan telur. Kebetulan petang tadi kami meminta kebenaran warden untuk ke kedai Sempelang membeli keperluan diri yang habis. Nasib baik Cikgu Zubaidah memberi keizinan.

    "Wah! mewahnya siap ada telur lagi", kataku sambil duduk di sebelah kak Yen yang tengah asyik             meletak inti pada sandwich yang dipegangnya.

    "Kak Yen curi telur rebus banyak time sarap tadi, mahu sepuluh biji dia curi tadi", kata Zie dengan           mimik muka yang membuatkan aku tergelak.

    "Oh...kau tuduh aku curi ya zie, besok kau jangan makan sandwich yang ada telur curi ni", kata Kak         Yen sambil membesarkan matanya. Kami semua ketawa dengan pergaduhan ala-ala manja antara            Kak Yen dan Zie.

    "Oh! tidak cik Hippo kita tengah marah oooo...haiya wa takut oooo.", Zie semakin galak menyakat         kak Yen.

    "Aku humban juga budak kurus kerempeng ni dengan telur ni karang", Kak Yen merengus sambil             berpura-pura hendak menghumban Zie dengan telur rebus di tangannya.

   "heiii...jangan Kak Yen, telur rebus curi paling sedap tahu, sayang ni kalau main      humban- 
humban...lagipun lebamlah nanti muka I yang cantik lagi mulus ni". Zie mengambil telur          rebus di tangan kak Yen. Ketawa kami semakin pecah dengan gelagat mereka.

Secret Admire Eps 22

 


    Aku meminta Mira menyampaikan pesanan untuk Asri mengajaknya untuk berjumpa masa rehat nanti. Sedaya upaya aku cuba untuk menumpukan perhatian pada pelajaran walaupun otakku terasa bejat. Aku tidak mahu soal cinta bakal merosak penumpuanku pada pelajaran. Syukur aku masih mampu mengawal otakku dari ligat memikirkan masalah cinta. 

    Sesekali aku mencuri pandang pada wajah kesayangan mata dan hatiku. Wajahnya kelihatan sugul sekali. Nampaknya sawan perasanku masih belum baik lagi. Tapi hati kecilku kuat menyatakan yang dia sedang sugul. Melihat wajah sugul itu, hati gadisku terusik. Rasanya akulah punca wajah cute itu jadi begitu. Ah....sawan perasanku menyerang lagi. Pada skala berapa aku tidak pasti, yang pasti aku tidak sanggup menatap wajah sugul itu. Ada air hangat pada tubir mataku. Sudahnya, aku meminta keizinan daripada cikgu Zaitun untuk ke tandas. Huh! nasib baiklah tahun ini bukan tahun STPM, kalau tak nahaslah jawabnya. Ketika aku keluar dari tandas, aku dikejutkan dengan sapaan satu suara. Suara lelaki. 

    "Dasuki", kataku sambil menepuk dadaku akibat terperanjat dengan sapaan yang tiba-tiba itu.

    "Atie, kenapa kau buat Asri macam tu. Sebenarnya selama ini dia simpan perasaan dengan kau. . Wajah Dasuki serius, hinggakan ada sedikit kerutan pada keningnya. Aku terdiam mendengar penjelasan Dasuki.

    "Atie, percayalah. Dia suka kau", Dasuki menelan liurnya sebelum meneruskan kata-kata seterusnya.

Aku melihat dengan jelas halkumnya bergerak. Seperti tadi aku cuma diam. Mahu mendengar penjelasan seterusnya daripada Dasuki yang sebenarnya sudah menarik perhatianku.

"Aku belum pernah tengok perangai dia macam ni, aku ni bestfriend dia. Aku faham betul perangai dia. Semalam dia menangis depan aku. Kau tau kah, dia nda pernah menangis sepanjang aku kenal dia dan nda pernah menangis untuk seorang perempuan". 

    Penjelasan akhir Dasuki membuatkan airmataku bertakung di kolam mata. Dasuki meninggalkan aku dengan satu pesanan. 

    "Kau fikirlah baik-baik, aku rasa kau tahu pasal cerita sebenar hubungan Asri dengan Mar". 

    Aku termanggu sendiri. Ya...aku memang tahu pasal cerita itu. Persoalan di sini ialah Mar lebih dulu suka Asri. Aku pasti perasaan Mar pada Asri, tulus. Kalau aku menerima Asri bermakna aku telah melanggar prinsipku. Tegakah aku?. Akhirnya setelah bertenggek lama di tepi tandas, huh! satu tempat yang sangat tidak strategik untuk berfikir dan membuat pilihan, aku tekad dengan keputusan yang aku buat sabtu lepas.

    Semasa rehat seperti yang telah dijanjikan, aku berjumpa dengan Asri. Aku menarik kerusi dan duduk berhadapan dengan Asri. Aku cuba untuk senyum semanisnya dan senyumanku bersambut. Cuma kali ini senyuman Asri kelihatan tidak berseri. Sempat hati gatalku berkata, "mana senyuman aiskrimku". Setelah beberapa saat keadaan jadi bisu. Aku memulakan bicara.

    "Asri sebelum tu, aku minta maaf kalau apa yang bakal aku cakap ni akan melukakan hati kau". Asrie menganngguk lemah tanpa melihat mukaku.

    "Sebenarnya selama ini, aku suka kau. Suka sangat ni. Dari hari pertama aku nampak kau masa aku mula-mula sampai di sekolah ni, aku minat sangat dengan kau. Aku Frust  bila tahu kau ada girlfriend", Aku menelan liurku sementara Asri memandang wajahku dengan sedikit senyum pada wajahnya. Aku mula beremosi pada bait seterusnya.

    "Asri, aku minta maaf. Aku nda rasa aku boleh terima kau sebab Mar. Dia lebih dulu sukakan kau. Semua ni complicated betul bahAku nda sanggup lukakan hati Mar.  Aku betul-betul nda bermaksud lukakan hati kau juga.  Sekali lagi, maafkan aku ya". Dadaku terasa sesak. Sedayanya, aku cuba mengawal perasaanku. Airmataku juga.

    Asri meraup kepalanya sambil menutup mata semasa aku menuturkan kata-kata ini. Wajahnya bertambah sugul. Tiada kata-kata yang terkeluar dari bibirnya yang merah itu. Aku juga turut jadi bisu selepas itu. Kami berpandangan seketika dan aku dapat melihat matanya sesayu mataku. Cis! sawan perasanku datang lagi. Perbualan kami terhenti di situ kerana lonceng telah berbunyi. Aku kembali ke tempat dudukku dan kulihat Asri keluar dari kelas dan tidak muncul-muncul sehingga kelas habis. Aku risau.

    "Atie, kau sudah terus-terang dengan Asri", tanya Fahani ketika kami duduk di bawah kipas di tengah2 dorm. Sahabat-sahabat yang lain sudah pergi ke gelanggang bola jaring setelah selesai prep petang.

"Sudah", jawabku pendek. Tiba-tiba hatiku jadi sayu mengingatkan peristiwa tadi dan penjelasan panjang lebar Dasuki tadi. Tidak semena-mena aku menangis teresak-esak. Fahani cepat-cepat bertindak memelukku. Aku menceritakan semuanya kepada Fahani. Tentang penjelasan Dasuki dan tentang pertemuan empat mata tadi. Fahani menepuk bahuku lembut. 

Secret Admire 21

 


    "Aku nda tau Far, Aku bingung", kataku dengan esak yang tertahan-tahan. Hatiku benar2-benar sayu dan sarat dengan perasaan yang sukar untuk aku bendung. "Terus-terang Far, aku nda tau mau buat apa, macammana dengan Mar? aku nda mahu school-mate kita yang lain sangka yang bukan-bukan, aku nda mahu bergaduh dengan Mar pasal perkara ni".

    "Atie, kau pun tau kan Asrie nda pernah suka si Mar", kata Milah sambil mengelus lembut bahuku.

    "Atie, Asrie tu ikhlas suka kau, percayalah", pujuk Fahani lembut. Aku cuma diam mendengar pujukan sahabat-sahabatku yang setia.

    "Kak Yen rasa kau patut timbang juga perasaan Asri dan perasaan kau juga, Tie. Lagipun kau pun suka Asrie, sepatutnya inilah peluang kau, Tie".

    "Tapi kak Yen, macamana  dengan perasaan si Mar. Dia pun sukakan Asri juga, tentu dia akan rasa kecewa nanti", entah kenapa hati gadisku terusik juga bila aku bakalan merampas cinta seorang lelaki daripada seorang perempuan.

    "Macam ni lah, aku rasa kita biarkan Atie tenang dulu", kata Zie tiba-tiba setelah sejak dari mula tadi asyik diam. "Bagi peluang dan ruang untuk dia berfikir".

    Seperti biasa, aku tabik betul dengan Zie. Memang sesuai betul setiap tindakan dan fikiran dia sebagai budak pandai dalam geng kami. Kata-kata Zie menyebabkan semua sahabatku akur. Setelah saling berpelukan mereka meninggalkan aku yang duduk di birai katil. Yang hampehnya mereka sepakat meninggalkan aku seorang dalam bilik dan berpesan agar aku tidak mengikut mereka. Cis! sungguh, tapi aku berterima kasih kerana aku sudah punya peluang untuk berfikir.

    Keseorangan di bilik pagi sabtu setelah sahabat-sahabatku beredar entah ke mana tadi membuatkan aku mencongak perasaanku sendiri. Akal dan hatiku sedang berperang sesama sendiri. Aku memang suka Asrie, suka sangat. Hatiku benar-benar mengakui rasa ini. Tapi sayang rasa ini salah mengikut kata akalku. Akhirnya aku akur pada prinsipku untuk tidak menyakiti hati gadis lain. Aku tidak suka merampas milik orang lain. Keputusan penuh sudah kubuat dan ia bulat. Entah kenapa akhirnya aku menangis tersedu-sedan setelah membulatkan keputusan yang kubuat sendiri. Dalam kesedihan dan esak tangis yang ku tahan-tahan, aku teringatkan mimpiku yang lalu, aku tersenyum sendiri.

    Falsafah cinta ada mengatakan, "cinta memerlukan pengorbanan". Aku rasa itulah pengorbanan untuk first love aku. Aku membulatkan tekad untuk berjumpa dengan Asrie besok. Aku akan terangkan segalanya. Semua tentang perasaan aku.

Secret Admire Eps 20

 
    Pertandingan Lukisan itu pun bermula, perasaan gemuruh bertapak dalam hati masing-masing. Apalagi saat melihat lukisan-lukisan dari sekolah lain yang hebat-hebat belaka. Perasaan berdebar-debar semakin kuat apabila para hakim menilai lukisan-lukisan sekolah kami. Aku malah dapat mendengar jantungku berdetak hebat. Para hakim tersenyum sesama sendiri dan menganggukkan kepala semasa menilai lukisan sekolah kami, apa maksud anggukan itu aku tidak tahu. Aku dan Byaem saling berpandangan. Byaem tersenyum padaku, mungkin memberi isyarat agar aku bertenang. Mungkin wajahku kala itu benar-benar menampakkan riak cuak. Aku membalas senyum Byaem dengan tawar. Setelah para hakim menilai kukisan-lukisan kami, pertandingan lukisan antara sekolah menengah berhenti rehat untuk jamuan ringan dan mengira markah. Kami bersalaman antara satu sama lain.

    Akhirnya, setelah penjurian para hakim berlangsung selama satu jam, saat yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Debaran kian memuncak dalam hati kami masing-masing. Debaran itu berakhir dengan kegembiraan yang tidak terhingga apabila sekolah kami memenangi pertandingan lukisan itu. Rasa terbayar segala penat lelah menyiapkan lukisan-lukisan itu. Sekali lagi team kami bersalaman. Byaem orang terakhir yang mengucapkan tahniah secara personal kepadaku. Katanya dia sengaja mengakhirkan aku untuk ucapan tahniah bila aku mempertikaikan kenapa dia tidak mengucapkan tahniah denganku lebih dulu. Kami membawa pulang wang tunai RM3000, sijil, trofi dan piala pusingan. Cikgu DJ sudah lebih awal memaklumkan kemenangan kami kepada pihak sekolah. Sewaktu sampai di perkarangan sekolah, kedatangan kami disambut dengan penuh kegembiraan oleh guru-guru dan semua pelajar SMK Rajawali. Timbul juga perasaan bangga apabila dihargai begitu.

    "Tahniah, Cikgu amat berbesar hati dan bangga", kata pengetua. Secara spontan sebuah majlis diadakan untuk meraikan kemenangan sekolah kami. Setelah majlis keraian itu selesai, kami balik semula ke kelas masing-masing. Melihat wajahku tersembul di pintu kelas, Mira dan Namil menarik tanganku dan memelukku erat. Rakan-rakan sekelas semua mengucapkan tahniah dan bersalaman denganku. Selepas adegan mengucapkan tahniah dan bersalaman aku duduk dikerusiku. Tiba-tiba Mira menyiku tanganku. Asri datang menghampiriku. Aku berdebar-debar.

    "Tahniah! Atie". Kami berpandangan agak lama.   Sepertinya hanya mata kami yang berbicara.  Sewaktu adegan ini berlangsung, syukur rakan-rakan sekelas ku sudah  pulang. Tinggal aku, Mira dan Namil serta Dasuki dan Julie.

    "Atie, aku mau bagitau kau sesuatu yang penting, aku harap kau nda keberatan. Aku tau kau penat, tapi aku mesti bagitau kau hari ini juga", serius sungguh wajah Asri hingga aku terkedu. Mira dan Namil meminta diri bila Asri meminta mereka untuk menunggu aku di luar. Dasuki dan Julie, kulihat mereka keluar dari kelas tapi menunggu Asri di hujung koridor. Mungkin bertindak sebagai penjaga tidak bergaji.

    Ketika tinggal berdua-duan dengan Asri perasaanku jadi canggung apalagi dengan wajah serius Asri. Aku gugup. Sungguhpun aku memang sangat merindui Asri tapi bila berdua-duaan dalam keadaan serius begini terasa canggung pula.

    "Aku masih ada hal yang perlu diselesaikan, maafkan aku", dengan mulut yang berat tapi masih bersahaja. Aku berdiri dan cuba berlalu tapi Asri kemudiannya menarik tanganku dengan kuat. Aku terkejut dengan tindakan Asri.

    "kau nda boleh pergi sebelum aku bagitau kau perkara ni", tegas suara Asri menyebabkan aku terkedu. Tanganku masih dalam genggaman tangan Asri. Aku cuba menarik tanganku tapi sia-sia.

    "Sakitlah", aku cuba menarik tanganku lagi. Asri mengendurkan sedikit tangannya tapi masih tidak melepaskan tanganku.

    "Duduk", perintahnya. Entah kenapa aku cuma menurut kemahuannya. Setelah aku duduk, akhirnya Asri melepaskan tangannya dan duduk di hadapanku. Dia meraup muka hingga ke belekang kepalanya.

    "Maafkan aku, aku bukan berniat nak sakitkan tangan kau tadi. Maafkan aku juga sebab pegang tangan kau.  Tapi aku terpaksa, sebab setiap kali aku mahu menyatakan sesuatu dengan kau ada saja yang menghalang". Asri menarik nafasnya dalam-dalam sambil menutup mata. Aku cuma mematung menanti bait seterusnya keluar dari bibir Asri yang merah.

    "Atie, dengar sini", Asri merenungku dengan mata yang redup. Kali ini sawan gabraku tidak menyerang. Aku yakin kerana aku mampu membalas renungannya. Agak lama kami bertentang mata. Di sebalik semua itu, hatiku masih sempat merasa hairan dengan perlakuan Asri hari ini. Lain benar tindak-tanduknya.

    "Aku suka kau", tenang Asri meluncurkan kata-kata itu keluar dari mulutnya. Aku terpana. "sudah lama dan banyak kali aku cuba untuk berterus-terang dengan kau tapi setiap kali itulah ada saja yang menghalang...kau taukah aku tertekan" kata Asri sambil meraup mukanya sekali lagi. Aku masih mematungkan diri. Rasa tidak percaya dengan pengakuan yang aku kira ikhlas daripada Asri. Rasa bahagia dan terharu. Aku hampir menitiskan air mata tapi sedaya upaya aku cuba menahannya.

    "Tapi...Mar suka kau Asri. Aku nda mahu melukakan hati dia, perasaan dia", setelah mematungkan diri beberapa ketika, dan setelah tersedar dari alam bahagia aku menuturkan kata-kata ini. "Aku macam sangsi pula, entah-entah ini planning kau untuk menduga aku, saja nak bagi aku perasan sebab kau tau perasaan aku dengan kau kan?", laju pertanyaan berbaur sangsi ini keluar dari mulutku. Asri memegang kepalanya sambil menutup matanya. Satu keluhan berat keluar dari bibir merahnya yang selalu menguntumkan senyuman untukku. Senyuman yang selalu buat aku jadi aiskrim. Tanpa gagal.

    "Perasaan aku ikhlas, Atie. Aku tau kita masih muda. Fikiran masih mentah tapi sebagai manusia biasa dan lelaki aku nda boleh tipu perasaan aku". Asri memegang kepalanya sambil menutup mata. "Aku belum pernah ada perasaan begini dengan Mar atau dengan mana-mana perempuan lain. Tapi kau berjaya buat aku sukakan kau lebih daripada seorang kawan".

    Asri memandangku dengan wajah sayu, hilang sinar matanya dan senyumannya juga mati. "Kita boleh cuba dulu. Fasal Mar, kau  salah sangka sudah". Aku hilang punca antara pendirian, prinsip dan kemahuan. Mana mungkin aku merampas Asri daripada tangan Mar.

    "Maafkan aku Asri, aku nda tau mau cakap apa". Fikiran aku betul-betul binggung sekarang. Airmataku yang tertahan sejak tadi kini mulai gugur. Aku berdiri dan cepat-cepat menarik begku dan meninggalkan Asri termanggu di situ. Aku terjerat antara rasa sangsi dan gembira dengan pengakuan Asri. Tidak mungkin aku bergembira kala ini sedangkan aku tahu yang hati Mar pasti akan hancur.

Secret Admire Eps 19

 

Hari ini kami membuat persiapan terakhir sebelum pertandingan esok. Semua lukisan telah di seal dan disediakan dalam kotak khas. kelegaan jelas terpancar pada setiap wajah. Ada senyum puas terpamer pada bibir. Akhirnya kami dapat berehat sekejap. Setelah berpuas hati dengan segala kelengkapan untuk pertandingan esok, kami bersurai, masing-masing menuju ke kelas.

"Byaem mari balik kelas", Aku mengajak Byaem. Sepanjang perjalanan balik ke kelas dia banyak membuat lawak yang membuat ketawa.  Ketika sampai depan kelas, aku dapat melihat dengan jelas Asri sedang memandang ke arah kami. Aku berdebar. Terasa renungan tajam Asri tepat menghunus ke mataku.  Debaran di dada kian terasa rentaknya ketika aku hendak masuk ke kelas melalui pintu belakang kelasku.

"Okay! bye...jangan lupa sampaikan pesan "I miss you" sama Mira." Byaem mengenyitkan matanya dan aku pula hanya membalas pesanan dan kenyitan mata gatalnya itu dengan senyuman dan sedikit sengih. Sebenarnya ia lebih pada untuk melegakan debaran dada yang sudah mengalun rentak heavy metal Iron Maidin. Asri masih merenungku.

Aku kemudiannya duduk di mejaku. Ada nota kecil utnukku memberitahu tentang kepergian Namil dan Mira ke Hospital. Ada Appoinment dengan doktor gigi. Kedatanganku menggamit beberapa rakan sekelas datang bertenggek di mejaku. Hendak bertanya pasal pertandingan lukisanlah tu. Aku memaniskan muka sekalipun hajat hati hendak berehat sekejap sebelum menyambung pelajaran seterusnya.

"Atie, lukis muka aku boleh", tanya Itot dengan keletah manjanya.

"Boleh, tapi ada upahnya kok, 100 rupiah untuk satu potret. Ibu mau?". Jawapanku mengundang gelak besar kami. Sempat mataku melirik pada Wajah Asri. Mata kami bertembung. Aku tidak tahu samada mahu memberi senyum atau tidak. Takut senyumku tidak berbalas. Sudahnya aku hanya membiarkan pertembungan empat mata itu tanpa senyuman manis dan dia juga tidak memberiku senyumannya yang selalu buat aku jadi aiskrim itu. Dari ekor mata aku lihat Julie dan Dudi menepuk bahu Asri. Aku kaget.

"Atie, pukul berapa pertandingan tu besok?", tanya Noi mengusir lamunanku. Kaget yang menyerang pada skala 5 itu terbang melayang. Syukur tiada yang terkesan rasa kaget di wajahku.

"8.30, tapi jam 7.00 kami bergerak dari sekolah", jawabku sambil menahan rasa. Tidak berani memandang wajah Asri lagi. Sekalipun aku sangat rindu padanya. Rindu pada senyuman manis dan cute itu.

"Noi", Tiba2 Julie teriak memanggil nama Noi. Teriakan Julie menyebabkan kami menoleh ke kumpulan meja pelajar putera. Sekali lagi mata kami bertembung. Masih tanpa nyawa. Dalam hati aku berharap agar Asrie dapat melihat senyum pada wajahku sekalipun senyum itu tidak terukir pada wajahku. Aku harap dia dapat merasa rinduku.

"Apa ni, panggil-panggil nama aku", balas Noi separuh berteriak juga.

"Si Dudi kirim salam", balas Julie disambut derai tawa oleh pelajar putera yang terdiri daripada Dasuki, Sahlan, Asrie dan Dudi. Merah telinga Dudi bila diusik begitu oleh Julie.

"Salam nda diterima, si Dudi pemalu sangat. Kalau betul dia kirim salam, suruh dia belanja aku makan aiskrim tuntung Kak Tymah", dengan selamba Noi berkata dan ia membuatkan ketawa kami pecah. Telinga Dudi semakin merah. Jelas sungguh warnanya. Ha!ha!ha!.

Aku juga turut ketawa, memang agak lucu suasana ketika itu. Lebih-lebih lagi melihat telinga Dudi yang sudah bertukar merah. Tapi reaksi wajah Asri segera mematikan senyumanku. Hatiku terasa sedih sedikit bila tiada langsung senyuman dari wajahnya dari saat aku masuk ke kelas sampailah ke saat adegan penuh dramatik dan lucu ini. Jiwa kacauku diselamatkan oleh Maisarah bila dia menghalau teman-temanku.

"Oiii!..janganlah kacau si Atie lagi, dia penat tu, kasi chancelah dia rehat dulu, tenangkan otak dulu", sergah Maisarah yang muncul tiba-tiba. "Saved by the bell", bisik hati kecilku. Bukanlah aku tidak menyenangi kehadiran rakan sekelasku tapi aku sememangnya penat sedikit. 'Thanks Sarah", bisikku dalam hati. Aku mengenyitkan mata pada Maisarah  mengharapkan dia faham yang itu adalah tanda terima kasihku pada pengertian dia. Sarah membalas kenyitan mataku dan tersenyum manis.

Berseorangan di meja membolehkan aku mengulangkaji pelajaran yang tertinggal. Hari ini ramai guru tidak masuk mengajar kerana terlibat dengan kursus dalaman yang terpaksa dianjur oleh pihak sekolah pada hari persekolahan. Tiba-tiba aku dikejutkan dengan satu suara yang menyentap jantung dan hatiku. Terasa seperti jantungku hendak melantun keluar.

"Atie, boleh aku cakap dengan kau kejap".

"boleh bah, duduklah", jawabku gugup.

"Mana dorang si Mira sama Namil"? tanya Asri sambil menarik kerusi di hadapan mejaku.

"Hospital, pergi cabut gigi",

"Menganggu kah?" tanya Asrie bila aku hanya memandang buku ekonomi di depanku. Sebenarnya aku gugup. Gugup melihat wajahnya, senyum belum terukir pada bibirnya. Aku pasti dengan sepasti-pastinya, dia merenungku. Sawan gabraku bakal menyerang. Rentak Iron Maidin berlagu kembali. Dalam hati.

"Asrie, boleh aku pinjam nota kau", tanyaku ikhlas dan untuk meredakan debaran jantung yang bagai hendak tercabut dari tempat ia terletak.

"Nota kelmarin tu kah?". Aku menganggukkan kepala. Asri bingkas dari kerusinya dan mengambil nota dari beg dan menyerahkannya padaku.

"Thanks", kali ini aku memberikan senyumanku yang paling manis. Doaku agar dia menyambut senyumanku. Aku rindu pada senyuman yang selalu buat aku jadi cair macam aiskrim. Sayangnya senyumanku mati, tiada balasan senyum dari wajah yang kurindu itu. Aku terkedu dan menahan hati.

"Kau sudah dapat nota kau kan?". Aku cuma menganggukkan kepala. Kecewa. Sebu dan kesal. Suasana jadi bisu beberapa saat.

"Apa yang kau mau cakap?", tanyaku setelah beberapa saat suasana jadi bisu. Asrie cuma memandangku. Wajahnya tersiratnya seperti ada beribu soalan yang hendak ditanyakannya kepadaku.

"hari tu pun, kau cakap ada benda mau tanya sama aku, cakaplah sekarang?", sambungku lagi.

"Tapi kau jangan marah ya?", balas Asri membuatkan rasa sangsiku muncul. Aku menganggukkan kepala dan memandang tepat ke wajahnya walaupun aku betul-betul malu bila berhadap-hadapan dengan dia begitu.

"Atie, apa sebenarnya hubungan kau dengan si Byaem? di asrama hangat betul gosip kamu bercinta", tanya Asri wajahnya serius. Seakan ada riak cemburu. Ah! sawan perasanku menyerang lagilah ni. Pertanyaan Asri benar-benar buat aku terdiam sekejap. Benar-benar menjengkelkan. Bosan.

"Asrie, kami tiada apa hubungan melainkan hanya sebagai kawan biasa. Bercinta?? aku sengaja menegaskan perkataan ini. "Macammana mau bercinta kalau antara kami tiada apa-apa perasaan langsung". "Lagipun, kalau kau mau tau, Byaem tu suka dengan Mira, Mira pun suka dengan Byaem...jadi sendiri mau ingatlah...means...dorang tu yang bercinta dalam diam-diam", terangku panjang lebar macam menteri penerangan pencen. Geram sebenarnya. "Lagipun, aku sudah kasitau kau hari tu lagi di Kantin kan?".

"Marah?", tanya Asrie. Masa Asri bertanya aku hampir saja hendak menguatkan suaraku dengan tegas dan mengatakan "Ya", tapi mimik muka Asri membuatkan aku tidak jadi marah. Aku semakin kalah bila senyuman yang selalu buat aku cair, buat aku jadi aiskrim terpancar pada bibirnya yang merah dan seksi itu. Akhirnya aku tersenyum juga.

"Kan aku masih tersenyum ni", Aku memberikan senyuman yang paling manis dan mengelip-ngelipkan mataku beberapa kali di depan Asri. Entah bila aku mendapat keberanian membuat aksi itu di depan Asri. Macam gatal pun ada, macam kerasukan pun ada. Ha!ha!ha! aku ketawa dalam hati memikirkan kegedikan aku itu. Huh!

"Cutelah kau buat muka macam tu", kata Asri membuatkan aku tersentak. rasa malu menguasai diri kala itu juga. Mukaku terasa panas. Sempat bertanya dalam hati, adakah wajahku merona merah sama macam telinga Dudi tadi. Ah! tidak!

"Jadi, kalau aku nak tau kau marah atau tidak, kena tengok muka kaulah ni kan". Aku hanya tersenyum sambil memandang wajah Asri, wajah yang aku rindu sangat.

"Kalaulah aku boleh  tengok selalu senyuman dan kerlipan mata kau macam tadi kan bagus", kata-kata Asri ini betul membuat aku tersentak kali kedua. Tapi kali ini dengan sentakan 10 kali kuat dari sentakan pertama tadi. Suasana jadi bisu lagi. Tapi akhirnya kami ketawa bila mata bertembung dan Asri meniru aksiku mengelip-ngelipkan matanya.

Suasana bahagia itu musnah bila Mar datang. Aku terlihat susuk badannya di pintu belakang kelas kami dan memandang ke arah kami dengan wajahnya yang mencuka.

"Asrie, aku ke tandas dululah". Asrie hanya meraup mukanya dengan tangan. Dari ekor mata aku lihat dia dan Mar menuju ke meja. Aku sedih. cemburu lebih tepat.

Cerpen Lama

Selasa lepas, saya dan sobat, Inawati flash back cerita lama fasal secret admire zaman sekolah menengah. Habislah segala kisah bikin malu d...